JOM TERJAH:

Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline survey

Daftar SAYS Malaysia di sini

InstaForex

Cari Blog Ini

Ahad, 29 April 2012

BUKTI TERBARU SIAPA PENYEBAB RUSUHAN DAN BELIT PAKATAN HARAM DI KENAL PASTI ???

Tidak dapat dinafikan Pakatan Rakyat sedang berhadapan dengan masalah besar apabila para pengikut mereka gagal menjalankan tugas sepertimana yang diarahkan.Sudahlah jumlah 500,000 tidak tercapai bahkan jumlah yang hadir pun tidak sampai 30,000 orang,keganasan yang diharapkan dari pihak polis juga tidak kesampaian.Sebaliknya yang melakukan kekasaran,kekacauan dan keganasan adalah dari kalangan penyokong Pakatan Rakyat.Buktinya,seorang anggota polis trafik yang dilaporkan meninggal dunia dalam posting sebelum ini tetapi sebenarnya masih berada di ICU,telah dibelasah dengan teruk.Malah seorang anggota polis wanita turut dibelasah oleh penunjuk perasaan yang sudah tentulah penyokong tegar Pakatan Rakyat.Para pemimpin DAP seperti Nga Kor Ming cuba melakukan penipuan dengan mengatakan polis yang memulakan kekacauan dan kekasaran terhadap para penunjuk perasaan. Walhal apa yang berlaku sebenarnya adalah sebaliknya.

Baca artikel penuh di Badut Rakyat

Sabtu, 28 April 2012

Bersih 3.0 Duduk Bantah, kanak-kanak diperkudakan


Apa motif kanak-kanak ini bersama-sama dengan perhimpunan bersih 3.0 Duduk Bantah?
Kanak-kanak ini nak tuntut apa?


Khamis, 26 April 2012

Tutorial Pasang Meta Tag Mesra SEO

Apa itu Meta Tag ?

Meta tag adalah HTML tag yang berada didalam HEAD section pada skrip laman web atau blog anda . Untuk makluman , meta tag tidak akan kelihatan di dalam page anda . Setiap meta tag yang diletakkan pada laman web anda akan membantu enjin pencari/crawler memahami laman web/blog anda dengan lebih mudah semasa diindex.

Secara ringkasnya meta tag ini mengandungi maklumat ringkas tentang blog . Meta tag ini tidak ada secara automatik dalam blog anda tetapi anda boleh tambahnya sendiri supaya blog anda mesra SEO .

Kepentingan Meta Tag

Walaupun banyak pemberatan yang digunakan diberikan kepada meta tag oleh enjin carian , pada keseluruhannya ianya kini bukan lagi unsur-unsur yang penting bagi sesebuah laman web .

Daripada menggunakan meta tag untuk menentukan sesebuah laman web , enjin carian kini memberikan tumpuan kepada tag lain serta tumpuan kepada kandungan dalam sesebuah laman web atau blog (perisikan enjin carian telah banyak meningkat sejak beberapa tahun yang lalu ). Kata kunci meta tag khususnya tidak digunakan sama sekali oleh enjin carian dalam menentukan autoriti sesebuah laman web .

Meta tag ini terbahagi kepada 4 :-

1 . Meta Title Tag (Tajuk Blog)
2 . Meta Description Tag (Description Blog)
3 . Meta Keyword Tag (Keyword Blog)
4 . Meta Tag Author ( Pemilik Blog)


Cara Pasang Meta Tag Mesra SEO

<b:include data='blog' name='all-head-content'/>
<b:if cond='data:blog.url == &quot;http://ahmadzikron-zikron.blogspot.com&quot;'>
<title><data:blog.pageTitle/></title>
</b:if>
<b:if cond='data:blog.pageType ==  &quot;item&quot;'>
<title><data:blog.pageTitle/> - zikron™</title>
</b:if>

-Copy-Paste code meta tag di atas di bawah code <head>
-Tukar perkataan Merah di atas dengan kaitan blog anda.

Selepas code di atas di letakan di bawah code <head> tadi . Copy code di bawah , dan paste-kan di bawah meta tag yang di atas .

Meta Tag Description dan keyword

<b:if cond='data:blog.url == data:blog.homepageUrl'>
<title><data:blog.pageTitle/></title>
<meta content='Tulis Description blog anda.' name='DESCRIPTION'/>
<meta content='Tulis keyword pada blog anda.' name='KEYWORDS'/> </b:if>

-Elakan daripada description yang terlalu panjang atau terlalu pendek.
-Untuk keyword yang 100% releven pada blog anda, sila rujuk keyword pada
Google Webmaster.



