JOM TERJAH:

Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline survey

Daftar SAYS Malaysia di sini

InstaForex

Cari Blog Ini

Khamis, 26 Januari 2012

Jangan Terpedaya Taktik Kotor PR

Strategi utama PR sudah lama dapat kita baca iaitu mencetuskan huru-hara serta ketidakstabilan dalam negara untuk melemahkan kerajaan dan merampas kuasa. Untuk itu, NGO-NGO atau pertubuhan haram digunakan untuk membangkitkan isu perkauman contohnya, melalui novel Interlok yang secara tiba-tiba saja menjadi kontroversi tidak lama dahulu sedangkan ia telah berpuluh tahun digunakan.

Kemuncak strategi PR ialah huru-hara besar-besaran yang berpunca dari pemenjaraan Anwar Ibrahim dan tuduhan konspirasi terhadap kerajaan di mana diharap agar menjadi pemangkin kepada tumbangnya Barisan Nasional.

Sebagai ‘back-up’, sekiranya semua ini gagal dan PR tidak mampu memenangi pilihanraya, maka Bersih digunakan sebagai persediaan awal untuk menidakkan keputusan pilihanraya seterusnya sebagai alasan untuk mencetuskan huru-hara dan menumbangkan kerajaan BN.

Namun, taktik kotor pembangkang tidak terhad setakat itu sahaja. Bagi ‘menyediakan’ minda rakyat untuk memakan umpan ini, mereka telah terlebih dahulu menabur propaganda agar rakyat percaya bahawa pilihanraya adalah benar-benar tidak bersih.

Ketika pulang ke Kedah baru-baru ini, penulis ‘disapa’ oleh maklumat yang tersebar secara meluas mengenai wujudnya beribu-ribu pendatang Bangladesh, Pakistan dan lain-lain yang disembunyikan oleh BN di segenap hutan-hutan di Malaysia. Pendatang ini semua, kononnya telah didaftarkan sebagai pengundi dan akan keluar mengundi BN dalam pilihanraya umum nanti.

Penulis ternganga sebelum tergelak besar mendengar cerita yang tidak masuk akal itu. Namun, gelak penulis pantas hilang apabila melihat bagaimana si penyampai serta mak cik dan pak cik yang sama-sama mendengarnya mempercayai cerita tersebut 100%.

Maka, jenuhlah penulis menjelaskan kepada mereka semua bahawa bukan mudah untuk menipu dalam pilihanraya memandangkan proses pengundian dari A-Z adalah telus kerana perlu dipantau oleh wakil dari setiap parti. Jika berlaku keraguan dalam proses pengundian, wakil parti boleh membuat bantahan. Oleh itu, jika ada di antara kita terlihat segerombolan pendatang asing yang diragui status kewarganegaraan mereka datang mengundi di hari pengundian nanti, laporkan dan dedahkanlah mereka agar siasatan dan tindakan dapat diambil.

Penulis juga meminta makcik dan pakcik tersebut mengerahkan rakan-rakan mereka membuat rondaan ke hutan-hutan di belakang kampung masing-masing untuk mencari beribu-ribu pendatang upahan BN yang dikatakan itu dan menangkap dan mendedahkan mereka jika benar ada. Lebih baik jika siarkan saja gambar ‘perkampungan pengundi PATI di dalam hutan’ itu termasuk wawancara dengan mereka di dalam Harakah, Malaysiakini dan media-media milik pembangkang untuk impak yang lebih hebat.

Malangnya, lucu atau tidak, cerita tidak masuk akal ini telah pun disebar di seluruh Kedah dan seluruh negara juga. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa 20%-40% orang-orang Melayu telah dengan mudah, mempercayainya.

Sedih sekali memikirkan betapa ramainya orang Melayu yang begitu mudah mempercayai sesuatu tanpa berfikir logiknya langsung.

Dan semalam, satu lagi taktik kotor pembangkang sampai ke telinga penulis. Iaitu, kononnya terdapat seorang yang mengaku sebagai wakil ADUN BN di Kota Damansara kini giat turun berjumpa dengan majikan di seluruh Selangor mencari pekerja asing untuk didaftarkan sebagai pengundi. Kononnya, pekerja-pekerja ini akan diarahkan untuk mengundi BN dalam pilihanraya akan datang.

Mereka yang menyampaikan kepada penulis adalah penyokong BN dan mereka sendiri nampaknya gusar kerana percaya ia adalah benar.

Tidakkah mereka-mereka ini terfikir bahawa tidak mungkin BN sebodoh itu kalaupun benar ingin bermain kotor?

Apakah logik ada ADUN BN yang tidak memikirkan risiko majikan yang ditemui wakilnya itu adalah penyokong pembangkang yang pasti akan mendedahkan taktik kotor sebegitu? Dan kalau benar ia berlaku, kenapakah pembangkang tidak menangkap, melapor dan mendedahkan wakil tersebut secara besar-besaran di dalam media milik mereka?

Sebaiknya, mana-mana majikan yang terlibat mendedahkan segera identiti ‘wakil ADUN BN’ tersebut agar tindakan dapat diambil dan taktik kotor ini dapat dihentikan segera.

Memandangkan tiada pendedahan secara meluas oleh pembangkang, maka kita simpulkan terdapat satu saja penjelasan mengenai kisah-kisah tidak masuk akal ini, iaitu ia hanyalah satu lagi taktik kotor PR untuk menimbulkan keraguan dalam minda rakyat terhadap BN sebagai persediaan sekiranya PR kalah lagi dalam pilihanraya kali ini.

Kita pasti, kisah-kisah tidak masuk akal ini akan digunakan PR bagi menjustifikasikan huru-hara yang bakal dicetuskan melalui Bersih 3.0, sekali gus rampasan kuasa melalui jalan belakang yang merupakan strategi utama mereka.

Kesimpulannya, orang-orang Melayu perlu berlatih untuk berfikir lebih sedikit sebelum menerima dan mempercayai bulat-bulat sesuatu maklumat. Penulis amat bimbang dan sedih sekali melihat pemikiran orang Melayu yang nampaknya benar-benar di tahap kritikal kerana tidak mampu langsung untuk bertindak kritis dan menapis segala apa yang masuk ke telinga mereka.

Kegagalan orang Melayu untuk berfikir secara logik sehingga terlalu mudah diperdaya dan dimanipulasi, ditakuti akan menjadi pemangkin kepada kehancuran bangsa kita nanti.

Tiada ulasan: