JOM TERJAH:

Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline survey

Daftar SAYS Malaysia di sini

InstaForex

Cari Blog Ini

Sabtu, 28 Januari 2012

Live Streaming Anugerah Juara Lagu Ke 26



senarai penuh 12 lagu yang berjaya mara ke peringkat akhir AJL26

1. Sungai Lui oleh Aizat (Aizat/Anas, Aizat/Anas)
2. Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)
3. Kisah Hati oleh Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih)
4. Kalau Berpacaran oleh Shohaimi Mior Hassan/Ana Raffali/Altimet (Shohaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet)
5. Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)
6. Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol (Boy Clifford/Boy Clifford)
7. Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)
8. Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque (Monoloque/Monoloque)
9. Gadis Semasa oleh Yuna (Yuna/Yuna)
10. Penakut oleh Yuna (Yuna/Yuna)
11. Sedetik Lebih oleh Anuar Zain (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
12. Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif (Najwa Latif/Ika Latif)

Khamis, 26 Januari 2012

Jangan Terpedaya Taktik Kotor PR

Strategi utama PR sudah lama dapat kita baca iaitu mencetuskan huru-hara serta ketidakstabilan dalam negara untuk melemahkan kerajaan dan merampas kuasa. Untuk itu, NGO-NGO atau pertubuhan haram digunakan untuk membangkitkan isu perkauman contohnya, melalui novel Interlok yang secara tiba-tiba saja menjadi kontroversi tidak lama dahulu sedangkan ia telah berpuluh tahun digunakan.

Kemuncak strategi PR ialah huru-hara besar-besaran yang berpunca dari pemenjaraan Anwar Ibrahim dan tuduhan konspirasi terhadap kerajaan di mana diharap agar menjadi pemangkin kepada tumbangnya Barisan Nasional.

Sebagai ‘back-up’, sekiranya semua ini gagal dan PR tidak mampu memenangi pilihanraya, maka Bersih digunakan sebagai persediaan awal untuk menidakkan keputusan pilihanraya seterusnya sebagai alasan untuk mencetuskan huru-hara dan menumbangkan kerajaan BN.

Namun, taktik kotor pembangkang tidak terhad setakat itu sahaja. Bagi ‘menyediakan’ minda rakyat untuk memakan umpan ini, mereka telah terlebih dahulu menabur propaganda agar rakyat percaya bahawa pilihanraya adalah benar-benar tidak bersih.

Ketika pulang ke Kedah baru-baru ini, penulis ‘disapa’ oleh maklumat yang tersebar secara meluas mengenai wujudnya beribu-ribu pendatang Bangladesh, Pakistan dan lain-lain yang disembunyikan oleh BN di segenap hutan-hutan di Malaysia. Pendatang ini semua, kononnya telah didaftarkan sebagai pengundi dan akan keluar mengundi BN dalam pilihanraya umum nanti.

Penulis ternganga sebelum tergelak besar mendengar cerita yang tidak masuk akal itu. Namun, gelak penulis pantas hilang apabila melihat bagaimana si penyampai serta mak cik dan pak cik yang sama-sama mendengarnya mempercayai cerita tersebut 100%.

Maka, jenuhlah penulis menjelaskan kepada mereka semua bahawa bukan mudah untuk menipu dalam pilihanraya memandangkan proses pengundian dari A-Z adalah telus kerana perlu dipantau oleh wakil dari setiap parti. Jika berlaku keraguan dalam proses pengundian, wakil parti boleh membuat bantahan. Oleh itu, jika ada di antara kita terlihat segerombolan pendatang asing yang diragui status kewarganegaraan mereka datang mengundi di hari pengundian nanti, laporkan dan dedahkanlah mereka agar siasatan dan tindakan dapat diambil.

Penulis juga meminta makcik dan pakcik tersebut mengerahkan rakan-rakan mereka membuat rondaan ke hutan-hutan di belakang kampung masing-masing untuk mencari beribu-ribu pendatang upahan BN yang dikatakan itu dan menangkap dan mendedahkan mereka jika benar ada. Lebih baik jika siarkan saja gambar ‘perkampungan pengundi PATI di dalam hutan’ itu termasuk wawancara dengan mereka di dalam Harakah, Malaysiakini dan media-media milik pembangkang untuk impak yang lebih hebat.

Malangnya, lucu atau tidak, cerita tidak masuk akal ini telah pun disebar di seluruh Kedah dan seluruh negara juga. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa 20%-40% orang-orang Melayu telah dengan mudah, mempercayainya.

Sedih sekali memikirkan betapa ramainya orang Melayu yang begitu mudah mempercayai sesuatu tanpa berfikir logiknya langsung.

Dan semalam, satu lagi taktik kotor pembangkang sampai ke telinga penulis. Iaitu, kononnya terdapat seorang yang mengaku sebagai wakil ADUN BN di Kota Damansara kini giat turun berjumpa dengan majikan di seluruh Selangor mencari pekerja asing untuk didaftarkan sebagai pengundi. Kononnya, pekerja-pekerja ini akan diarahkan untuk mengundi BN dalam pilihanraya akan datang.

Mereka yang menyampaikan kepada penulis adalah penyokong BN dan mereka sendiri nampaknya gusar kerana percaya ia adalah benar.

Tidakkah mereka-mereka ini terfikir bahawa tidak mungkin BN sebodoh itu kalaupun benar ingin bermain kotor?

Apakah logik ada ADUN BN yang tidak memikirkan risiko majikan yang ditemui wakilnya itu adalah penyokong pembangkang yang pasti akan mendedahkan taktik kotor sebegitu? Dan kalau benar ia berlaku, kenapakah pembangkang tidak menangkap, melapor dan mendedahkan wakil tersebut secara besar-besaran di dalam media milik mereka?

Sebaiknya, mana-mana majikan yang terlibat mendedahkan segera identiti ‘wakil ADUN BN’ tersebut agar tindakan dapat diambil dan taktik kotor ini dapat dihentikan segera.

Memandangkan tiada pendedahan secara meluas oleh pembangkang, maka kita simpulkan terdapat satu saja penjelasan mengenai kisah-kisah tidak masuk akal ini, iaitu ia hanyalah satu lagi taktik kotor PR untuk menimbulkan keraguan dalam minda rakyat terhadap BN sebagai persediaan sekiranya PR kalah lagi dalam pilihanraya kali ini.

Kita pasti, kisah-kisah tidak masuk akal ini akan digunakan PR bagi menjustifikasikan huru-hara yang bakal dicetuskan melalui Bersih 3.0, sekali gus rampasan kuasa melalui jalan belakang yang merupakan strategi utama mereka.

Kesimpulannya, orang-orang Melayu perlu berlatih untuk berfikir lebih sedikit sebelum menerima dan mempercayai bulat-bulat sesuatu maklumat. Penulis amat bimbang dan sedih sekali melihat pemikiran orang Melayu yang nampaknya benar-benar di tahap kritikal kerana tidak mampu langsung untuk bertindak kritis dan menapis segala apa yang masuk ke telinga mereka.

Kegagalan orang Melayu untuk berfikir secara logik sehingga terlalu mudah diperdaya dan dimanipulasi, ditakuti akan menjadi pemangkin kepada kehancuran bangsa kita nanti.

Kejadian Ribut Geomagnetik Petanda Kiamat Makin Hampir?

Satu fenomena letusan suar matahari dan semburan jisim korona (Coronal Mass Ejection, CME) telah dilaporkan berlaku di permukaan matahari pada 23 Januari lalu yang dikesan melalui satelit khas pemantauan matahari, SOHO dan STEREO milik NASA dan ESA.

Letusan ini telah menyebabkan fenomena ribut geomagnetik di bumi pada 24 Januari sekitar jam 15:00 UT (jam 23:00 Waktu tempatan).

Fenomena ini telah dilaporkan oleh stesen TV3 pada hari yang sama.

Untuk rekod, matahari adalah sebuah bintang bersaiz sederhana dan mempunyai aktiviti luaran (permukaan) seperti pembentukan tompok hitam (sunspot), penyemburan tenaga melalui fenomena seperti suar matahari (flare) dan penyemburan jisim korona yang boleh menyebabkan fenomena ribut suria (solar storm).

Aktiviti matahari ini mempunyai kitaran ‘senyap’ dan juga ‘aktif’ selama 11 tahun yang berulang yang dikenali sebagai kitaran suria (solar cycle).

Fenomena di mana matahari mengalami aktiviti ‘aktif’ ini di kenali sebagai solar maksimum (solar max) yang dijangka akan berlaku dalam tahun 2012 hingga 2013.

Kesan fenomena ribut suria dan interaksinya dengan medan magnet dan lapisan ionosfera bumi boleh menyebabkan ribut geomagnetik yang mana boleh menyebabkan gangguan kepada sistem komunikasi radio dan radar, sistem satelit dan gangguan kepada sistem navigasi seperti kompas yang berpandukan kepada magnetik bumi dan fenomena kenampakan aurora di kutub utara dan selatan bumi.