Meta Tag Author
 
<meta content='zikron' name='author'/>

-Tambah code di atas selepas Meta Tag Description dan Keyword.

Pasang ketiga-tiga meta tag di atas untuk mendapatkan templete yang mesra SEO.
Selamat mencuba.

Keputusan Penuh Separuh Akhir Kedua Liga Juara-Juara Eropah 2011/2012 Real Madrid vs Bayern Munich

Satu lagi wakil Sepanyol, Real Madrid kecundang dan gagal ke final Liga Juara-Juara Eropah 2011/2012 kepada Bayern Munich.

Bayern Munich menang menerusi penentuan sepakan penalti 3-1 selepas perlawanan berkesudahan agregat 3-3.

Bayern Munich akan bertemu Chelsea pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah 2011/2012.

Separuh Akhir Liga Juara-Juara Eropah 2011/2012 LIVE STREAMING

Separuh Akhir Liga Juara-Juara Eropah 2011/2012

18 April 2012
Bayern Munich vs Real Madrid
Stadium: Fußball Arena München, Munich (GER)
Astro Live 812, 2.45 pagi
Live Streaming <Klik link>
Update Keputusan penuh
Bayern Munich 2 Real Madrid 1
17' F. Ribery (Bayern Munich)
53' M. Ozil (Real Madrid)
90' M. Gomez (Bayern Munich)

19 April 2012
Chelsea vs Barcelona
Stadium: Stamford Bridge, London (ENG)
Astro Live 812, 2.45 pagi
Live Streaming <Klik link>
Update Keputusan penuh
Chelsea 1 Barcelona 0
45' D. Drogba (Chelsea)

25 April 2012
Barcelona vs Chelsea
Stadium: Camp Nou, Barcelona (ESP)
Astro Live 812, 2.45 pagi
Live Streaming <Klik link>
Update Keputusan penuh
Barcelona 2 Chelsea 2 (Chelsea menang dengan agregat 3-2)
35' S.Busquets  (Barcelona)
44' A.Iniesta (Barcelona)
45' Ramires (Chelsea)
90' F. Torres (Chelsea)

26 April 2012
Real Madrid vs Bayern Munich
Stadium: Estadio Santiago Bernabéu, Madrid (ESP)
Astro Live 812, 2.45 pagi
Live Streaming <Klik link>
Update Keputusan penuh
Real Madrid 2 Bayern Munich 1 (Bayern Munich menang penentuan sepakan penalti 3-1)
6' C. Ronaldo  (Real Madrid)
14' C. Ronaldo  (Real Madrid)
27' A. Robben (Bayern Munich)



Rabu, 25 April 2012

Keputusan Penuh Separuh Akhir Kedua Liga Juara-Juara Eropah 2011/2012 Barcelona vs Chelsea

Keputusan seri 2-2 antara Barcelona dan Chelsea awal pagi tadi pada aksi separuh akhir kedua Liga Juara-Juara Eropah 2011/2012,bermakna Chelsea mara ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah 2011/2012 dengan agregat 3-2.

Barcelona menguasai perlawanan tetapi nasib tidak menyebelahi Barcelona walaupun Chelsea terpaksa bermain dengan 10 orang pemain setelah J. Terry dibuang padang kerana mengasari pemain pihak lawan.

Kegagalan L. Messy menjaringkan sepakan penalti juga menjadi punca kegagalan Barcelona mara ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah 2011/2012.

Chelsea akan bertemu dengan pemenang satu lagi perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah 2011/2012 antara Real Madrid dan Bayern Munich.

Perlawanan separuh akhir kedua Liga Juara-Juara Eropah 2011/2012 antara Real Madrid dan Bayern Munich akan berlangsung awal pagi esok di Estadio Santiago Bernabéu, Madrid.



Selasa, 24 April 2012

Relevenkah Himpunan Bersih 3.0 Duduk Bantah diadakan?



Apa yang kita tahu mengenai Bersih 3.0? Apakah tuntutan mereka?

1. Bersihkan senarai undi
2. Reformasikan Undi Pos
3. Gunakan Dakwat Kekal
4. Akses Media yang Bebas dan Adil
5. Tempoh Kempen Minima 21 Hari
6. Kukuhkan Institusi Awam
7. Hentikan Rasuah
8. Hentikan Politik Kotor

Dan apa yang kita tahu mengenai Bersih 2.0? Apakah tuntutan mereka?

1. Bersihkan senarai undi
2. Reformasikan Undi Pos
3. Gunakan Dakwat Kekal
4. Akses Media yang Bebas dan Adil
5. Tempoh Kempen Minima 21 Hari
6. Kukuhkan Institusi Awam
7. Hentikan Rasuah
8. Hentikan Politik Kotor

Dan inilah antara perkembangan yang terjadi antara jangkamasa Bersih 2.0 iaitu 9 Julai 2011 dan Bersih 3.0 yang bakal diadakan pada 28 April 2012.

Kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Parlimen yang dianggotai oleh wakil kerajaan dan pembangkang, serta bebas untuk mengkaji mengenai penambahbaikan sistem pilihanraya. Berdasarkan apa yang dicadangkan oleh jawatankuasa tersebut dengan merujuk kepada tuntutan Bersih, berikut adalah apa yang diumumkan oleh SPR pada 19 April lalu:

Bersihkan senarai undi

SPR juga bersetuju untuk menguakuatkuasakan undang-undang sedia ada mengenai mereka yang memberi maklumat palsu ketika mendaftar sebagai pengundi. SPR setuju untuk membersihkan senarai undi dan menyelidik berkenaan kes di mana terdapat begitu ramai pengundi di alamat yang sama.

Reformasikan Undi Pos

Rakyat Malaysia yang berada di luar negara juga boleh mengundi melalui pos Walaubagaimanapun, SPR tidak akan menubuhkan stesyen mengundi di negara-negara luar kerana ia amat sukar dilakukan. Ini kerana setiap pengundi pos dari luar negara ini perlu berdaftar mengikut kawasan mengundi yang berlainan mengikut alamat mereka ketika di sini.

Gunakan Dakwat Kekal

Awal tahun ini, SPR telah meluluskan penggunaan dakwat kekal

Akses Media yang Bebas dan Adil

SPR juga bersetuju mengambil langkah memberi akses media secara adil kepada semua parti politik dan calon-calon bertanding. Semua media perlu berdaftar dengan pegawai di kawasan undian masing-masing dan permohonan mereka perlu diluluskan oleh organisasi media yang mereka wakili.

Tempoh Kempen Minima 21 Hari

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah bersetuju menambah tempoh kempen pilihanraya daripada 7 hari kepada 10 hari.

Jelas, 5 dari tuntutan nyata Bersih telah pun diberi perhatian Sementara, tuntutan bersifat umum iaitu 6. Kukuhkan Institusi Awam, 7. Hentikan Rasuah dan 8. Hentikan Politik Kotor telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan secara berterusan dari dahulu hingga sekarang.

Dengan transformasi yang dilakukan, integriti institusi awam semakin menyerlah dan ini dapat dilihat sendiri melalui maklumbalas rakyat.

Kesungguhan kerajaan menangani rasuah sudah pun terbukti dengan kes-kes besar di dalam imigresen, kastam malah pemimpin politik sendiri, disiasat dan ditangkap. Semuanya berjalan dengan lancar dan professional.

Hanya apabila kes melibatkan pemimpin pemimpin pembangkang sahaja maka siasatan mengalami gangguan, contohnya kes penyalahgunaan wang negeri oleh pemimpin DAP yang membawa kepada kematian saksi penting SPRM.

Dari satu segi atau dari segenap segi, Bersih itu sendiri adalah lahir dari politik kotor, maka bagaimana pula Bersih ingin menuntut agar politik kotor dihentikan? Bersih didalangi pembangkang dan dibiayai oleh NDI iaitu agensi asing yang tugasnya ialah menjatuhkan kerajaan yang sah. Ini diakui sendiri oleh Ambiga Sreevanesan, Pengerusi Bersih 2.0.

Jika ini tidak benar, apa gunanya menuntut kempen 21 hari yang menjadi punca tragedi 13 Mei 1969? Tidak lain tidak bukan, Bersih ingin sangat mengulangi tragedi itu, kalaupun tidak sekadar mencetus huru-hara. Untuk pengetahuan semua, mencetus huru-hara adalah strategi penting dalam menjatuhkan kerajaan sepertimana yang diajar oleh NDI kepada mereka.

