JOM TERJAH:

Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline survey

Daftar SAYS Malaysia di sini

InstaForex

Cari Blog Ini

Selasa, 29 Mei 2012

Sejarah Ustaz Azhar mempelajari ilmu agama

Tentu ramai sekali di luar sana yang meminati ceramah yang disampaikan oleh ustaz yang tidak asing lagi di Malaysia ketika ini.


Ustaz Azhar Idrus.Sebut saja nama itu pasti ramai yang mengenali beliau meskipun tidak mengikuti siri ceramahnya. Ternyata gaya penyampaian yang mudah dan bersahaja serta ditambah aura tersendiri yang ada pada ustaz Azhar telah berjaya menarik ribuan jemaah sama ada golongan muda, dewasa atau yang sudah berusia untuk bersama- sama dalam majlis kuliah agama yang disampaikan oleh beliau.

Namun tahukah kita, sejarah bagaimana Ustaz Azhar mula mempelajari dan mendalami ilmu agama??

Beliau bukan lulusan universiti – universiti hebat, berserta segulung ijazah dari universiti-universiti ternama.

Beliau dilahirkan pada 12 Febuari 1968 di Kampung Ladang, Kuala Terengganu.Kehidupan zaman mudanya sama seperti remaja-remaja lain di zamannya. Beliau mendapat pendidikan awal dari sekolah-sekolah Inggeris antaranya Sekolah Sultan Sulaiman Kuala Terengganu. Dikatakan juga beliau pernah menjadi guru muzik sekitar tahun 1985.


Namun atas kehendak Allah s.w.t, Ustaz Azhar diberi hidayah dan dibuka pintu hati untuk mendalami ilmu agama. Berbekalkan kecekalan dan keazaman yang tinggi, beliau meninggalkan pekerjaannya untuk mendalami ilmu agama dengan guru-guru agama sekitar Terengganu. Selama 12 tahun masa yang diambil oleh beliau untuk berguru dengan para guru agama yang arif.


Latar Belakang Pendidikan agama beliau:

Guru pertama: Tuan Guru Hj Syed Mokhtar
Tamat lebih kurang 40 buah kitab2 jawi secara talaqi

Guru kedua: Al-Fadhil Tuan Guru Mohd Tahir
Khatam kitab jawi juga lebih kurang 25 buah

Guru ketiga: Tuan Guru Mohd Hakim
Mula mendalami kitab2 bahasa arab seperti Nahwu, Sorof, Usul Fiqh, Mustolah Hadith, Usul Quran dan Balaghoh

Guru keempat: Tuan Guru Hj Hasyim
Mendalami kitab-kitab arab dalam bab Nahwu, Sorof, Fiqah, Tafsir dan Faraidh

Guru kelima: Tuan Guru Hj Ibrahim Mesir
Mendalami kitab Sirah Nabawi dan Lughah Arabiyah

Guru keenam: Tuan Guru Hj Muhammad Zubir
Mendalami ilmu fiqh & nahwu

Guru ketujuh: Tuan Guru Hj Mohd Zain ( Pondok Lubuk Pandan )
Mengaji ilmu Fiqh, Nahwu, Sorof, Tafsir, & Balahgoh




Ternyata kesungguhan, kecekalan dan pengorbanan beliau dalam mendalami ilmu agama ini tidak sia-sia.

"Kita juga meyakini bahwa Allah pasti menolong hamba-hamba-Nya yang menjadi penolong agama-Nya. Allah berfirman, “Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” (QS Muhammad: 7).

Kenyataan Nizar Isu Plat WWW1 buatkan Sultan Johor Murka

Nizar cuba mempertikaikan tindakan Sultan Johor membeli Plat WWW 1 yang berharga RM 520,000.00 dalam laman twitternya.

Lebih memalukan lagi Nizar membidas Tengku Mahkota Johor dengan tuduhan palsu yang menyatakan bahawa keluarga DiRaja Johor telah menggunakan duit Rakyat untuk membida nombor kenderaan WWW1.


Tengku Mahkota Johor di twitternya membidas kenyataan Nizar berhubung isu  nombor kenderaan WWW1 tersebut.


“Keluarga Diraja Johor tidak pernah mengambil apa-apa Wang daripada kerajaan sejak zaman Almarhum Sultan Ibrahim. Selesa untuk tidak meminta dari MB atau dari mana-mana pegawai Kerajaan. Wang yang diperuntukkan kepada Bapa saya dan saya setiap bulan sebagai Sultan dan Tunku Mahkota dimasukkan ke dalam Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim. Ini bertujuan (Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim) untuk membantu rakyat dan Kerajaan Negeri Johor. Sejak saya menjadi Raja Muda, tidak sekali-kali saya mengambil 1 sen daripada kerajaan hingga ke hari ini. Ia Wang Rakyat saya. Jadi sebelum Anda buka mulut anda, sila selidik.”

ps: kepada Nizar dan juga pemimpin pembangkang serta penyokongnya, selidik la dulu sebelum buat kenyataan. jangan la memalukan diri sendiri.