Ribut geomagnetik yang sangat kuat seperti yang berlaku pada tahun 1989 telah menyebabkan arus aruhan yang menyebabkan kebakaran alat transformers di jaringan elektrik voltan tinggi di Wilayah Quebac, Kanada.

Sebenarnya penulis agak panik juga bila mengetahui berlakunya fenomena sedemikian, bertambah panik lagi apabila ramai pihak mendakwa fenomena ini merupakan petanda kiamat makin hampir.

Sejauh manakah benar dakwaan berkenaan?

Agensi Angkasa Negara mempunyai jawapan saintifik berhubung fenomena tersebut.

Dalam kenyataan di laman webnya, AAN menjelaskan satu Nota Jemaah Menteri (N618/2011) daripada MOSTI telah dibentangkan pada 3 Ogos 2011 yang telah menerangkan fenomena berkaitan, dan juga jangkaan berlakunya solar maksimum pada tahun 2012 – 2013 ini, dan kesannya kepada bumi dan aktiviti berkaitan.

Menurut AAN, satu jawatankuasa bersama antara mereka dan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), Jawatan Kuasa Pemantauan Solar Maksimum, juga telah diwujudkan untuk memantau dan menangani fenomena solar maksimum ini.

Berkenaan laporan ribut geomagnetik yang dilaporkan berlaku pada 23 Januari itu, AAN menjelaskan, laporan daripada National Space Weather Prediction Centre (NSWPC) dan National Oceanic & Atmospheric Administration (NOAA) menunjukkan ribut yang telah berlaku hanyalah pada skala G1 (bacaan paling rendah) dan bukannya G2 – G3 seperti yang dilaporkan oleh berita TV3.

” Ribut itu tidak memberi gangguan kepada sistem infrastruktur di bumi dan hanya telah mewujudkan fenomena aurora di kutub utara. Untuk makluman, skala G5 ialah bacaan yang paling tinggi.


” Untuk makluman juga, fenomena seperti ribut geomagnetik ini hanya memberi kesan yang ketara kepada negara-negara yang berada di kutub atau di latitud tinggi seperti USA, Rusia, Eropah manakala negara-negara yang berada berhampiran Khatulistiwa adalah lebih selamat.


” Sehubungan dengan itu, Malaysia diramalkan selamat dan tidak akan terkesan dengan fenomena berkaitan,” jelas AAN dalam kenyataan tersebut.

Untuk makluman, bermula bulan Januari 2012 ini, Jawatan Kuasa Pemantauan Solar Maksimum akan menyediakan laporan berhubung dengan fenomena ini secara bulanan untuk makluman umum.

Dengan penjelasan AAN itu, penulis berharap kita semua jangan cepat panik dengan apa yang berlaku.

Ingatlah, kiamat merupakan kerja Tuhan dan bukannya urusan kita.

Firman Allah bermaksud, “Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yg ghaib, tiada siapa yang mengetahuinya melainkan Dia sahaja.” (Surah Al-An’am: 59)

Dalam menghuraikan ayat ini, Ibnu Kathir telah menyatakan satu hadis daripada Imam Bukhari yang meriwayatkan daripada Salim bin Abdilllah, daripada ayahnya bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya anak kunci segala perbendaharaan itu ada lima, tidak mengetahui seseorang pun melainkan Allah SWT.

“Lalu Baginda membaca firman Allah yang bermaksud, “Sesungguhnya di sisi Allah jualah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dialah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seorang pun yang betul-betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati, Sesungguhnya Allah Amat Mengetahui, Lagi Amat Meliputi Pengetahuannya.” (Surah Luqman: 34)

Ertinya dalam hadis ini Nabi SAW menyebut bahawa terdapat lima kunci perbendaharaan segala yang ghaib yang hanya diketahui oleh Allah SWT, tidak diketahui oleh orang lain.

Pertama ialah tentang bilakan berlakunya hari kiamat.

Bukan sahaja Nabi SAW dan manusia yang lain tidak akan mengetahuinya, para malaikat pun tidak diberitahui tentang bilakan berlakunya hari kiamat itu sehingga Jibrail a.s. datang menemui Rasulullah s.a.w. satu ketika bertanyakan soal itu.

Kedua, tentang kekuasaan Allah menurunkan hujan. Allah sahaja yang berkuasa untuk menurunkan hujan di mana sahaja yang Dia kehendaki.

Ketiga, Dialah sahaja yang mengetahui sebenar-benarnya apa yang ada dalam kandungan seorang ibu termasuk berkait dengan zuriat keturunan, jantina janin, kesihatan dan sebagainya.

Keempat, Dialah jua yang mengetahui apa yang akan berlaku ke atas seseorang dengan setepat-tepatnya sama ada baik ataupun buruk. Manusia tidak mengetahui apa yang akan berlaku kepadanya esok hari.

Kelima, Dia sahaja yang mengetahui di manakah bumi tepat matinya seseorang manusia, bagaimanakah keadaan manusia itu mati dan seumpanya. Begitulah juga dengan makhluk-makhluk yang lain. Mereka tidak mengetahuinya tetapi Allah Maha Mengetahui segala-galanya.

Sementara itu sebuah hadis daripada Umar r.a. bahawa Jibrail a.s. ketika merupakan dirinya sebagai seorang manusia yang berpakaian seperti orang Arab, datang menemui Rasulullah s.a.w. bertanyakan tentang Iman, Islam dan Ihsan, lalu Rasulullah s.a.w. memberitahu Jibrail a.s. bahawa ada lima perkara seseorang pun tidak mengetahuinya melainkan Allah.

Lalu baginda s.a.w. membaca firman Allah yang bermaksud, “Sesungguhnya di sisi Allah ada pengetahuan tentang hari kiamat.” (Surah Luqman: 34).”

Wallahualam.

Jumaat, 20 Januari 2012

Peguam Negara fail rayuan kes liwat Anwar

Pejabat Peguam Negara hari ini memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan liwat ke atas bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Pada 9 Januari lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, membuat keputusan melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful, empat tahun lalu, selepas mendapati tiada bukti kukuh untuk menyokong keterangan Mohd Saiful.

Komen Saiful mengenai keputusan Peguam Negara failkan rayuan:

"Saya dan keluarga saya juga ingin menyatakan di sini bahawa dengan pemfailan notis rayuan tersebut, hak untuk aduan saya sebagaimana laporan polis yang saya buat pada tahun 2008 didengar dan melalui proses keadilan sehingga ke peringkat mahkamah yang tertinggi menurut undang-undang adalah terlaksana," katanya dalam kenyataan segera diposkan pada blognya petang ini.

Saiful berkata, dia dan keluarga juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang secara langsung dan tidak langsung memberi sokongan agar haknya sebagai warganegara untuk melalui proses keadilan ke peringkat Mahkamah Rayuan terlaksana.

"Saya akan terus berdoa, istiqamah, sabar," katanya lagi.

Parijat Saha terkejut akaun bank ada RM30.59 billion.

Terkejut atau tidak anda jika pada suatu hari, anda pergi ke bank. Masukkan kad ATM anda. Masukkan password anda dan puff!! TErjadilah magik! Ada duit sebanyak RM30.59 billion dalam akaun bank tertera di mesin ATM tersebut. Haa, itulah yang terjadi dengan seorang guru di Kolkata India yang bernama Parijat Saha.

KOLKATA, India – Seorang guru sebuah sekolah tinggi di sini yang mempunyai gaji bulanan sebanyak AS$700 (RM2,170) terkejut apabila dalam pemeriksaan rutin dalam online yang dibuatnya mendapati akaun banknya mempunyai baki hampir AS$10 bilion (RM31 bilion).

Guru itu, Parijat Saha (gambar), 42, dari bandar Balurghat, negeri Bengal Barat berkata, dia memeriksa akaun Bank Negara India menerusi online pada Ahad lalu untuk mengesahkan penerimaan bayaran faedah sebanyak AS$200 (RM620).

“Saya terkejut melihat jumlah yang terlalu banyak,” katanya.

Akaun itu menunjukkan baki sebanyak AS$9.87 bilion (RM30.59 bilion).

Selepas pulih daripada kejutan awal kerana menjadi seorang bilionair dalam tempoh semalaman, sekurang-kurangnya di atas kertas, Saha, menyatakan dia terus menghubungi seorang rakan yang dikenalinya di bank berkenaan untuk menunjukkan ia secara jelasnya satu kesilapan perakaunan.

Bank Negara India menyatakan, ia masih tidak mengetahui dengan jelas bagaimana jumlah tersebut didaftarkan dalam akaun Saha.

“Kami cuba untuk memastikan apa yang silap,” kata seorang pengurus cawangan bank itu, Subhashish Karmakar.

“Kita telah menghubungi ibu pejabat wilayah di Kolkata dan ibu pejabat kebangsaan di Mumbai,” tambahnya. – AFP

Khamis, 19 Januari 2012

Toyota Avanza baharu dilancarkan, harga bermula dari RM63K


Pernah memegang takhta sebagai MPV paling popular di Malaysia, kehebatan Toyota Avanza diteruskan lagi dengan pelancaran generasi baharu All New Avanza kelmarin. Terdapat empat varian ditawarkan untuk pilihan, iaitu bermula dari varian 1.3E dengan harga RM63,864.00, model itu hanya dilengkapi kotak gear manual 5-kelajuan sahaja.