Dengan kesemua tuntutan Bersih telah pun didengari, diberi perhatian, dipersetujui dan diambil tindakan sewajarnya, apa perlunya lagi berdemonstrasi pada 28 April ini?

Kini sudah terang lagi bersuluh bahawa Bersih hanya ingin mencetuskan kekecohan dan huru-hara dalam negara. Selain itu, Bersih juga perlu bagi pembangkang sebagai alasan untuk menolak keputusan pilihanraya sekiranya mereka kalah teruk dalam PRU yang akan datang.

Kita pasti, walaupun senarai undi benar-benar bersih dan negara benar-benar sifar rasuah sekali pun, Bersih tetap akan menafikan dan mencari alasan untuk mengadakan demonstrasi. Dan percayalah, jika mereka masih tidak berjaya menjatuhkan kerajaan, kita bakal menyaksikan Bersih 4.0, 5.0 dan seterusnya dengan senarai tuntutan yang sama seperti 2.0 dan 3.0 di atas.

Kerana bagi mereka, hanya apabila pembangkang menang walaupun dengan majoriti rakyat TIDAK mengundi mereka, maka pilihanraya itu akan diiktiraf sebagai bersih.

 Sumber

Slip gaji SSM baru sudah boleh disemak secara online




Semua sudah sedia maklum penjawat awam akan menerima kenaikan gaji sebanyak 13% bermula januari 2012 dan akan mula di bayar bermula April 2012.

Semua penjawat awam sudah boleh menyemak slip gaji masing-masing di portal Jabatan Akauntan Negara atau boleh juga semak di sini, Semakan epenyatagaji-laporan




Isnin, 23 April 2012

Misi Champions 20 Manchester United sedikit terjejas selepas sekadar seri dengan Everton 4-4



Manchester United sekadar mencatat keputusan seri 1-1 dengan Everton malam tadi manakala Manchester City berjaya merapatkan jurang mata selepas berjaya mengalahkan Wolverhampton 2-0.

Juara liga EPL 2011/2012 akan dapat ditentukan pada perlawanan Manchester City vs Manchester United pada 30 april 2012 kerana hanya 3 mata yang memisahkan antara Manchester United dan Manchester City.

Carta Liga EPL terkini

Manchester United akan mengharungi 3 perlawanan liga terakhir menentang:

30 APRIL 2012 (TEMPAT LAWAN)


6 MEI 2012 (TEMPAT SENDIRI)


13 MEI 2012 (TEMPAT LAWAN)


Sumber gambar

Ahad, 22 April 2012

EPL 2011/2012 | Manchester United vs Everton

Manchester United sekadar mengutip 1 mata selepas seri 4-4 dengan Everton

p/s: harap2 MC pun seri nanti..hehehe

Barcelona tewas kepada Real Madrid di Nou Camp | Real Madrid hampir bergelar Juara La Liga 2011/2012



C. Ronaldo muncul wira selepas berjaya menjaringkan gol kemenangan Real Madrid. hasil kemenangan 2-1 Real Madrid ke atas Barcelona, Real Madrid terus menerajui persada liga dengan kelebihan 7 mata berbanding pencabar terdekat, Barcelona.

Pada separuh masa pertama perlawanan berkesudahan Real Madrid mendahului Barcelona 1-0 hasil jaringan S. Khedira pada minit ke 17.

Barcelona berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 70 jaringan A. Sanchez. selang 3 minit kemudian C. Ronaldo muncul wira buat Read Madrid setelah rembatannya mengegar jaring.

Jumaat, 20 April 2012

Be a part of London 2012 Olympics Games.


Samsung is searching throughout the world for curious, imaginative and motivated people to experience a once in a lifetime trip to London for 2012 Olympic Games! If you’re chosen, you will be based in London for the biggest sporting event of the year! Your task - search for the best insights London has to offer during the Olympics and share it with the world via video, photos and blog about it. You’ll be providing a unique insight into the Olympics as it dominates life in London throughout summer. Whether you’re a trainee journalist, avid blogger or just someone who likes to share exciting stories on Facebook or Twitter, you could be Samsung Global Blogger! Just send in a short 30 sec video of yourself and why you deserve to go to London 2012 now! Entries ends on 29th April 2012.

Khamis, 19 April 2012

Keputusan Penuh Separuh Akhir Pertama Liga Juara-Juara Eropah 2011/2012 Chelsea vs Barcelona


Keputusan perlawanan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah 2011/2012 awal pagi tadi antara Chelsea dan Barcelona memihak kepada Chelsea dengan kemenangan 1-0 hasil jaringan D. Drogba pada minit terakhir separuh masa pertama.

