
KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS
Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato' Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.
Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato' Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS.
Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS
2 ulasan:
Tak apa YB Dr. Hassan Ali. Apa ada pada Parti PAS !Kita ada ALLAH. ALLAH Yang Maha Besar. kita hanya untuk ALLAH tuhan semesta alam.Selagi masih hidup kita berjuang untuk menegakan ISLAM bukan parti PAS.PAS memang telah menyeleweng drp. ISLAM ,mereka akan disoal bukan saja didunia ini tetapi diakhirat kelak.Jangan bimbang inilah dia akhir zaman.Sabar dan tawakal kpd. ALLAH.
teruskan perjuangan menegakkan islam walaupun tidak bersama PAS.
Catat Ulasan