Varian seterusnya ialah Avanza 1.5E dengan harga bermula dari RM71,864.00, kemudiannya diikuti varian 1.5G dengan harga permulaan RM76,590.00. Varian tertinggi 1.5S pula ditawarkan pada harga RM78,864.00 untuk kemasan cat luaran bukan metalik, manakala versi cat metalik berharga RM79,590.00. Kesemua harga ditawarkan atas jalan lengkap dengan insuran. Toyota Avanza baharu dengan enjin 1.5 liter dilengkapi sistem transmisi tunggal automatik 4-kelajuan.


Berkenaan enjin, varian Avanza 1.3E dilengkapi enjin bersesaran 1.3 liter yang menghasilkan kuasa 91ps dan 117Nm tork maksimum. Enjin berkod K3-VE empat silinder sebaris itu sudah popular untuk model kompak terlaris di Malaysia, dilengkapi ciri 16 valve DOHC, rantai pemasaan (timing chain) dan sistem VVT-i yang berupaya menambahkan kuasa dan kelancaran enjin, selain beroperasi lebih cekap dan ekonomi.

Bagi Varian 1.5E, 1.5G dan 1.5S, kesemua model itu dilengkapi enjin berkapasiti 1.5 liter berkod 3SZ-VE dengan keluaran kuasa kuda setinggi 103ps dan 136Nm tork maksimum. Enjin sebaik itu turut dilengkapkan dengan sistem VVT-i yang menjadikannya salah sebuah MPV terbaik di dalam kelasnya dari segi penjimatan bahan api.


Apa yang mendapat perhatian ramai berkenaan Avanza baharu ini sebenarnya ialah reka bentuk luaran keseluruhan yang cuba diperkenalkan oleh Toyota. Bahagian ruang interiornya sudah diakui cukup luas dan selesa untuk tujuh orang penumpang, begitu juga dengan enjinnya yang menghasilkan kuasa memuaskan, jadi tidak hairanlah kenapa generasi kedua Avanza baharu ini begitu dinanti-nantikan.

Toyota Avanza baharu menerima perubahan kosmetik di bahagian luaran lebih sporty, terutamanya di bahagian depan dan belakang, termasuk lampu utama depan dan kombinasi lampu belakang rekaan terbaru. Bampar depan termasuk jeriji, begitu juga rekaan keseluruhan bahagian belakang termasuk bampar, didapati penampilan Avanza baharu ini tidaklah menghampakan. Namun penilaian visual bagi setiap orang adalah bersifat subjektif, bagi saya cukuplah dengan perkataan “bolehlah tahan..”.


Salah satu ciri lain yang sering diperkatakan ialah adakah Avanza baharu ini mempunyai ciri pemanduan dan kestabilan yang dipertingkatkan berbanding Avanza generasi pertama? Menurut Toyota, mereka sudah menaik taraf sistem ampaian baru di bahagian roda depan dan belakang yang menyerap hentakan lebih baik untuk perjalanan yang lebih lancar dan selesa.

Wikipedia Tutup Laman Web Sebagai Bantahan SOPA

Wikipedia (tutup selama satu hari) yang merupakan ensiklopedia atas talian terkemuka dunia ini memprotes tindakan pihak kongres di Amerika Syarikat dalam menggubal akta terbaru yang dikenali sebagai Stop Online Piracy Act (SOPA) dan Protect IP Act (PIPA).

Laman web tersebut memaparkan imej seperti di bawah apabila pengguna atau pelawat membuka laman web tersebut dalam versi English. Stop Online Piracy Act (SOPA) adalah undang-undang yang dikenalkan pada Oktober 2011 yang membuatkan pihak kerajaan US mempunyai kuasa lebih besar dalam memerangi cetak rompak dalam internet dan menyaman pemilik website tersebut.
 Banyak syarikat besar seperti Google, Yahoo!, YouTube, Facebook, Twitter, AOL, LinkedIn, eBay, Mozilla Corporation tidak menyokong akta tersebut dimana kemungkinan banyak ilmu pengetahuan terpaksa dibuang daripada internet akibat masalah copyright.

Rabu, 18 Januari 2012

Kick off the New Year with a brand new gadget! The most amazing iphone is now here



Click this Picture

Kick off the New Year with a brand new gadget! The most amazing iphone is now here

Tingkat 29 bangunan dalam pembinaan di KL Sentral terbakar

Sebuah bangunan yang masih dalam pembinaan di KL Sentral, di sini terbakar dalam kejadian awal pagi.
Kejadian dipercayai berlaku di Tingkat 29 bangunan blok komersial dan pejabat berkenaan kira kira jam 3 pagi tadi.

Update:

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 3.53 pagi mengenai kebakaran bangunan di alamat 348 Sentral berhampiran Little India, Brickfields.

"Kebakaran bermula di tingkat 30 di bangunan 33 tingkat itu yang pembinaannya dijadual siap penghujung tahun ini," katanya.
Katanya, sebanyak 10 jentera pemadan dengan 72 anggota bomba dikejarkan ke tempat kejadian.

Polis turut berada di tempat kejadian bagi mengawal lalu lintas bagi memastikan tiada kesesakan berikutan penutupan beberapa jalan menuju ke KL Sentral dan Brickfields.

Update:

Jalan Tun Sambanthan akan ditutup sehingga jam 12 tengah hari ini bagi memudahkan anggota bomba melakukan aktiviti pemadaman secara menyeluruh selepas sebuah bangunan yang masih dalam pembinaan di KL Sentral, di sini terbakar dalam kejadian awal pagi.



Sumber: Berita harian

Contact Me

Anda ada sebarang pertanyaan? Sila isi borang di bawah.



Name:


Email Address:



Blog URL:



Message:



Selasa, 17 Januari 2012

raya cina dapat angpow tak

Ang Pow!! GongXi GongXi!


KLIK GAMBAR

Tanyalah ustaz: Kalau tak nak bagi nyamuk masuk dalam rumah


Soalannya: Saya nak tanya ustaz betul ke kalau tak nak bagi nyamuk masuk dalam rumah kena sembunyikan selipar ke dalam rumah supaya nyamuk itu fikir tiada orang dalam rumah
sumber: zul ganu

SBPA: Usah dibuat tergesa-gesa

SAYA ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan pimpinan Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak kerana prihatin bagi memberikan pembelaan kepada penjawat awam melalui penangguhan pelaksanaan Sistem Saraan Baru (SBPA).

Pada pandangan saya, SBPA tidak wajar dibuat tergesa-gesa kerana perkara yang dibuat secara tergesa-gesa akan mengundang banyak ketidakpuasan hati penjawat awam sebaik dilaksanakan.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) wajar mengambil masa lebih lama, sekurang-kurang setahun lagi untuk membuat suatu sistem yang berupaya memberi faedah kepada kesemua penjawat awam, bukan segelintir penjawat awam. Seperti kata bidalan 'Hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah'.

Kepincangan SBPA akan dapat diperbetulkan sekiranya kenaikan gaji untuk JUSA dan ke atas tidak dijadikan sasaran utama dan tidak dibuat secara melampau. Dilaporkan bahawa JUSA mendapat kenaikan gaji pokok RM5,500. Selain itu, mereka mendapat pelbagai elaun serta kemudahan lain termasuk sebuah kereta rasmi serta pemandu yang menjemput dari rumah dan menghantar pulang setiap hari (JUSA B ke atas).

Selain kereta, penyelengaraan kereta, bayaran tol serta kereta yang berusia empat tahun tersebut boleh dibeli pada harga selepas taksiran semasa sekali dalam perkhidmatan mereka.

Kakitangan awam selain gred itu menggunakan kenderaan sendiri untuk urusan rasmi serta kenderaan jabatan yang terhad bilangannya. Kerajaan hanya membayar elaun perbatuan, bayaran tol serta bayaran balik letak kereta. Kereta yang kerap digunakan sudah tentu perlu diselenggarakan serta dibaiki jika rosak ia perlu ditanggung sendiri daripada duit gaji pegawai kategori berkenaan. Ini sebagai perbandingan kakitangan JUSA dan bukan JUSA.

Pewujudan Kumpulan Premier pula dengan diberi gaji yang lumayan serta pelbagai kemudahan lain. Keberhasilan mereka disandarkan dengan KPI serta keberhasilan pencapaiannya yang mana disumbangkan daripada keberhasilan pegawai-pegawai serta kakitangannya. Ini dirasakan tidak perlu serta dilihat sebagai suatu pembaziran sumber kewangan negara.

Penjawat awam sedia ada misalnya sudah mampu melaksanakan tugas dengan cemerlang. Banyak inovasi telah dilaksanakan oleh kumpulan sedia ada contohnya seperti Jabatan Penerangan Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen, Jabatan Pengangkutan Jalan, Pejabat Tanah dan Galian, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Polis, Bomba, Kesihatan serta lain-lain agensi kerajaan.