Aksi kedua-dua pasukan amat menarik kerana masing-masing berbalas serangan dengan percubaan yang menarik.

Perlawanan timbal balik separuh akhir kedua akan berlangsung di Stadium Camp Nou, Barcelona pada 25 April 2012.

Jadual Separuh Akhir Klik Sini

Saksikan juga perlawanan La Liga, Barcelona vs Real Madrid pada 22 April 2012
Live Streaming Barcelona vs Real Madrid <Klik link>

wash state boise state fresno state basketball

Ticketamerica.com has basketball college hoop tickets for many universities like the Washington State Cougars tickets, Boise State Broncos tickets, and Fresno State Bulldogs tickets and tailgating.





Ticketamerica.com has basketball college hoop tickets for many universities like the Washington State Cougars tickets, Boise State Broncos tickets, and Fresno State Bulldogs tickets and tailgating.

Rabu, 18 April 2012

Keputusan Penuh Separuh Akhir Pertama Liga Juara-Juara Eropah 2011/2012 Bayern Munich vs Real Madrid

Keputusan perlawanan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah 2011/2012 awal pagi tadi menyaksikan Bayern Munich menang 2-1 ke atas Real Madrid hasil jaringan F.Ribery pada minit ke 17.Keputusan separuh masa pertama menyaksikan bayern munich mendahului 1-0.

Setelah 8 minit separuh masa kedua bermula Real Madrid menyamakan kedudukan hsil jaringan M. Ozil pada minit ke 53 perlawanan.

Pada minit ke 90 perlawanan M. Gomez berjaya menjaringkan gol kemenangan buat Bayern Munich menjadikan kedudukan 2-1.

Real Madrid masih berpeluang mara ke perlawanan akhir kerana masih ada 90minit untuk perlawanan separuh akhir kedua Liga Juara-Juara Eropah 2011/2012 di Estadio Santiago Bernabéu, Madrid pada 26 april 2012.

Real Madrid hanya perlu mencatat kemenangan 1-0 ke atas bayern munich di tempat sendiri untuk mara ke perlawanan akhir yang akan berlangsung Fußball Arena München, Munich 20 mei 2012.

Satu lagi perlawanan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah 2011/2012 akan berlangsung awal pagi nanti antara Chelsea dan Barcelona.

Jadual Separuh Akhir Klik Sini

Selasa, 17 April 2012

Preve bukti keunggulan PROTON

PROTON Preve ditawarkan pada harga RM59,990 hingga RM72,990 seunit.
PROTON Preve, kereta global pertama keluaran PROTON Holdings Bhd (PROTON), akan menjadi model perintis untuk mengukuhkan kembali penguasaan pasaran pengeluar kereta nasional itu, baik di pasaran tempatan mahupun di luar negara.

Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata model itu juga akan menjadi perintis kepada perubahan dalam penghasilan setiap model baru PROTON di masa depan.

“PROTON Preve adalah bukti akan kemampuan PROTON setakat ini dalam usahanya bersaing pada pelbagai peringkat pasaran global.

“Dengan model ini, apa yang PROTON cuba nyatakan adalah model ini akan menjadi permulaan baru bagi kami, iaitu antara lain memperkenalkan arah baru reka bentuk produk dari segi kualiti dan keselamatan yang mampu bersaing di pelbagai pasaran dunia,” katanya pada majlis pelancaran model itu yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Seri Kembangan, semalam.

Hadir sama Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor: Penasihat PROTON, Tun Dr Mahathir Mohamad; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; dan Pengerusi Eksekutif PROTON, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil.

Syed Zainal berkata, sebagai permulaan, pihaknya memperuntukkan 20 peratus daripada jumlah pengeluaran Preve untuk pasaran eksport.
“Selain pasaran domestik, Preve akan dieksport ke luar negara, dengan Indonesia sebagai destinasi pertamanya pada Julai atau Ogos ini, sebelum memasuki Thailand, Australia, United Kingdom dan Asia Barat,” katanya.

Syed Zainal berkata, Preve dijangka mampu dijual sekitar 4,000 hingga 4,200 unit sebulan dan kini sudah menerima lebih 1,000 unit tempahan sejak mula ditampilkan secara teaser pada Pameran PROTON Power of 1 di Bukit Jalil, bulan lalu.