Isnin, 28 Mei 2012

Gambar-gambar Hari Belia Negara 2012

Himpunan Jutaan Belia pada Hari Belia Negara 2012 telah berakhir semalam selepas 5 hari berlangsung dengan suasana yang cukup meriah dan aman.

Ini sebahagian gambar-gambar sepanjang Hari Belia Negara 2012:



Jumaat, 25 Mei 2012

KATA-KATA TUN DR MAHATHIR MOHAMAD TENTANG POLITIK MALAYSIA


1. Kita sudah merdeka selama 55 tahun dan telah mengadakan 12 Pilihan Raya Umum. Walaupun parti-parti bukan dari Perikatan atau Barisan Nasional telah berjaya menawan dan mendiri Kerajaan dibeberapa negeri di Semenanjung dan di Sabah, tetapi Perikatan dan Barisan Nasional tidak pernah kalah di peringkat Pusat. Perikatan dan Barisan Nasional terus menjadi Kerajaan diperingkat Pusat, peringkat yang paling berkuasa di Malaysia.

2. Memang pada 1969 Perikatan hampir kalah tetapi kuasa kekal di tangan Perikatan dan akhirnya beberapa parti lawan telah menyertai Perikatan untuk menubuh Barisan Nasional yang terus memerintah.

3. Barisan Nasional menghadapi beberapa masalah dalaman tetapi berjaya mengatasinya dan mengekal kuasanya di Peringkat Pusat. Serpihan dari UMNO yang diusahakan oleh Tengku Razaleigh dan Anwar Ibrahim tidak berjaya mengalahkan Barisan Nasional.

4. Pada 2008 kebencian terhadap pemerintahan Abdullah menyebabkan ramai dari penyokong UMNO dan parti-parti komponen lain mengurangkan sokongan kepada Barisan Nasional sehingga lima buah negeri dapat ditawan oleh parti-parti bukan Barisan Nasional. Di peringkat Pusat majoriti Barisan Nasional menurun sehingga tidak dapat menguasai 2/3 dari kerusi Parlimen. Namun Barisan Nasional masih dapat mendiri Kerajaan di peringkat Pusat.
5. Kemenangan yang berturut-turut sejak merdeka melumpuhkan semangat parti-parti bukan Barisan Nasional. Percubaan oleh Anwar Ibrahim untuk menyeludup masuk ke dalam UMNO supaya dapat merebut kuasa dari dalam juga gagal.

6. Yang terpaksa diakui oleh semua pihak, semua rakyat Malaysia dan juga pemerhati asing ialah sehingga kini proses pilihanraya tidak dapat menjatuhkan Barisan Nasional. Majoriti rakyat Malaysia tetap memberi kemenangan kepada Barisan Nasional. Kenapa tidak. Semua terpaksa terima hakikat bahawa Kerajaan-Kerajaan Barisan Nasional telah membawa banyak kemajuan dan nikmat lain kepada rakyat. Barisan Nasional berjaya membawa keamanan dan kesejahteraan kepada Negara Malaysia. Tiap seorang dari rakyat Malaysia dapat mengecapi kehidupan yang lebih mewah dan lebih bahagia di bawah pemerintahan Barisan Nasional. Segala percubaan oleh parti-parti lawan untuk mengurangkan sokongan dan persepsi baik terhadap Barisan Nasional dan pemerintah yang didirikan olehnya tidak berjaya.

7. Memandang kepada sejarah Malaysia merdeka dan keputusan- keputusan pilihanraya, parti lawan tentu kurang yakin mereka akan menang PRU 13 dan mendirikan Kerajaan Pusat. Cara demokrasi tidak boleh menjayakan mereka. Melihat penggulingan Kerajaan di Negara-negara Arab, tentulah terlintas di hati pemimpin-pemimpin parti lawan bahawa cara-cara demonstrasi ganas dan berpanjangan lebih mungkin memberi kejayaan kepada cita-cita mereka.

8. Tetapi mereka perlu menunjuk kepada rakyat, dan lebih utama kepada dunia luar bahawa Kerajaan Barisan Nasional di Malaysia adalah zalim dan menindas rakyat seperti Kerajaan-Kerajaan kuku besi Negara Arab.

