JOM TERJAH:

Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline survey

Daftar SAYS Malaysia di sini

InstaForex

Cari Blog Ini

Selasa, 11 September 2012

Padah simpan video lucah

Dua sahabat warganegara Nigeria didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam, selepas mengaku bersalah menyimpan gambar dan video lucah, Ogos lalu.

Obia Elu Charles, 28, dan Akegwure Israel Okpure, 27, dari Putrajaya membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nor Azizah Yusof.

Berdasarkan pertuduhan, Obia didapati menyimpan 23 gambar lucah dan 12 video lucah di dalam telefon bimbitnya.

Sementara Akegwure dituduh menyimpan 30 gambar lucah dan lima video lucah di dalam telefon bimbit miliknya.

Kedua-duanya didapati melakukan kesalahan itu di bilik soal siasat Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, kira-kira jam 3.30 pagi pada 28 Ogos 2012.

Mereka yang juga penuntut di sebuah pusat bahasa di Kuala Lumpur didakwa mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, kedua-dua tertuduh yang diwakili peguam Krishnan Papoo merayu mahkamah memberikan hukuman ringan kerana mereka kini sedang mengikuti kursus bahasa Inggeris di Kuala Lumpur.

“Tertuduh datang ke Malaysia untuk belajar dan mereka hanya menyimpan semua gambar dan video itu tanpa mempunyai niat jahat,” katanya.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa, Inspektor Rosli Rasi meminta mahkamah memberikan hukuman setimpal kepada tertuduh.

Nor Azizah menjatuhkan hukuman denda RM3,000 bagi setiap tertuduh atau dua bulan penjara jika gagal membayar denda.-sinar

2 ulasan:

Jeepers Creepers berkata...

nasib ler ko kantai..penyebar video nuar sampai sekarang bebas lagi..alahai dunia dunia...

ahmad zikron berkata...

#YB Raz betul ke dalam video tu anuar?