Sementara itu, Najib berkata, keupayaan untuk mengeluarkan sebuah kereta yang global adalah suatu mercu tanda kejayaan yang amat penting kepada PROTON kerana untuk mencapai tahap piawaian dan standard antarabangsa terbabit, ketelitian dan fokus kepada aspek kualiti tidak boleh dipandang ringan.

“Semuanya harus berada pada tahap global standard. Saya sendiri sangat berbangga dengan keupayaan PROTON dan ini membuktikan bahawa kereta kita juga setaraf atau lebih baik dari kereta berjenama antarabangsa yang lain,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran kereta berkenaan.

Dalam pada itu, beliau berkata untuk memastikan PROTON dan semua syarikat automotif tempatan dapat bersaing dengan kereta terkemuka dunia, kerajaan menerusi Dasar Automotif Negara (DAN) sudah menggariskan pelbagai insentif bertujuan meningkatkan daya saing industri automotif tempatan bagi jangka panjang.

Katanya, ini termasuk penyediaan pelbagai insentif dan pakej geran dan dana automotif yang komprehensif serta pelbagai inisiatif lain bagi meningkatkan usaha sama strategik dengan rakan dagang utama negara.

“Kerajaan juga sedang mengkaji semula DAN yang akan merangkumi skop yang lebih luas dengan mengambil kira kepentingan semua pihak termasuk syarikat kereta, vendor, institusi kewangan dan pengguna.

“Pembentangan cadangan akhir ini, akan dibentangkan di mesyuarat Kabinet tidak lama lagi,” katanya.

Preve, yang kini boleh didapati di semua bilik pameran Proton Holdings di seluruh negara, ditawarkan dalam tiga varian, iaitu standard eksekutif transmisi manual, standard eksekutif transmisi automatik dan spesifikasi premium transmisi automatik.

Versi standard eksekutif transmisi manual menggunakan enjin 1.6 liter IAFM Continuous Variable Transmission (CVT) lima kelajuan, dan tujuh kelajuan untuk versi automatik, sementara versi spesifikasi premium pula menggunakan enjin 1.6 liter Caj Keberkesanan Minyak (CFE) turbo dengan CVT Protonic tujuh kelajuan.

Model baru itu ditawarkan pada harga RM59,990 seunit bagi versi standard eksekutif transmisi manual, RM62,990 bagi automatik standard eksekutif CVT, dan RM72,990 seunit bagi versi premium.

Semua varian berkenaan ditawarkan dengan jaminan lima tahun atau 150,000 kilometer, atau yang mana terdahulu.

Menurut Mohd Khamil berkata, Preve, model bercirikan teknologi paling canggih pertama yang ditawarkan kepada pasaran secara besar-besaran itu, akan membuka lembaran baru buat syarikat kereta nasional itu dalam memasarkan produknya yang menepati semua cita rasa pasaran.

“Produk PROTON memang sudah diterima di peringkat antarabangsa ketika ini. Namun begitu, kita tidak harus berpuas hati. Kita mesti bertindak lebih agresif lagi dalam mengembangkan aktiviti eksport ke luar negara dan menjadi lebih berteknologi maju, terus mampu menawarkan pelanggan kenderaan yang sewajarnya, mampu memperkukuh jualan dan khidmat selepas jualan di peringkat antarabangsa, dan mampu berkembang lebih kukuh sebagai jenama yang memiliki reputasi yang baik, yang dipercayai, diutamakan dan mampu menjadi pengeluar kereta yang kompetitif,” tegasnya.

Preve turut mendapat sentuhan anak syarikat milik penuh PROTON, iaitu Lotus Engineering, khususnya dari segi kawalan pemanduan dan pengendalian, yang mampu bertindak balas dengan baik di selekoh pada kelajuan tinggi.

SPESIFIKASI: Proton Preve

# Enjin 1.6 liter turbo ringan menghasilkan kuasa sama 2.0 liter enjin biasa

# 138 kuasa kuda, kilasan 205Nm

# Sistem butang penghidup enjin untuk Premium

# Stering kuasa hidrolik

# Brek ABS dengan EBD

# Dwi beg udara SRS untuk semua varian dan beg udara sisi untuk Premium saja

# Dilengkapi dengan sambungan 4G WiFi dan sistem navigasi GPS

# Sistem audio dengan pemain CD MP3 dengan Bluetooth, USB dan sambung iPod

# Warna pilihan Blue lagoon, Fire red, Genetic silver, Solid white, Tranquility black, Elegant brown

# Kesemua varian didatangkan dengan jaminan lima tahun atau 150,000 km

# Tiga varian : Premium (harga dari RM72,990), Eksekutif CVT (harga dari RM62,990), Eksekutif (harga dari RM59,990)

Sumber

Isnin, 16 April 2012

Manchester United tewaskan Aston Villa 4-0,gelaran Champions 20 semakin hampir.