9. Maka diciptalah Bersih. Kononnya pilihanraya di Malaysia ditipu oleh Kerajaan Pusat, walau apapun bukti bahawa di Malaysia parti lawan boleh menang dan telah menang berkali-kali jika rakyat menyokong mereka dan sebaliknya di Negara Arab bukan sahaja Kerajaan yang digulingkan tidak pernah kalah tetapi pilihanraya memberi kemenangan 99% kepada pemerintah, masih juga didakwa Pilihan Raya Umum ditipu oleh Kerajaan Malaysia.

10. Kerajaan bertindak untuk meneluskan lagi proses pilihanraya mengikut kehendak parti lawan. Tetapi masih juga dituduh yang Kerajaan menipu.

11. Banyaklah lagi tuduhan kezaliman dan kemungkaran yang dilempar kepada Kerajaan semata-semata untuk memburukkan imej Kerajaan.

12. Tunjuk-tunjuk perasaan Bersih yang besar dan ganas adalah persediaan untuk menolak keputusan PRU 13 jika parti lawan gagal memenanginya. Kekalahan mereka akan dituruti dengan demonstrasi ganas yang tidak berhenti-henti supaya keputusan pilihanraya ditolak dan satu Kerajaan lain didirikan, yang ditunjuk oleh parti lawan. Kemudian mereka akan berusaha untuk mengadakan pilihanraya sekali lagi yang boleh dimanipulasi oleh mereka.

13. Sudah tentu sebelum Kerajaan pilihan rakyat digulingkan, negara akan diserang bertubi-tubi dengan demo ganas dan huru-hara. Perancangan dan perusahaan akan diganggu mungkin dengan mogok di sana sini anjuran parti lawan.

14. Kestabilan negara akan tergugat. Polis dituduh melakukan keganasan supaya mereka tidak dapat kawal huru-hara dan demo dengan cara berkesan.

15. Kuasa-kuasa asing akan mengecam Kerajaan pilihan rakyat kerana kononnya mengguna kekerasan menghalang kebebasan bersuara dan berdemo. Malaysia akan dicap sebagai Police State.

16. Malaysia yang telah memberi banyak nikmat dan kebahagiaan kepada rakyatnya, yang telah diiktiraf sebagai Negara yang termaju di antara negara membangun, Malaysia yang bangun dengan pesatnya akan bertukar menjadi negara yang tidak lagi stabil dan maju, dan tidak lagi memberi kebahagiaan dan rahmat kepada rakyatnya. Mereka tidak percaya dengan demokrasi maka akan hilanglah hak rakyat untuk memilih Kerajaan.

17. Negara ini akan menjadi miskin dan Wawasan 2020 tidak akan menjadi kenyataan. Inilah yang akan berlaku kerana parti bukan Barisan Nasional kecewa tidak dapat ke Putrajaya. Jika dengan cara ganas mereka, mereka berjaya merebut kuasa, percayalah demokrasi akan dihapuskan dan nasib yang buruk akan menimpa Negara tercinta ini.

Khamis, 24 Mei 2012

Politik luhur landasan baru capai negara makmur

TRADISI kesarjanaan Islam kaya dengan pelbagai perbahasan mengenai kehidupan ini. Persoalan politik antara aspek yang menjadi keprihatinan utama falsafah Muslim dalam perbahasan keilmuan mereka.

Ketika menyampaikan syarahan perdana bertajuk ‘Falsafah Politik Islam dan Kepentingannya di Malaysia’ di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) baru-baru ini, Profesor Dr Idris Zakaria merakamkan sejumlah pandangan daripada tokoh ilmuwan Islam berkenaan falsafah politik Islam.

Tokoh paling menonjol membicarakan persoalan ini, antaranya ialah Abu Nasr al-Farabi (870-950), Ali al-Hussin Ibn Sina (980-1037), Abu Hamid al-Ghazali (1058-1111) dan Ibn Khaldun (1332-1406). Sumbangan mereka dalam bidang pembangunan ilmu politik Islam tergambar menerusi pelbagai karya yang sehingga kini masih ditelaah.

Al-Farabi sebagai contoh menulis beberapa karya utama mengenai politik, antaranya kitab al-Madinah al-Fadhilah dan al-Siayasah al-Madaniyyah. Ibn Sina merakam persoalan ini dalam karyanya, al-Syifa’, manakala Abu Hamid Al-Ghazali membicarakan persoalan politik dalam karyanya al-Tibr al-Masbuk fi Nasihat al-Muluk. Mengenai Ibn Khaldun, karya beliau al-Muqaddimah adalah teks penting yang merakamkan pelbagai teori pembangunan peradaban dan prinsip keluhuran politik.

