JOM TERJAH:

Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline survey

Daftar SAYS Malaysia di sini

InstaForex

Cari Blog Ini

Jumaat, 23 November 2012

Gencatan Senjata Israel- Hamas Dikuatkuasakan

Gencatan senjata antara Israel dan Hamas dikuatkuasakan bermula malam tadi waktu tempatan (awal pagi waktu Malaysia) selepas lapan hari serangan menyasarkan wilayah Gaza, menyebabkan lebih 150 orang terbunuh.

Gencatan berkuat kuasa 9 malam waktu tempatan (3 pagi waktu Malaysia).

Harapan itu menjadi kenyataan semalam selepas 157 orang terbunuh susulan serangan Israel ke atas Gaza pada Rabu lalu.

Seramai 13 orang terbunuh semalam, sebelum gencatan dikuatkuasakan.

Konflik di Gaza selepas Israel menembak mati ketua sayap tentera Hamas, Ahmed al-Ja’abari pada 14 November lalu.

Beberapa jam sebelum perkembangan itu diumumkan sebuah bas di Tel Aviv letup, menyebabkan lebih 10 penumpang cedera.

Persetujuan gencatan ini sebenarnya dijangkakan akan dicapai kelmarin tetapi hanya menjadi kenyataan malam tadi.

Di bawah perjanjian itu, Israel dilaporkan telah bersetuju untuk mengakhiri kesemua bentuk sasaran pembunuhan manakala Hamas pula akan menghentikan serangan ke atas Israel.

Menteri Luar Mesir, Kamel Amr mengumumkan perkembangan ini pada satu sidang media Kaherah bersama dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton.

Clinton turut menyertai perundingan bersama merundingan gencatan senjata.

Ketua Biro Politik Hamas, Khaled Meshaal menyifatkan tindakan ketenteran Israel telah gagal.

Menurut laporan BBC, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Mesir yang menggerakkan usaha ke arah gencatan dan menghentikan konflik terbaru di wilayah Gaza yang ditadbir oleh Hamas.

Katanya, perjanjian gencatan senjata memenuhi tuntutan-tuntutan Hamas.

Sehubungan itu katanya, kesemua laluan ke Gaza akan dibuka semula termasuk yang bersempadan dengan Mesir.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pula berkata, beliau bersetuju dengan pandangan AS bahawa harus diberi satu peluang untuk melaksanakan syor Mesir dan mewujudkan kestabilan di rantau itu.

Katanya, Israel akan mengambil tindakan tegas jika perjanjian gencatan dicabuli.

Clinton dipetik berkata, bagi memastikan perjanjian gencatan senjata menjadi kenyataan, serangan roket dari Gaza mesti dihentikan dan suasana tenang yang menyeluruh mesti diwujudkan kembali.

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu juga menyambut baik keputusan ini.

Laporan media juga menyebut penduduk Palestin di Gaza menyambut baik perkembangan tersebut.-MyHubNews

Khamis, 22 November 2012

Ramai Juruterbang Tidur Ketika Kawal Pesawat

Satu kajian baru dijalankan di Austria, Sweden, Jerman dan Denmark mendapati seorang bagi setiap tiga juruterbang tertidur ketika sedang mengawal pesawat yang membawa beratus-ratus penumpang.

Penyelidikan itu mendapati empat daripada lima juruterbang berdepan masalah keletihan ketika berada dalam kokpit.

Persatuan Kokpit Eropah (ECA), yang mewakili juruterbang, menerbitkan penemuan menakutkan selepas tinjauan dilakukan kesatuan nasional mendapati sebahagian besar juruterbang tertidur, malah tidak terjaga ketika mengawal pesawat.

Antara 43 dan 54 peratus juruterbang di United Kingdom, Norway dan Sweden berkata mereka tertidur “tanpa menyedarinya” dan satu pertiga daripada juruterbang mendapati rakan turut tertidur ketika mereka terjaga.

Lebih tiga daripada lima juruterbang di Sweden, Norway dan Denmark melaporkan membuat kesilapan akibat keletihan, sementara di Jerman, angka itu adalah empat daripada lima orang. – Agensi

Rabu, 21 November 2012

Akaun FB, Twitter TPM Israel digodam

Akaun Facebook, Twitter, Linkedln dan YouTube milik Timbalan Perdana Menteri Israel, Silvan Shalom digodam dan 'dibanjiri' dengan mesej-mesej pro-Palestin.

Menurut ZCompanyHackingCrew, pihak yang bertanggungjawab berhubung kejadian ini, terlibat sama dengan perang siber yang sedang melanda Israel bermula beberapa hari lalu.

Penggodam berjaya menggodam masuk e-mel peribadi Shalom dan mempunyai rancangan untuk menghapuskan dokumen lama yang terkandung dalam e-mel.