Secara perbandinganya, Kementerian Belia dan Sukan menerusi Majlis Sukan Negara dan Institut Sukan Negara telah berjaya melahirkan atlet bertaraf dunia. Ini dibuktikan melalui pungutan pingat emas dalam setiap pertandingan di peringkat antarabangsa serta banyak rekod baharu antarabangsa dicipta.

Melalui bilangan pegawai belia yang kecil juga warga Jabatan Belia dan Sukan Negara bakal menghimpun dua juta belia tahun ini di Putrajaya sebagai KPI Menteri Belia dan Sukan. Pada tahun lalu, sejuta orang belia telah berjaya dikumpulkan.

Kesemua itu dicapai dengan bilangan kakitangan awam yang tidak besar serta dengan usaha khidmat Ketua Setiausaha Kementerian yang ada. Justeru, mencadangkan pewujudan kumpulan primer perlu kajian mendalam. Setiap kementerian sudah ada menteri dibantu oleh beberapa Timbalan Menteri yang sentiasa bekerja sebagai suatu pasukan bersama penjawat-penjawat awam sedia ada. Menteri-Menteri sedia ada bekerja berteraskan KPI masing-masing yang ditetapkan PEMANDU melalui objektif Gagasan 1Malaysia bagi mendahulu dan mengutamakan rakyat.

Apatah lagi orang luar turut dibenarkan mengisi jawatan tersebut (premier). Sebagai perbandingan lagi, pada tahun 2009 orang luar diberikan peluang mengisi jawatan Ketua Komunikasi Korporat dan diberikan gred Terbuka 54 di setiap kementerian. Keadaan ini meminggirkan penjawat sedia ada.

Seseorang penjawat awam yang dilantik atas gred 41 misalnya sekurang-kurangnya mengambil masa lebih 20 tahun untuk mendapat kenaikan pangkat ke gred 54 dan tidak semua sampai ke peringkat itu. Tetapi orang luar yang hanya punyai kelulusan yang sama, malah tidak ramai yang punyai kelulusan peringkat sarjana apatah lagi Doktor Falsafah (Ph.D) dilantik ke jawatan tersebut. Mereka perlu mempelajari selok belok berkhidmat dalam sektor awam semula kerana mempunyai latar belakang yang berbeza.

Malah khidmat pegawai perhubungan awam sedia ada dikerah bagi melaksanakan pelbagai tugas yang sebelum inipun sudah berpuluh tahun dilaksanakan oleh pegawai perhubungan awam sedia ada. Orang luar yang dilantik mengetuai Unit Komunikasi Korporat didapati ada yang tidak berlandaskan 'blue ocean strategy', serta bukan dalam kalangan 'subject matter expert' seperti yang dicanangkan. Justeru, apa perlunya golongan ini berada dalam sektor awam serta dibayar upah yang lumayan.

Justeru penangguhan SBPA adalah sesuatu yang bertepatan dibuat oleh Perdana Menteri yang prihatin. Tempoh masa serta ruang berfikir yang mencukupi perlu diberikan kepada pihak JPA. Ciptalah suatu skim untuk kepentingan seramai 1.4 juta kakitangan awam yang menanggung hampir 10 juta rakyat Malaysia sebagai ahli keluarga mereka. Hasrat murni JPA membuat transformasi dalam SBPA amat dihargai.

Jangan was-was cerita jasa UMNO

lirik lagu umno
PEMBANGKANG sering menggunakan perkataan ini "asalkan bukan UMNO". Kata mereka, semua parti boleh dan berhak mentadbir Malaysia tetapi asalkan jangan diberikan kepada UMNO.

Mudah dan angkuh benar kempen mereka. Kalau di Pulau Pinang sekitar Februari 2008 di Ibu pejabat sebuah parti yang pernah terbakar tempoh hari, kata seorang pemimpin kanannya semasa kempen pilihanraya umum ke-12, kita cuma hendak kurangkan majoriti UMNO.

Kata dia lagi, 'parti kita' tidak bemusuh dengan Gerakan dan MCA tetapi tidak mahu UMNO perintah Pulau Pinang. Sedangkan Barisan Nasional (BN) tidak pernah terfikirkan perkara itu meskipun semua maklum kerusi UMNO lebih banyak dari Gerakan sejak sekian lama.

Tetapi licik sungguh si chauvinis ini. Habis dijajanya di seluruh Pulau Pinang kononnya UMNO hendak merampas Pulau Mutiara. Bukankah itu kempen yang dahsyat yang jika diselami tentu sekali ketara sentimen perkaumannya.

Namun ketika itu tidak ada kempen yang strategis dan dinamik digerakkan oleh kepimpinan UMNO. Reverse psychology parti terbabit dianggap tidak ada apa. Hasilnya semua maklum. Pulau Pinang jatuh ke tangan parti berkenaan.

Realitinya, UMNO berjaya "dikambing hitamkan" oleh parti berkenaan. Asalkan matlamat menghalalkan cara.

Di Sarawak April tahun lalu, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang diketuai Tan Sri Abdul Taib Mahmud cuba dijadikan 'senasib' UMNO seperti mana 2008. Di persimpangan lampu-lampu isyarat di Miri, Sibu, Bintulu dan Kanowit, habis dibubuhnya parti berkenaan gambar-gambar Abdul Taib yang monyok, nampak stres bersebelahan foto menarik seorang pemimpin kanan parti pembangkang terbabit yang tampak ceria dan aksinya seperti melambai-lambai tangan kepada pengundi.

Memang kempen parti terbabit 'sangat interaktif' sampaikan penulis percaya mampu menimbulkan rasa meluat terhadap Abdul Taib setiap hari oleh pemandu yang saban hari berhenti di lampu isyarat hijau memandang wajah gambarnya yang terpampang di papan tanda besar dekat situ.

Taktik dan sentimen inilah yang sentiasa dimainkan oleh parti DAP, PKR dan Pas. Itulah yang disebut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin. Apa sahaja yang buruk, tidak kiralah kes melibatkan masalah dalaman parti-parti terbabit, semuanya 'angkara' UMNO.

Opss! kes pemecatan Datuk Dr. Hasan Ali juga 'angkara' UMNO, kata Pas. Meskipun kepimpinan Pas Pusat berperilaku seperti pengecut dengan tidak membela langsung Hasan ketika beliau memperjuangkan isu murtad dan membantah penjualan arak di sebuah kedai 24 jam di Shah Alam yang terletak di komuniti Melayu dan serta beberapa lagi, namun UMNO jugalah yang 'dikambing hitamkan'.

Hendak lari daripada tanggungjawab menegakkan hukum Islam, walhal awak itu meletakkan Islam pada parti-Parti Islam SeMalaysia, kononnya. Mana dia singa-singa Pas seperti Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Husam Musa dan lain-lain lagi dalam membela nasib umat Islam di Selangor. Jawapannya, menikuslah.

Nak diharapkan kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memang jauh panggang dari api. Tiada nada langsung membela Hasan sebaliknya membisu seribu bahasa. Orang Melayu kata 'haprak'.

Memang kalau dilihat rekod Pas pun, pentadbirannya selama lebih 20 tahun di Kelantan tidak memberangsangkan. Kalau kita di Kelantan sekarang, sebutlah kedai runcit mana yang tidak menjual air bersih bersaiz tong kecil.

Cubalah anda singgah di jajaran lebuh raya menghala Air Lanas dekat sempadan Jeli dan Tanah Merah, harga air bersih setong boleh mencecah RM5. Bukan satu atau 10 tong dijual dan bukan juga 20 tong. Tetapi 50 ke atas dan ada ketikanya mencapai 100tong.

Semua ini gara-gara bekalan air paip di Kelantan masih keruh dan bekarat. Tetapi bila disuakan kepada Nik Abdul Aziz, tentu sekali jawabnya 'ini semua kerana UMNO dan Kerajaan Pusat. Jawapan untuk melepaskan tengkuk.

Ia umpama penceramah yang bercakap tentang pakej menunaikan umrah. Dan bila tiba di Mekah nanti jangan merungut, anggap itu ketentuan-Nya. Tetapi bagaimana pula dengan jemaah yang tiba di Mekah atau Madinah dan ketiadaan bilik yang ditempah dengan agensi umrah terbabit yang tidak profesional.

Bukankah perkara itu boleh dirungutkan jemaah dan sewajarnya agensi terbabit tidak wajar menggunakan takdir-Nya dan berserah sahaja kepada Tuhan untuk 'menghalalkan' tindakan tidak bertanggungjawabnya.

Tetapi yang lebih pelik lagi pula rakyat Kelantan merungut kepada kerajaan Pas macam-macam, bila mengundi pangkah Pas juga. Itulah yang terjadi, adakah faktor kenegerian menjadi kekangan BN Pusat untuk menguasai negeri itu?

Justeru, mengapa UMNO tetap dipersalahkan sedangkan di Kelantan, isu air berkarat bukankah di bawah tanggungjawab Nik Abdul Aziz?