Penulis timbulkan beberapa tokoh dan karya terpilih ini bagi menunjukkan wacana kesarjanaan Islam tidak gersang daripada perbahasan mengenai idea serta pemi-kiran berhubung persoalan politik dan kenegaraan. Ia juga menggambarkan betapa ciri dan sifat sarjana Muslim bukan berwatak ‘eksklusif’ atau terpencil daripada arus perkembangan kehidupan politik serta isu kenegaraan di persekitarannya.

Ternyata ahli falsafah Muslim peka dan arif realiti politik semasa serta menyumbang secara bermakna menerusi karya dan tulisan membimbing pemerintah serta rakyat ke arah mencapai buah kehidupan bernegara yang sempurna.
Wacana politik Islam seperti tergambar dalam tulisan dan pemikiran ahli falsafah Muslim unik serta menarik. Politik Islam pada pandangan mereka adalah luhur dan landasan mencapai cita-cita tertinggi iaitu negara bahagia.

Dengan kata lain, masyarakat tidak mungkin akan mencapai kebahagiaan bernegara jika landasan kehidupan politiknya lemah dan goyah. Oleh itu, membina landasan politik luhur dan kukuh adalah asasi serta dilihat sebahagian daripada kewajipan beragama. Ini berasaskan kefahaman bahawa misi penurunan agama ialah mengatur perjalanan kehidupan manusia secara adil, saksama dan aturan keagamaan juga termasuk dalam urusan kehidupan berpolitik.

Berasaskan kesedaran bahawa pengukuhan landasan politik sebagai saluran bagi penterjemahan misi keagamaan, ahli falsafah Muslim membangunkan pelbagai teori, wawasan dan perancangan mengenai ilmu politik yang luhur. Al-Farabi sebagai contoh banyak menumpu wacananya mengenai kefahaman falsafah politik yang mana menurut beliau bagi mencapai as-saadah atau kebahagiaan.

Dalam kata-katanya, Al-Farabi menjelaskan: “Kebahagiaan adalah suatu yang terbaik yang dituntut setiap manusia. Tidak ada perkara selainnya lagi untuk dicapai oleh manusia sepanjang masa dan terlebih besar daripada kebahagiaan itu sendiri.” Dalam kata lain, objektif terpenting politik ialah membina negara idaman dengan setiap warganya memperoleh kebahagiaan secara saksama.

Cita-cita membina negara bahagia sebagai asas dalam politik Islam membawa kepada persoalan lanjut mengenai apakah bentuk caranya yang akan membawa masyarakat mencapai ideal berkenaan? Tentu banyak caranya. Dalam konteks ini, al-Farabi banyak menumpu kepada kepentingan struktur kepemimpinan yang kukuh dan berwibawa sebagai antara cara terpenting bagi membina sistem politik luhur.

Struktur kepemimpinan ini merujuk secara khusus antaranya keperluan untuk masyarakat memiliki dan memilih ketua negara yang berkelayakan serta berkemampuan untuk mentadbir sistem politik. Untuk itu, ketua negara dalam sistem politik Islam adalah asasi.

Menurut al-Farabi, ketua negara mesti memiliki kualiti diri yang tinggi lagi unggul kerana dia ibarat hati atau al-Qalb dalam tubuh manusia. Ketua negara berkualiti tinggi dari segenap aspek menjamin sistem politik luhur dapat ditadbir secara sempurna sebagai landasan menuju negara bahagia.

Banyak ciri ketua negara disenaraikan al-Farabi antaranya, kesempurnaan tubuh badan dan bertenaga menjalankan tugas, mempunyai kefahaman serta daya ingatan tinggi, bijaksana, mampu menjelaskan secara baik dalam pelbagai persoalan kenegaraan, mencintai ilmu, tidak suka berfoya-foya, menjaga pemakanan, cinta kebenaran, membenci pembohongan, berjiwa besar, berhemah tinggi serta tegas menegakkan keadilan. Semangat sama mengenai kepentingan kualiti ketua negara dalam wacana politik Islam turut dikongsi Abu Hamid Al-Ghazali.

Beliau dalam tulisannya menasihatkan ketua negara Islam peka terhadap permasalahan rakyat, segera menunaikan hajat rakyat apabila mendapat aduan serta tidak bermewah dalam berpakaian dan pemakanan.

Ketua atau pemimpin negara harus tidak melaksanakan dasar yang boleh membawa perbuatan zalim atau menyebabkan rakyat menderita, kesusahan dan kemelaratan. Selaku pemerintah, ketua negara perlu menjadi teladan dan sumber bagi penyebaran nilai kebaikan dan kebahagiaan untuk seluruh kehidupan warga dan persekitarannya.