Manchester United mencatat keputusan selesa 4-0 malam tadi menentang Aston Villa. Dengan kemenangan tersebut Manchester United kekal di persada liga dengan 82 mata,berbeza 5 mata dengan pencabar terdekat Manchester City.

Keputusan lain malam tadi menyaksikan Chelsea mara ke perlawanan Akhir FA cup selepas menang besar ke atas Tottenham 5-1. Dengan kemenangan tersebuat,Chelsea akan bertemu Liverpoll pada perlawanan akhir. Liverpool mencatat kemenangan 2-1 ke atas Everton tempoh hari.

Carta Liga EPL terkini


 Manchester United akan mengharungi 4 perlawanan liga terakhir menentang:
22 APRIL 2012 (TEMPAT SENDIRI)
30 APRIL 2012 (TEMPAT LAWAN)
6 MEI 2012 (TEMPAT SENDIRI)
13 MEI 2012 (TEMPAT LAWAN)


Sumber gambar

Khamis, 12 April 2012

Manchester United masih di tempat teratas liga walaupun kalah kepada Wigan Athletic 1-0

Walaupun Manchester United kalah kepada Wigan Athletic 1-0 awal pagi tadi tetapi Manchester United masih mengungguli carta teratas liga dengan kelebihan 5 mata. Manchester City menang besar ke atas West Brom 4-0. Keputusan lain EPL awal pagi tadi, Arsenal menang 3-0 ke atas Wolverhampton manakala QPR juga mencatat kemenangan 3-0 ke atas Swansea.

Carta Liga EPL terkini


 Manchester United akan mengharungi 5 perlawanan liga terakhir menentang:
15 APRIL 2012 (TEMPAT SENDIRI)
22 APRIL 2012 (TEMPAT SENDIRI)
30 APRIL 2012 (TEMPAT LAWAN)
6 MEI 2012 (TEMPAT SENDIRI)
13 MEI 2012 (TEMPAT LAWAN)


Sumber gambar

Susulan gempa Bumi Aceh, Alhamdulillah: Tiada Tsunami – Semua Negara Menarik Balik Amaran

KULA LUMPUR – Menjelang tengah malam ini, kesemua negara yang terletak dalam zon risiko dilanda tsunami berikutan gempa di Utara Sumatera dan Aceh petang tadi menarik balik amaran bencana berkenaan.

Gempa bumi berukuran 8.6 dan 8.2 magnitud mencetuskan situasi cemas petang tadi berpusat 33 kilometer di bawah laut pada jarak 465 kilometer barat daya Banda Aceh .

Jabatan Meteorologi Malaysia menarik balik amaran pada pukul 10 malam tadi.

Sebelum ini, persisiran pantai Pulau Pinang dan Port Dickson, Negeri Sembilan dijangka berhadapan dengan pukulan ombak tsunami (jika tsunami berrlaku) antara 9 malam hingga 2 pagi ini.

Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofisik (BMKG) Indonesia turut menarik balik amaran tsunami mulai pukul 7.45 malam (8.45 malam waktu Malaysia).

Penarikan berkenaan disampaikan Ketua BMKG, Sri Woro B Harijono dalam sidang media yang disiarkan stesen televisyen tempatan, malam ini.

Pusat Amaran Bencana Kebangsaan Thailand menarik balik amaran berikutan tiada ancaman tsunami di negara itu.

Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra berkata, walaupun amaran itu ditarik balik namum negaranya masih berada dalam keadaan berjaga-jaga kerana kemungkinan berlaku gegaran susulan.

Katanya, keadaan paras ombak meningkat dilaporkan di Laut Andaman di luar pesisiran Thailand.

“Kami akan terus memantau keadaan untuk beberapa jam lagi,” katanya.

Terdahulu, Yingluck mengadakan mesyuarat tergempar Kabinet di Rumah Kerajaan di Bangkok dengan menggerakkan pelan kecemasaan tsunami.