Melalui Twitter milik Shalom, kumpulan penggodam melakukan protes dan mengemas kini status yang berbunyi, “perang ini sangat tidak adil” dan “siapa yang perlu bertanggungjawab ke atas kematian anak-anak kecil dan orang yang tidak bersalah cuba melindungi tanah air mereka sendiri?”

Serangan skala penuh siber ini bermula selepas kumpulan penggodam terkenal Anonymous membocorkan maklumat peribadi 5,000 pegawai Israel.

Setakat ini, Anonymous telah menggodam 700 laman web Israel termasuk Bank Jerusalem, Kementerian Pertahanan Israel, IDF Blog, laman web rasmi presiden dan majoriti laman web masih tidak lagi dapat diakses.

Menteri Kewangan Israel, Yuval Steinitz memperitahu AP yang serangan itu merupakan salah satu gelombang perang melalui siber dan berkata, kerajaan kini cuba membuat serangan balas dan mempertahankan lama web rasmi kerajaan dari terus digodam.-sinar

Statistik keputusan UPSR 2012

UPSR 2012: Prestasi 7 negeri turun

Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah tahun ini tidak banyak berbeza berbanding tahun lepas dengan beberapa negeri menunjukkan peningkatan dalam jumlah dan peratusan murid yang memperoleh keputusan semua A.

Selain Kuala Lumpur, negeri yang mencatat peningkatan ialah Sarawak, Negeri Sembilan, Kedah, Pahang, Sabah dan Perlis.

Tujuh negeri pula mencatat sedikit penurunan iaitu Terengganu, Pulau Pinang, Kelantan, Perak, Selangor, Johor dan Melaka.

Di KUALA LUMPUR, 2,487 atau 10.35 peratus daripada 24,021 calon memperoleh gred A bagi semua mata pelajaran.

Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Abdullah Mad Yunus berkata, keputusan itu menunjukkan peningkatan sebanyak 0.37 peratus berbanding tahun lepas iaitu 2,441 murid daripada 22,766 calon mendapat semua A.

Beliau berkata, tiga sekolah yang mencatat pencapaian semua A tertinggi ialah Sekolah Kebangsaan Setiawangsa (97 murid), Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara (93 murid) dan Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1 (89 murid).

Di KUCHING, 2,010 daripada 45,946 calon UPSR Sarawak mencatat keputusan semua A berbanding 1,835 calon tahun lepas, iaitu peningkatan sebanyak 175 orang atau 0.22 peratus, kata Pengarah Pelajaran Sarawak Abdillah Adam.

Beliau berkata, seramai 26,009 calon atau 56.9 peratus berjaya memperoleh sekurang-kurangnya penguasaaan minimum Gred C dalam semua mata pelajaran yang diambil, berbanding 24,344 calon atau 55.52 peratus pada tahun lepas, peningkatan sebanyak 1.38 peratus.

Di SEREMBAN, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan Kalsom Khalid berkata, seramai 2,197 orang atau 11.4 peratus memperoleh keputusan penuh 5A atau 7A berbanding 2,169 calon atau 11.6 peratus pada 2011.

Beliau berkata, seramai 13,632 calon atau 70.9 peratus pelajar mencapai tahap penguasaan minimum gred 'C' dalam keseluruhan mata pelajaran yang diambil, meningkat 2.6 peratus berbanding pencapaian 2011.

Di KUANTAN, jumlah pelajar UPSR di Pahang yang memperoleh keputusan 5A turut meningkat kepada 3,025 berbanding 2,977 tahun lepas.

Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang Rosdi Ismail berkata seramai 19,152 calon pula berjaya menguasai semua mata pelajaran iaitu mendapat gred A, B dan C.

Dalam masa sama, beliau berkata pencapaian calon UPSR sekolah di tanah rancangan Felda yang berjaya mendapat gred serupa juga menunjukkan trend peningkatan iaitu 452 orang daripada 5,062 calon berbanding tahun lepasa, 446 orang dari 5,004 calon.

Di KANGAR, walaupun jumlah calon UPSR negeri Perlis tahun ini berkurangan namun jumlah yang mencatat keputusan cemerlang meningkat kepada 416 orang berbanding 388 orang pada 2011.

Pengarah Pelajaran Perlis Dun Kasa berkata peratus kelulusan keseluruhan juga meningkat sebanyak 3.31 peratus kepada 65.71 peratus.

Di ALOR STAR, seramai 3,342 calon di Kedah memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran, meningkat sebanyak 0.11 peratus berbanding tahun lepas.

