JOM TERJAH:

Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline survey

Daftar SAYS Malaysia di sini

InstaForex

Cari Blog Ini

Isnin, 17 Februari 2014

KWSP umum kadar dividen 6.35 peratus untuk tahun 2013

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), mengisytiharkan kadar dividen 6.35 peratus untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013, bayaran dividen paling tinggi sebanyak RM31.20 bilion kepada ahlinya, meningkat 13.66 peratus daripada RM27.45 bilion pada 2012.

Pengerusinya, Tan Sri Samsudin Osman berkata, dengan strategi pelaburan berhemah dan mantap, prestasi KWSP adalah konsisten dan stabil, terutamanya untuk lima tahun sebelumnya.
Katanya, sejak tahun kebelakangan ini, KWSP telah mempelbagaikan portfolio dengan memperluaskan skop aset pelaburan bagi menguruskan risiko pasaran dan menjana pulangan yang konsisten.

“Prestasi pelaburan ini membolehkan KWSP memperoleh 6.97 peratus pulangan pelaburan tahunan (ROI), meningkat 10 mata asas daripada 2012. Ini adalah manifestasi prinsip pelaburan KWSP yang kukuh dan hasil daripada mempelbagaikan portfolio merentasi pasaran dan sektor yang berbeza. Pencapaian KWSP mencerminkan keberkesanan dana yang seimbang dan pelbagai dan 2013 adalah tahun yang sangat baik untuk pelaburan ekuiti manakala portfolio pendapatan tetap menunjukkan prestasi lebih baik pada tahun sebelumnya,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan di sini.

Sejak krisis kewangan global 2008, KWSP telah mengisytiharkan dividen dikompaun melebihi RM120 bilion kepada ahlinya. Saiz aset pelaburan KWSP termasuk caruman tahunan bersih telah mencatatkan peningkatan kukuh daripada RM342.01 bilion pada 2008 kepada RM586.66 bilion pada akhir 2013.

Kadar dividen ini diisytiharkan hasil daripada pendapatan pelaburan kasar yang mencatatkan rekod tertinggi sebanyak RM35.00 bilion, meningkat 12.81 peratus daripada RM31.02 bilion yang dicatatkan pada 2012.

Dengan jumlah ahli KWSP meningkat kepada lebih daripada 13 juta, sebanyak RM4.91 bilion diperlukan untuk membayar setiap satu peratus kadar dividen bagi 2013 dan ia 10.06 peratus lebih tinggi berbanding RM4.46 bilion yang dibayar untuk setiap satu peratus kadar dividen pada 2012.

Sumber

Jumaat, 14 Februari 2014

Gadis ‘Minta Hantaran RM160,000′ Kesal Difitnah Agen Pencari Jodoh

Gadis yang merupakan pemilik gambar dengan hantaran RM160,000 yang disebarkan dalam satu Facebook Agensi Pencari Jodoh tampil memberi jawapan mengenai perkara itu.

Dilla merasa amat kesal apabila gambarnya telah dicuri dan digunakan tanpa kebenaran. Dalam status facebooknya Dilla meminta pengguna laman sosial itu membuat report page agar gambarnya dikeluarkan.

Namun, gambar dan caption hantaran RM160,000 itu telah menjadi viral dan tersebar di blog-blog dan page-page media sosial yang lain.

Sumber