Dengan MCA dan Gerakan kelihatan lesu ketika ini, UMNO sama sekali tidak boleh mengharapkan mereka untuk membela parti Melayu pejuang kemerdekaan Malaysia ini.

Barangkali MCA dan Gerakan sudah tidak mampu membontoti DAP yang sentimen kempennya lebih garang dan mudah sekali komen dan pandangan pemimpin kanannya diterima dan dipaparkan dalam Sinchew Daily setiap minggu.

Orang UMNO jangan khuatir atau ragu-ragu menjelaskan kepada rakyat bahawa siri pembangunan negara yang digerakkan sejak merdeka lagi adalah hasil air tangan parti itu dengan gandingan rapat semua kaum. Perdana Menteri sendiri adalah Presiden UMNO.

Nak harapkan Pas pun, parti yang sering menguar-uarkan diri pejuang Islam umpama cakap tak serupa bikin. Hendak dikatakan membela umat Melayu kalaulah menang pada PRU13 nanti, tentulah mustahil kerana ia hanya bertanding sekitar 60 hingga 65 daripada 222 kerusi Parlimen.

Siapa yang lebih berkuasa kelak. Tepuk dada, tanyalah selera. Mungkin juga jawatan Timbalan Ketua Menteri II akan menjangkit ke jawatan nombor dua kerajaan kelak apabila Pas membontoti DAP dan PKR dalam 'kabinet' yang mereka bentuk. Tidak mustahil.

Orang UMNO kena berani. Jangan bimbang memberitahu jiaran tetangga sumbangan dan jasa besar UMNO memerintah negara. Jangan takut dipulaukan atau khuatir diasingkan jemaah apabila bersolat Subuh atau Maghrib di surau atau masjid berhampiran rumah.

Tidak ada apa pun sumbangan pembangkang kepada Malaysia. Titipkanlah sumbangan pembangkang, yang keluar di atas tinta atau internet nanti, hanyalah kerja keras kepemimpinan kerajaan yang ada.

Isnin, 16 Januari 2012

Zul Handy Black Sekali Lagi Beraksi "Panas" Di Layar

Zul Handyblack atau nama sebenar Nurzul Suphia'an Sa'ban pernah dikecam hebat menerusi filem Mantra kerana berlakon tanpa seurat benang namun selaki lagi beliau mengejutkan banyak pihak dengan aksi panas yang dilakonkan didalam filem "keramat".

Tetapi,menurut bekas vokalis kumpulan Rock Handyblack ini apa yang dilakukan adalah atas dasar profesional.Menurut filem tersebut,Zul digoda oleh adik iparnya sendiri,lakonan Mon Ryanti.

Biarpun masih memakai tuala pada badannya, keberanian Zul melakonkan adegan sebegini berpotensi mencetuskan kontroversi sekali lagi.Menurut Zul lagi,dia mengakui aksi ini agak panas,tetapi tidak lah sepanas filem Mantra dahulu dimana tiada seurat benang pun di badannya.

Tetapi,aksi didalam filem ini pasti mengundang kontroversi banhyak pihak dan sebagai pelakon Zul akan menghadapinya secara pro.

“Sebagai pelakon, saya lihat babak ini sebagai cabaran dan melakukannya atas dasar logik dan profesional. Jika tidak logik, apa hal pula saya nak tayang badan atau buat babak panas?

Seperti saya katakan tadi, ini semua bersebab. Kalau suka-suka, itu sengaja mencari publisiti murahan namanya dan saya bukan begitu,”katanya.

Ahad, 15 Januari 2012

Foto panas Sheila Marcia tersebar

Bintang sinetron "Anugerah", Sheila Marcia mencetuskan kontroversi sekali lagi selepas gambar panas miripnya tanpa seluar dalam disebarkan di internet.
Ibu kepada pelakon tersebut, Maria Joseph, berkata dia tidak terkejut apabila mendapat tahu bahawa gambar panas anaknya itu tersebar di internet, malah mengambil keputusan untuk mendiamkan diri tentang perkara tersebut.
"Saya tidak mahu komen apa-apa tentang gambar tersebut," ujarnya seperti dipetik daripada Detikhot semalam.
Ibu kepada pelakon berusia 22 tahun percaya bahawa perbuatan itu dilakukan oleh pihak yang tidak suka dan ingin memalukan anak perempuannya itu.
"Kasihan kerana mereka hanya mengotorkan diri dan hati mereka sendiri."
Gambar-gambar panas yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama @Neen_martha menunjukkan Sheila sedang bergambar di atas sinki di sebuah bilik mandi tanpa memakai seluar dalam.
Sebelum ini, Sheila yang sedang hamil lima bulan pernah mencetuskan kontroversi apabila gambar nakalnya dengan seorang jejaka disebarkan pada April 2011.

Sabtu, 14 Januari 2012

Semakan status bantuan rakyat 1 malaysia (BR1M)

Salam satu malaysia semua.hari ini adalah khabar gembira bagi kesemua mereka yang telah pun membuat permohonan bantuan rakyat 1 malaysia kerana lusa 16 januari 2012, anda boleh mulai menyemak status permohonan anda.pemberian bantuan ini akan di edarkan secara berperingkat di seluruh negara bagi permohonan yang lulus kerana di katakan bagi memastikan supaya tiada keciciran dan kehilangan yang berlaku nanti.

CARA MENYEMAK STATUS PERMOHONAN BR1M:
Pemohon boleh membuat semakan dengan mendail no di bawah ini bermula 16 januari 2012 jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang.talian hotline ini akan beroperasi setiap hari berkerja sehingga tamat tempoh selama 2 bulan seperti yang dirancangkan.talian hotline:1-800-222-500/1-300-88-3010

PEMAKLUMAN DAN CARA BAYARAN BR1M:
Setiap permohonan akan diberimaklumkan melalui pos dan setiap permohonan yang lulus atau berjaya akan menerima surat pemakluman bersertakan tarikh dan tempat majlis penyerahan baucar di adakan.dan untuk mereka yang berada di luar bandar akan diberi kemudahan oleh kerajaan di mana kerajaan akan menyediakan kaunter bank bergerak bank simpanan nasional,cimb dan maybank pada majlis penyerahan itu.baucar br1m juga boleh di tunaikan di cawangan bank seluruh malaysia.

JIKA PERMOHONAN GAGAL:
Bagi pemohon yang gagal, rayuan boleh dibuat dengan menggunakan borang khas yang boleh diperoleh di pejabat LHDN, agensi kerajaan berkaitan atau dimuat turun menerusi laman web www.treasury.gov.my.

SEMAKAN SEMULA SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM

Saya merujuk kepada Kenyataan Media YAB Perdana Menteri bertarikh 12 Januari 2012 mengenai semakan semula Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Semakan semula ini tidak menjejaskan SBPA yang dikuatkuasakan pada 1 Januari 2012.

2.Sehubungan ini adalah dimaklumkan sebuah Pasukan Petugas akan ditubuhkan bagi melaksanakan semakan semula SBPA dengan mengambil kira prinsip-prinsip perkhidmatan dan saraan perkhidmatan awam.

3.Pasukan Petugas tersebut akan dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Ismail Adam, bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam berdasarkan pengalaman beliau yang luas dalam hal-hal yang berkaitan Perkhidmatan Awam setelah memegang beberapa jawatan penting dalam perkhidmatan awam.

4.Pasukan Petugas itu akan dianggotai oleh pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Peguam Negara, Kementerian Kewangan dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) serta Pegawai kementerian yang berkaitan.

5.Pasukan Petugas tersebut akan mengadakan konsultasi dan perbincangan dengan pihak-pihak berkenaan termasuk kesatuan dan persatuan sekerja.

6.Isu-isu berhubung pelaksanaan SBPA hendaklah dialamatkan atau diemelkan dalam tempoh 1 bulan dari kenyataan media ini, iaitu sehingga 15 Februari 2012 kepada:
YBhg.Datuk Farida Mohd Ali,
Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,
Jabatan Perkhidmatan Awam,Aras 13,
Blok C1, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62510 PUTRAJAYA.

E-mel:farida.sbpa@jpa.gov.my

7.Pasukan Petugas diberi tempoh 2 bulan, iaitu sehingga 16 April 2012 untuk mengkaji isu-isu tersebut dan seterusnya mengemukakan cadangan-cadangan kepada Kerajaan.

8.Bagi mereka yang telah pun bersetuju memilih SBPA, opsyen tersebut adalah kekal.

9.Bagi mereka yang belum mengemukakan borang opsyen SBPA pada tarikh kenyataan media ini dan mereka yang telah membuat opsyen untuk tidak memilih SBPA, borang opsyen yang baru akan dikemukakan setelah keputusan muktamad ke atas semakan semula itu dibuat.

10.Walau apa pun Kerajaan memberi jaminan bahawa SBPA yang telah disemak semula itu adalah terpakai kepada semua pegawai dan tidak akan menjadi kurang baik (less favourable) daripada terma dan syarat SBPA yang telah ditawarkan terdahulu termasuklah kemudahan dan gaji.