Sebelum itu, perintah berpindah ke kawasan lebih tinggi dikeluarkan di enam wilayah selatan negara itu iaitu Krabi, Phuket, Phangga, Ranong, Satul dan Trang.

Sri Lanka turut menarik balik amaran tsunami.

“Kepada penduduk, kembalilah semula ke kediaman seperti biasa,” demikian kenyataan yang dikeluarkan Pusat Pengurusan Bencana Sri Lanka.

Sementara itu, Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii menarik balik pemantauan tsunami bagi kebanyakan kawasan di Lautan Hindi beberapa jam selepas gempa bumi pertama.

Sumber

Rabu, 11 April 2012

Gempa Bumi 8.9 Skala Ritcher Goncang Aceh, 11 April 2012

Gempa Bumi 8.9 Skala Ritcher Goncang Aceh, 11 April 2012

Indonesia - Gempa di Aceh 8.9 SR, 11 april 2012 Baru saja terjadi gempa dengan kekuatan 8.9 skala ritcher, di dekat pulau sumatera. Gempa terjadi di sekitar lautan. Kami belum mendapatkan info secara lengkap, Informasi ini masih akan terus kami update.

Berita terbaru menyatakan bahwa beberapa waktu yang lalu terjadi gempa dengan kekuatan 8.9 skala ritcher, yang berpusat di dekat pulau sumatera. Gempa terjadi di sekitar lautan. Gempa bumi mengguncang Banda Aceh pukul 15.39. Guncangan terasa kuat dan menerus. Gempa yang terjadi saat ini berpotensi tsunami.Gempa juga dirasakan di Padang hingga Bengkulu.

Menurut Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika gempa ini berpotensi tsunami dengan kedalaman lebih kurang 10 Km.

Aceh gempa bumi, Indonesia keluar amaran tsunami - 11 April 2012

JAKARTA - Indonesia mengeluarkan amaran tsunami ekoran gempa bumi kuat melanda wilayah Aceh sebentar tadi.

Gegaran pada ukuran 8.9 turut dirasai di kawasan Lembah Klang - Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Shah Alam serta di utara Semenanjung - Pulau Pinang, Perlis dan Perak.

Amaran Tsunami telah dikeluarkan.. Sila Jauhi Pantai..

Isnin, 9 April 2012

Manchester United Champions 20

Dengan hanya berbaki 6 perlawanan liga, Manchester United bakal menjuarai Liga Perdana Inggeris sekali lagi musim kali ini selepas mengalahkan QPR 2-0 malam tadi sementara pencabar terdekat, Manchester City tewas kepada Arsenal 1-0 menjadikan perbezaan mata 8 mata.

Carta liga EPL terkini

 Manchester United akan mengharungi 6 perlawanan liga terakhir menentang:

11 APRIL 2012 (TEMPAT LAWAN)
15 APRIL 2012 (TEMPAT SENDIRI)
22 APRIL 2012 (TEMPAT SENDIRI)
30 APRIL 2012 (TEMPAT LAWAN)
6 MEI 2012 (TEMPAT SENDIRI)
13 MEI 2012 (TEMPAT LAWAN)


Sumber gambar

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011

Senarai pemenang ABPBH 2011
Berikut adalah senarai pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 yang berlangsung di Arena Of Stars di Genting Highlands.

- Bintang Paling Popular: Aaron Aziz

- Artis Duo / Berkumpulan Popular: Ning Baizura/Shila Amzah/Jaclyn Victor

- Artis Baru Wanita Popular: Tasha Shilla

- Penyampai Radio Lelaki Popular: Faizal Ismail

- Artis Komedi Wanita Popular: Didie Alias

- Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Datuk Sheila Majid

- Pengacara TV Lelaki Popular: Zizan

- Artis Baru Lelaki Popular: Johan Ariff As’ari

- Pelakon TV Lelaki Popular: Fizz Fairuz

- Penyampai Radio Wanita Popular: Fara Fauzana

- Pengacara TV Wanita Popular: Fara Fauzana

- Artis Komedi Lelaki Popular: Johan Raja Lawak

- Anugerah Seri Perak: Datuk Siti Nurhaliza

- Penyanyi Lelaki Popular: Hafiz

- Pelakon Filem Lelaki Popular: Aaron Aziz

- Pelakon TV Wanita Popular: Fasha Sandha

- Pelakon Filem Wanita Popular: Maya Karin

- Penyanyi Wanita Popular: Yuna