Penulis ialah pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, UKM

Rabu, 23 Mei 2012

LGBT sukar disekat kerana didalangi individu tertentu



Kerajaan berdepan kesukaran menyekat penyebaran ideologi seks songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) kerana ia dipercayai didalangi individu tertentu di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pihaknya telah menjalankan pelbagai usaha bagi menyekat ideologi yang jelas bertentangan dengan fitrah manusia itu daripada terus berkembang namun ia tetap disebarkan secara senyap.

“Sebenarnya usaha menyekat anasir ini daripada terus merebak dalam masyarakat kita berjalan secara berterusan sejak dulu.

“Namun penyebaran ideologi ini tetap berlaku disebabkan ada pihak yang berada di belakang usaha tersebut dan mengimport masalah ini ke negara ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Penerangan Badan Perhubungan UMNO negeri Kedah, di sini semalam.

Menurut Jamil Khir, pejuang LGBT dari negara asing seperti Irshad Manji boleh masuk ke negara ini melalui pelbagai cara dan kerajaan tidak boleh mengambil tindakan semata-mata atas andaian.

Apa yang boleh dilakukan kerajaan katanya, adalah memantau dan mengambil tindakan wajar menyekat fahaman itu daripada disebarkan. - UTUSAN


ps - macamana nak selesai kalau ada pihak yang mengagungkan LGBT atas dasar hak asasi manusia.

Sebelum nak Mansuhkan PTPTN, Yuran Tadika PASTI percuma?



Negara Akan Muflis Jika Pakatan Rakyat Berkuasa - KJ

SHAH ALAM, 23 Mei 2012 - Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin mendakwa negara akan menjadi muflis sekiranya janji-janji yang dibuat oleh Pakatan Rakyat dilaksanakan jika ditakdirkan mereka menjadi kerajaan.

Menurutnya merujuk kepada Buku Jingga Pakatan Rakyat, jika pemansuhan PTPTN dan lain-lain janji di dalam buku tersebut dilaksanakan, tidak hairan Malaysia akan turut bankrap seperti yang berlaku di Greece.

Beliau berkata demikian di dalam debat bersama Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli anjuran akhbar Sinar Harian yang bertemakan ‘Pemansuhan PTPTN Dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi’ di Shah Alam malam tadi.

“Negara akan muflis dalam dua hingga tiga tahun jika janji bulan dan bintang pembangkang dilaksanakan.

“Ini kerana negara dan rakyat terpaksa memikul beban perbelanjaan RM 170 bilion setiap tahun jika PTPTN dan subsidi serta pinjaman lain seperti konsesi tol dimansuhkan sama sekali.

"Itu sahaja (pemansuhan konsesi tol) RM 170 bilion, campur RM 18 bilion cadangan hapus PTPTN dan pendidikan percuma, jumlahnya RM 188 bilion setahun. Belanjawan tahun ini RM 233 bilion. Tolak RM 188 bilion, tinggal RM 45 bilion. Hendak bayar gaji kakitangan awam pun RM 52 bilion. Bayar gaji pun tidak mampu, negara kita akan muflis," katanya.

Menurutnya lagi, janji-janji yang diutarakan Pakatan pada pilihanraya umum ke-12 yang lalu masih belum terlaksana apatah lagi janji-janji yang baru seperti memansuhkan pinjaman PTPTN.

Beliau mengambil contoh kegagalan kerajaan negeri Selangor di dalam menunaikan lapan janji utama yang dibuat pada PRU ke-12 termasuk memastikan pendidikan percuma untuk kanak-kanak tadika.

“Ini baru pendidikan untuk kanak-kanak tadika yang mereka tak boleh biayai, apatah lagi nak bela pelajar universiti,” kata Khairy yang juga merupakan ahli parlimen Rembau.

Debat yang julung kali diadakan itu menerima sambutan yang positif di kalangan mereka yang mengikuti perkembangan politik negara.

Dilangsungkan di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, sambutan hangat yang diterima menyebabkan ramai yang kecewa apabila tidak berpeluang masuk ke dalam auditorium kerana sudah penuh.

Berdasarkan sambutan yang hangat tersebut, banyak pihak berpendapat supaya lebih kerap debat seumpama itu diadakan yang membabitkan kepimpinan tertinggi politik negara.

Selasa, 22 Mei 2012

SEGMEN DAN ACARA HARI BELIA NEGARA 2012

SEGMEN DAN ACARA HARI BELIA NEGARA 2012