TAN SRI MOHD SIDEK BIN HJ HASSAN
KETUA SETIAUSAHA NEGARA


13 JANUARI 2011
Sumber : JPA

Jumaat, 13 Januari 2012

SARA 1Malaysia (Skim Amanah Rakyat 1Malaysia)

Hujung bulan ini bakal dibuka jualan unit melibatkan SARA 1Malaysia (Skim Amanah Rakyat 1Malaysia) , skim yang terbaru yang dilancarkan oleh Perdana Menteri semalam. Kalau dapat 100,000 pelabur pukul rata masing-masing membuat pelaburan RM5,000, kerajaan Malaysia sudah dapat tabungan sebanyak RM500,000,000 (RM500 juta)

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah, akan dibuka untuk permohonan mulai 30 Jan. Najib berkata skim khusus untuk isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah itu mempunyai ciri-ciri kelainan menarik yang tidak pernah diwujudkan sebelum ini.

Katanya ia merupakan satu produk pelaburan unit amanah yang digabungkan dengan produk pinjaman bagi menghasilkan satu produk hibrid yang mampu menjana aliran pendapatan tunai atau insentif bulanan yang konsisten. ”Hadnya ialah RM5,000, dan mereka boleh membelinya melalui simpanan atau memohon pinjaman pelaburan daripada institusi kewangan terpilih.

“Daripada pelaburan itu, kita jamin mereka akan menikmati pendapatan RM134 sebulan, manakala yang membuat pinjaman, mereka hanya perlu membuat pembayaran balik sebanyak RM84 sebulan dan meraih untung RM50 sebulan,” katanya ketika melancarkan skim tersebut di sini. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman serta menteri-menteri kabinet.

Pada Belanjawan 2012, Najib mengumumkan SARA 1Malaysia bertujuan menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah menabung dan melabur serta membantu mereka menangani kesan kenaikan kos sara hidup semasa.

SARA 1Malaysia yang dikendalikan PNB dengan kerjasama institusi kewangan terpilih seperti Maybank, CIMB Bank, RHB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN) itu dijangka memberi manfaat kepada 100,000 isi rumah. Pelabur SARA 1Malaysia boleh memohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun.
Najib berkata pelabur dijangka mendapat pulangan bersih yang menarik di akhir tempoh lima tahun tersebut dengan memperoleh pendapatan kira-kira RM13,000 bagi yang melabur melalui simpanan sendiri dan RM5,000 bagi yang membuat pinjaman. Najib berkata kerajaan telah melancarkan pelbagai produk di bawah slogan 1Malaysia yang bertujuan memberi manfaat kepada rakyat seperti Klinik 1Malaysia, Menu 1Malaysia dan Program Perumahan 1Malaysia.

Beliau menarik perhatian bahawa pelancaran SARA 1Malaysia pula diterjemahkan sebagai produk yang membantu golongan rakyat berpendapatan rendah. ”Ini adalah usaha kerajaan untuk membela rakyat. Banyak produk yang telah kita lancarkan dalam tempoh kurang daripada tiga tahun, cuba bayangkan dalam tempoh lima tahun akan datang,” katanya.

Apa Yang Terkandung dalam SARA 1Malaysia (Skim Amanah Rakyat 1Malaysia) Ini?
  • Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) akan diuruskan oleh syarikat tujuan khas (SPV), Malaysian Development Holdings Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan.
  • Syarikat tujuan khas tersebut akan menjamin pelabur SARA 1Malaysia, skim khas untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah menabung dan melabur.
  • Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman mengatakan jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah RM500 juta dengan sasaran penyertaan seramai 100,000 isi rumah.

Ada 2 pilihan di sini iaitu samada melalui pinjaman ataupun pelaburan tunai daripada simpanan anda sendiri untuk membuat pelaburan dalam skim Sara 1Malaysia ini:
  • Gaji bawah RM3,000 – buat pinjaman RM5,000
  • Bulan-bulan dapat RM134 (pulangan tetap) daripada pelaburan RM5,000 pelaburan yang anda buat pinjaman
  • Bayaran bulanan untuk pinjaman sebanyak RM5,000 yang dilakukan terhadap mana-mana institusi kewangan adalah sebanyak RM84
  • Pendapatan bersih setiap bulan adalah sebanyak RM50 (RM134-RM84)
atau….
  •  Bayaran tunai RM5,000 kepada kerajaan sebagai pelaburan
  • Pendapatan bulanan bersih adalah sebanyak RM134  (pulangan tetap) selama 5 tahun
  • Bermakna pelabur boleh untung, sehingga 2.68% sebulan
Bagaimana berminat dengan tawaran skim Sara 1Malaysia (Skim Amanah Rakyat 1Malaysia)?


SBPA ditangguh: Najib

Kerajaan semak semula dasar, bincang isu pelaksanaan
KUALA LUMPUR: Kerajaan menangguhkan pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi membolehkan satu semakan semula dan perbincangan dengan pihak yang berkaitan diadakan, kata Datuk Seri Najib Razak.
Perdana Menteri berkata, penangguhan bertujuan untuk menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak tertentu berkaitan dengan pelaksanaan SBPA.
"Setelah semakan semula dimuktamadkan, SBPA akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012 seperti yang dijanjikan kerajaan," katanya dalam satu kenyataan semalam. Penangguhan itu diputuskan Jemaah Menteri semalam.

Bagaimanapun, Najib berkata semakan semula tidak meliputi keputusan untuk melanjutkan umur persaraan kepada 60 tahun dan oleh itu ia akan dilaksanakan mulai 1 Januari tahun ini.

Beliau juga berkata, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan sudah diminta menentukan mekanisme semakan semula yang akan dijalankan.
"Adalah diharapkan semakan semula itu akan diterima oleh semua pihak dan satu kenyataan mengenainya akan dikeluarkan dalam masa terdekat,” katanya.
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebelum ini bersetuju melanjutkan tarikh penerimaan tawaran opsyen SBPA bagi penjawat awam sehingga 15 Januari ini, tetapi mengekalkan tempoh penerimaan opsyen bagi umur persaraan pada 60 tahun pada 30 Disember lalu.

Sebelum itu, penjawat awam diberi tempoh 15 hari mulai 16 Disember lalu bagi membuat pilihan sama ada memilih SBPA atau kekal dalam skim perkhidmatan lama. Dalam skim baru itu, hiraki perkhidmatan awam terdiri daripada empat peringkat, iaitu Kumpulan Premier; Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana.

Sementara itu, CUEPACS yang mewakili lebih 1.2 juta kakitangan awam menyambut baik langkah kerajaan menyemak semula SBPA yang dilihat mampu menyelesaikan segala isu berbangkit sebelum pelaksanaannya.

Timbalan Presidennya, Azih Muda berkata, sebelum ini hampir keseluruhan anggota kerajaan kurang berpuas hati dengan SBPA, khususnya berhubung kenaikan struktur gaji penjawat awam yang banyak kekeliruan.
Sumber: Berita Harian

Khamis, 12 Januari 2012

SKIM SARA 1MALAYSIA

Skim Amanah Rakyat (Sara 1Malaysia) dijangka dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada minggu kedua bulan depan, demikian menurut sumber di sini hari ini.

Sara 1Malaysia merupakan satu program khas yang ditawarkan kepada 100,000 isi rumah yang berpendapatan RM3,000 ke bawah untuk melabur dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) yang diuruskan oleh Permodalan Nasional Bhd. (PNB).

Difahamkan skim itu hampir menyamai ASB Sejahtera dan Amanah Saham Wawasan 2020 yang diperuntukan kepada Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Tetapi, difahamkan Sara 1Malaysia adalah skim terbaik yang pernah dilaksanakan oleh kerajaan.

Lebih menariknya, penyertaan pemilikan skim itu juga terbuka kepada semua kaum.

Oleh sebab, Sara 1Malaysia adalah skim bantuan, PNB akan melaksanakan pemilihan yang ketat bagi memastikan hanya pelabur yang layak sahaja dipilih

Berikutan itu, PNB difahamkan bakal mengemukakan syarat-syarat tertentu kepada para pemohon.

Syarat-syarat itu perlu dilaksanakan bagi memastikan objektif Sara 1Malaysia untuk membantu meningkatkan taraf hidup rakyat dan pada masa sama memastikan golongan terbabit tidak dikecualikan peluang untuk melabur tercapai.

Difahamkan pelabur yang layak akan ditawarkan pinjaman pada jumlah tertentu oleh bank-bank yang menjadi ejen PNB, selain Bank Simpanan Nasional.

Bagaimanapun, para pelabur ini dipercayai hanya akan dikenakan kadar faedah yang sangat minimum kerana selebihnya ditanggung oleh kerajaan.

Para pelabur yang diberikan pinjaman tidak dibenarkan untuk menjual pelaburan mereka sehinggalah tempoh bayaran ansuran diselesaikan tetapi boleh menikmati agihan pendapatan setiap tahun.

Selasa, 10 Januari 2012

Perlawanan Bola Sepak Antara Banduan Dan Polis

Pada suatu hari, satu perlawanan bola sepak telah diadakan di antara polis dan banduan yang ditangkap kerana kesalahan merompak, mencuri dan menyeluk saku. Perlawanan tersebut telah diadakan di padang bola sepak Penjara Sungai Buloh. Perlawanan separuh masa pertama telah menyaksikan pasukan polis sedang mendahului pasukan banduan dengan jaringan 3-0.

Ketika waktu rehat, jurulatih pasukan banduan sangat marah dan bengang dengan pasukannya itu kerana aksi yang dipamerkan tidak memuaskan.

Jurulatih: “Bodoh!! polis yang tak tahu main bola tu pun korang tak boleh nak kalahkan ke ar..?!! Tak tahu main bola ke..?!!! Agaknya korang ni tahu merompak, mencuri dan menyeluk saku je agaknya…!“

Banduan: “Habis tu nak buat macam mana..??“

Mereka semua terdiam seketika. Tiba-tiba seorang banduan berkata.

Banduan: “Tak pe..lepas ni kita semua main kasar. Apa nak jadi..jadi lah. Janji kita dapat jaringkan gol dan menang.“

Jurulatih: “Bodoh la ko ni..! Mana boleh macam tu..nanti tak pasal-pasal korang semua kena kad merah.”

Banduan: “Takkan kena..saya jamin pengadil takkan bagi kami semua kad kuning atau kad merah..“

Jurulatih: “Kanapa Pulak???“

Banduan: “Sebab saya dah curi semua kad kuning dan kad merah dari pengadil tu…termasuk wisel dia sekali….“

Kisah Cikgu Shida dan Anak Muridnya

gambar hiasan
Cikgu Shida merupakan seorang guru yang mengajar di sebuah sekolah rendah di utara tanah air. Pada suatu hari, sedang Cikgu Shida berehat di kantin, salah seorang anak muridnya datang kepadanya dan bertanyakkan satu teka-teki.

Anak murid: “Cikgu.. cikgu pandai tak?“

Cikgu Shida: “Mesti la pandai..kalau tak pandai mana boleh jadi cikgu.“

Anak murid: “Hm..kalau cikgu pandai, cuba cikgu jawab teka-teki ni..“

Cikgu Shida: “Teka-teki apa?“

Anak murid: “Ulat Gonggok berapa kaki?“

Cikgu Shida: “Hmm..apa yang cikgu tahu ulat Gonggok ada 100 kaki..“

Anak murid: “Salah..“

Cikgu Shida: “Em..99 kaki..?“

Anak murid: “Salah!“

Cikgu Shida: “Habis tu berapa??“

Anak murid: “Cikgukan pandai..cikgu teka la…“

Cikgu Shida: “Hmm……..cikgu tak tahu la..kamu tahu ke jawapannya..?“

Anak murid: “Jawapannya…tak sampai satu kaki pun sebab ulat gonggok kan pendek je….hihihi……..“

Cikgu Shida: “@#$^$&#*^@*(!“

Messi dinobat pemain terbaik FIFA Ballon d'Or 2011

Lionel Messi memenangi anugerah berprestij, FIFA Ballon d'Or 2011 pada majlis yang berlangsung di Zurich semalam, menjadikan anugerah itu yang ketiga berturut-turut bagi pemain bola sepak terbaik dunia itu.

Pemain kelab Barcelona berusia 24 tahun itu beraksi cemerlang dengan meninggalkan bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo dan rakan sepasukan, Xavi untuk memenangi anugerah itu.
“Ia adalah anugerah terbesar bagi saya,” kata Messi.
"Ini kali ketiga saya memenangi. Anugerah ini adalah satu penghormatan yang menakjubkan. Saya ingin berterima kasih kepada semua pihak yang terbabit dalam memajukan karier saya iaitu rakan sepasukan, jurulatih terutamanya Pep Guardiola dan semua di Barcelona.

“Tidak ketinggalan, saya juga ingin berterima kasih kepada pasukan kebangsaan saya iaitu Argentina,” kata Messi yang menjadi pemain berturut-turut memenangi anugerah berkenaan selepas Michel Platini.

Isnin, 9 Januari 2012

Adam Adli Digantung Tiga Semester

Aktivis pelajar Adam Adli Abdul Halim telah digantung selama tiga semester atas tuduhan mencemarkan reputasi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Pelajar sarjana muda pendidikan yang berusia 22 tahun itu ditahan dan dihadapkan ke jawatankuasa tatatertib universiti berkenaan hari ini atas dakwaan terbabit dengan perhimpunan menuntut kebebasan akademik pada 17 Disember lalu.

Adam mencetuskan kegemparan apabila beliau menurunkan bendera yang tertera gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan menggantikannya dengan banner pro-pelajar.

Beliau kemudiannya memberitahu pemberita bahawa beliau akan mengambil tindakan undang-undang untuk mencabar keputusan universiti itu.

Perhimpunan dicemari insiden letupan

ASAP berkepul di udara susulan letupan yang mengejutkan orang ramai di luar pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, selepas keputusan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan hari ini.     

Tiga letupan berlaku berhampiran kompleks mahkamah di Jalan Duta di sini selepas Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, daripada tuduhan berhubung kes liwat hari ini, mengakibatkan lima orang cedera.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh, berkata kejadian letupan pertama berlaku pada 10.20 pagi manakala kejadian letupan kedua menyusul 10.45 pagi dan diselangi dengan letupan ketiga pada 10.55 pagi.
"Letupan pertama berlaku di Jalan Khidmat Usaha kira-kira 300 meter dari pintu A mahkamah manakala letupan kedua berlaku di Jalan Dutamas, kira-kira 100 meter dari tempat kejadian pertama dan letupan ketiga berlaku 150 meter dari pintu B mahkamah.
"Letupan pertama mengakibatkan dua lelaki cedera ringan di bahagian muka termasuk seorang peguam, letupan kedua mencederakan tiga orang, tiada kecederaan pada letupan ketiga. Semua yang cedera sudah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata, ketiga-tiga letupan itu merosakkan sebuah lori, lima kereta dan dua motosikal yang diletakkan berhampiran dengan tempat kejadian letupan berlaku.

Katanya, disebabkan insiden itu, polis mengarahkan 4,500 penyokong Anwar bersurai daripada kawasan perhimpunan berkenaan pada 11.05 pagi kerana keadaan didapati tidak selamat.

Mohmad berkata, polis sudah mengenalpasti punca letupan selepas menemui bateri dan wayar serta sejenis bahan letupan jenis 'ballbearing' yang disembunyikan di bawah kon polis dalam kejadian pertama dan ketiga.
"Letupan kedua pula berlaku di kawasan kafeteria mahkamah dan bahan letupan diletakkan berdekatan dengan kawasan letak motosikal dan van yang menjual makanan. Saya percaya bahan letupan itu adalah buatan sendiri dan motif serta cara diletupkan masih dalam siasatan," katanya.

Mohmad berkata, polis masih menyiasat kejadian itu dan sehingga kini tiada tangkapan dibuat berhubung kejadian letupan atau perhimpunan berkenaan.

Beliau berkata, polis masih memantau kawasan yang terbabit sehingga kini dan meminta orang ramai untuk tidak panik dengan kejadian itu.

Mohmad berkata, perhimpunan anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini berjaya dikawal pasukan keselamatan itu dan situasi keselamatan sepanjang perhimpunan itu adalah terkawal.

Sementara itu, seorang saksi Adnan Hassan, 31, berkata kejadian berlaku terlalu pantas ketika beliau sedang membeli makanan dan minuman 15 meter dari kawasan letupan kedua.

"Saya terkejut dengan kejadian itu, saya ingat ada letupan besar yang berlaku tapi Alhamdulillah serpihan letupan itu tidak mengenai banyak orang awam yang berada berdekatan dengan kawasan kejadian," katanya kepada pemberita ketika ditemubual selepas kejadian letupan kedua.

Azrul Abdullah, 25, berkata beliau turut terkejut dengan letupan yang berlaku sambil menyifatkan ia tindakan yang tidak bertanggungjawab dan boleh mendatangkan bahaya kepada orang ramai.

Beliau yang juga seorang peniaga makanan ringan berada 30 meter dari tempat kejadian bagaimanapun tidak mengalami kecederaan mahupun kerosakkan harta-benda.

Abdullah Zawawi, 32, pula berkata letupan kedua berlaku dengan pantas ketika beliau sedang mengambil gambar penyokong PKR.

"Saya sempat ambil gambar selepas letupan yang berlaku dalam sebuah tong sampah. Masih sempat nampak percikan api dan asap," katanya.

Peniaga gerai makan, Mohd Tajudin Adam, 53, berkata letupan kedua itu adalah paling kuat dan kejadian berlaku berdekatan gerai beliau menjual makanan.

"Ketika itu saya sedang melayan pelanggan dan apabila letupan berlaku saya terus lari tinggalkan van serta gerai saya. Telinga saya masih berdenggung lagi ni rasa macam nak pekak akibat bunyi letupan itu," katanya.

Jumaat lalu polis membenarkan kumpulan penyokong Anwar untuk berhimpun di tempat letak kereta dekat Kompleks mahkamah, Jalan Duta dengan mengenakan 10 syarat bagi menjaga kententeraman awam.

Segelintir daripada penyokong Anwar hari ini dilihat melakukan provokasi terhadap sekumpulan anggota badan bukan kerajaan (NGO) yang membantah perhimpunan itu, dengan membuat bising menjerit slogan parti mereka dan membawa sepanduk serta kain rentang.

Turut diedarkan kepada penyokong yang berkumpul itu ialah topeng muka Anwar dan penjualan t-shirt RM20 sehelai, yang tertulis "Bebas Anwar".

Sehingga semalam, polis menerima 1,190 laporan yang dibuat oleh pelbagai pihak membantah perhimpunan itu.

Anwar Ibrahim dibebaskan

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini hari ini melepas dan membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadi beliau, Mohd Saiful Bukhari Azlan atas alasan tiada keterangan yang menyokong keterangan mangsa.

Ahad, 8 Januari 2012

YB Dato' Dr Hasan Mohd Ali dipecat


KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS

Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato' Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato' Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS.

Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS

PERHIMPUNAN 901 : Berikut Jalan – Jalan Yang Dijangka Sesak

Untuk makluman semua pengguna jalan raya, pada 9.1.2012 kesesakan jalan raya dijangka akan berlaku di sekitar jalan-jalan menuju ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Matrade, Bangunan Kompleks Kerajaan, Hentian Bas Jalan Duta, Masjid Wilayah dan sekitarnya mulai jam 7 pagi.

Jalan-jalan yang terlibat adalah :-

1. Jalan Duta dari kedua-dua arah

2. Jalan Kuching

3. Bulatan Segambut

4. Jalan Khidmat Usaha

5. Jalan Ibadah

6. Jalan Dutamas

7. Jalan Persiaran Dutamas

8. Jalan Hikmat Usaha

Oleh yang demikian, Ketua Trafik Kuala Lumpur menasihatkan semua penguna jalan raya supaya mengambil langkah berikut :-

1. Elak dari menggunakan jalan -jalan tersebut jika tiada sebarang urusan penting.

2. Kakitangan pejabat yang bertugas dan orang ramai yang mempunyai urusan di sekitar kawasan tersebut dinasihatkan supaya menggunakan Pengangkutan Awam.

3. Patuhi arahan dan beri kerjasama sepenuhnya kepada anggota polis yang bertugas.

4. Pastikan kenderaan yang diletakkan tidak menghalang lalulintas.

Jumaat, 6 Januari 2012

PERHIMPUNAN 901: Syarat Syarat Kepada Penganjur Dan Peserta Perhimpunan

Bahawasanya Ketua Polis Daerah Sentul setelah menimbangkan faktor-faktor keselamatan dan ketenteraman awam mengenakan syarat-syarat berikut kepada pihak penganjur serta peserta Perhimpunan 901 yang akan berlangsung pada 9 Januari 2012 di parkir awam Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta, sebagaimana berikut:
1. Penggunaan risalah / banner dengan tagline ‘Bebaskan Anwar 901’ atau ‘Bebaskan Anwar’ adalah    TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI semasa perhimpunan berlangsung.
2. Penggunaan pembesar suara selain daripada ‘loud hailer’ TIDAK DIBENARKAN. Penggunaan (2) dua buah loud hailer dibenarkan bagi tujuan mengawal selia peserta perhimpunan.
3. Pengucapan awam TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.
4. Penganjur perlu memastikan peserta perhimpunan tidak boleh membuat apa-apa perbuatan, membuat bising, memberi apa-apa isyarat yang boleh mengganggu prosiding Mahkamah.

5.Tempat perhimpunan yang dibenarkan adalah di parkir awam sebelah kiri jalan utama ke Mahkamah. Kawasan ini akan diletakkan pita polis untuk menentukan batasan dan sempadannya. Peserta tidak dibenarkan berada di luar kawasan tersebut.

6. Sekiranya kawasan tersebut sudah dipenuhi dengan peserta perhimpunan maka peserta-peserta lain hendaklah bersurai dan beredar dari kawasan parkir Mahkamah.
7. Penganjur hendaklah memastikan peserta perhimpunan tidak membawa sebarang senjata dan para peserta hendaklah memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk membuat pemeriksaan sekira perlu.

8. Penganjur hendaklah memastikan semua peserta perhimpunan bersurai tidak lewat daripada tempoh satu jam selepas keputusan Mahkamah diumumkan.

9. Penganjur dan peserta perhimpunan hendaklah mematuhi semua arahan yang diberikan oleh pihak polis dari masa ke semasa demi untuk menentukan keamanan perhimpunan tersebut.

10. Peserta perhimpunan tidak dibenarkan melakukan khianat atau bencana kepada harta awam atau mana-mana harta di kawasan tersebut.

Anugerah Juara Lagu (AJL26)

Bagi penggiat muzik tanah air,tarikh 29 Januari ini semestinya menjadi tarikh keramat bagi mereka.Kesemua lagu ciptaan mereka yang tercalon akan berentap diatas satu pentas untuk merebut gelaran juara.


Stadium Putra Bukit Jalil akan menjadi pentas dan saksi kepada AJL26 bermula jam 9.00 - 11.30.Malam yang penuh debaran ini akan dihoskan oleh 2 orang pengacara yang tidak perlu diperkenalkan lagi gandingan Faizal Ismail (FBI) dan Cheryl Samad.

Berikut adalah senarai turutan persembahan pada malam AJL26 nanti.

1. Wanita Seluruh Dunia - Project Pistol
2. Sedetik Lebih - Jaclyn Victor
3. Kekanda Adinda - Monoloque/Atilia
4. Penakut - Yuna
5. Kalau Berpacaran - Ana Raffali/Suhaimi Mior Hassan & Altimet
6. Cinta Muka Buku - Najwa Latif
7. Karma - Faizal Tahir
8. Kisah Hati - Alyah
9. Sungai Lui - Aizat
10. Gadis Semasa - Yuna
11. Awan Nano - Hafiz
12. Beribu Sesalan - Tiga Suara (Ning/Jac/Shila)

Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan Malaysia/Kebebasan Asasi

Perkara 13. Hak terhadap harta.



(1) Tiada seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.



(2) Tiada undang-undang boleh memperuntukkan pengambilan atau penggunaan harta dengan paksa tanpa pampasan yang memadai.

Klik untuk Baca perkara 5  perkara 6  perkara 7  perkara 8  perkara 9  perkara 10  perkara 11  perkara 12  perkara 13 

Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan Malaysia/Kebebasan Asasi

Perkara 12. Hak berkenaan dengan pendidikan.



(1) Tanpa menjejaskan keluasan Perkara 8, tidak boleh ada diskriminasi terhadap mana-mana warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan atau tempat lahir—



(a) dalam pentadbiran mana-mana institusi pendidikan yang disenggarakan oleh suatu pihak berkuasa awam, dan, khususnya, kemasukan murid-murid atau pelajar-pelajar atau pembayaran fi; atau



(b) dalam memberikan bantuan kewangan daripada wang sesuatu pihak berkuasa awam bagi penyenggaraan atau pendidikan murid-murid atau pelajar-pelajar di mana-mana institusi pendidikan (sama ada disenggarakan oleh suatu pihak berkuasa awam atau tidak dan sama ada di dalam atau di luar Persekutuan).



(2) Tiap-tiap kumpulan agama berhak menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi pendidikan kanak-kanak dalam agama kumpulan itu sendiri, dan tidak boleh ada diskriminasi semata-mata atas alasan agama dalam mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan institusi-institusi itu atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang itu; tetapi adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau menyenggarakan atau membantu dalam menubuhkan atau menyenggarakan institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang perlu bagi maksud itu.



(3) Tiada seorang pun boleh dikehendaki menerima ajaran sesuatu agama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau upacara sembahyang sesuatu agama, selain agamanya sendiri.



(4) Bagi maksud Fasal (3) agama seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapanya atau penjaganya.


Klik untuk Baca perkara 5  perkara 6  perkara 7  perkara 8  perkara 9  perkara 10  perkara 11  perkara 12  perkara 13 

Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan Malaysia/Kebebasan Asasi

Perkara 11. Kebebasan beragama.



(1) Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.



(2) Tiada seorang pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai yang hasilnya diuntukkan khas kesemuanya atau sebahagiannya bagi maksud sesuatu agama selain agamanya sendiri.



(3) Tiap-tiap kumpulan agama berhak—



(a) menguruskan hal ehwal agamanya sendiri;



(b) menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi maksud agama atau khairat; dan



(c) memperoleh dan mempunyai harta dan memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang.



(4) Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.



(5) Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang am yang berhubungan dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau prinsip moral.


Klik untuk Baca perkara 5  perkara 6  perkara 7  perkara 8  perkara 9  perkara 10  perkara 11  perkara 12  perkara 13