Pengarah Pelajaran Kedah Mansor Lat berkata pencapaian peratus kelulusan keseluruhan UPSR 2012 negeri itu meningkat 1.87 peratus kepada 66.32 peratus berbanding 64.45 peratus tahun lepas.

Di KENINGAU, seramai 1,035 daripada 45,337 calon UPSR 2012 di Sabah memperoleh keputusan A bagi semua mata pelajaran yang diambil, sekaligus menunjukkan peningkatan 0.04 peratus berbanding tahun lepas, kata Pengarah Pelajaran Sabah Datuk Dr Muhiddin Yussin.

"Pada keseluruhannya seramai 21,140 calon atau 47.22 peratus berjaya mencatat sekurang-kurangnya gred C dalam mata pelajaran diambil yang menunjukkan peningkatan 2.19 peratus berbanding 20,403 calon tahun lalu," katanya.

Di KUALA TERENGGANU, seramai 3,012 dari 22,790 calon mendapat keputusan semua'A', merosot kepada 13.22 peratus berbanding 15.56 peratus tahun lepas, kata Pengarah Pelajaran Terengganu Zakaria Hussin.

Di SHAH ALAM, Timbalan Pengarah Pelajaran Selangor Mohd Salleh Mohd Kassim berkata 8,581 calon memperoleh semua A, menurun 0.96 peratus daripada 9,004 calon cemerlang tahun lepas.

Seramai 54,092 calon pula lulus dalam semua mata pelajaran yang diambil dengan gred minimum C.

Di IPOH, seramai 3,718 calon UPSR di negeri itu memperoleh gred cemerlang dalam semua mata pelajaran berbanding 3,882 calon tahun lepas, menurun sebanyak 0.82 peratus.

Timbalan Pengarah Pelajaran Perak Mohd Idris Ramli berkata bagaimanapun jumlah calon yang mencapai tahap penguasaan minima (ABC) bagi semua mata pelajaran yang diduduki meningkat kepada 28,298 calon berbanding 26,818 calon tahun lepas.

Di JOHOR BAHARU, Pengarah Pelajaran Johor Md Nor A Ghani berkata 9.07 peratus calon memperoleh keputusan semua A, menurun sabanyak 0.69 peratus berbanding 9.76 peratus pada 2011.

Beliau berkata peratusan calon yang mendapat pencapaian Baik dengan minimum gred C bagi semua mata pelajaran yang diduduki meningkat sebanyak 0.57 peratus daripada 59.66 peratus tahun lepas kepada 60.23 peratus tahun ini. - Bernama

6 lagi mangsa korban Zionis

Penduduk Palestin membawa jenazah dua beradik yang terbunuh untuk dikebumikan Biet Lahia utara Semenanjung Gaza.

Menteri luar Arab, Turki ke Gaza beri sokongan kepada Hamas

Bandar Raya Gaza: Enam lagi penduduk Palestin terkorban dalam serangan di Gaza pagi semalam, selepas malam yang tenang buat kali pertama sejak serangan Israel tujuh hari lalu, kata jurucakap perkhidmatan ambulans.

“Enam penduduk mati syahid dalam dua serbuan di kawasan Mughraqa di selatan Bandar Gaza dan yang ketiga terkorban di Beit Lahiya,” kata Adham Abu Selmiya.
Beliau berkata, korban terbaru dikenali Abdel Rahman Hamed yang terbunuh di Safina dan Mohammed Badr yang terkorban dalam serangan di Deir al-Balah di tengah Gaza.


Kematian terbaru meningkat angka kematian di pihak Palestin kepada 116 orang dengan mereka yang cedera lebih 920 orang.

Sokong usaha Mesir

Semalam, 10 menteri luar negara Arab dan Turki, menyeberang ke Gaza bagi menyatakan sokongan padu kepada wilayah Palestin ditadbir Pergerakan Hamas.

Lawatan itu dirancang pada mesyuarat tergempar Liga Arab di Kaherah Sabtu lalu, ketika negara Arab menyatakan sokongan kepada usaha Mesir untuk melaksanakan gencatan senjata antara Israel dan Palestin.
“Menteri berkenaan adalah dari Mesir, Maghribi; Palestin; Iraq; Sudan; Qatar; Lubnan; Jordan dan Turki. Mereka diiringi pemimpin Liga Arab, Nabil Elaraby,” kata sumber pertubuhan itu.

Sementara itu tentera Israel berkata, ia menyerang kira-kira 100 sasaran di jaluran pantai pada waktu malam, menggunakan pesawat, kapal perang dan meriam.

Perkhidmatan kecemasan Palestin berkata serbuan itu merosakkan Bank Islam Nasional yang ditubuhkan kerajaan Hamas.

“Sebuah institusi kewangan yang digunakan Hamas untuk membantu aktivitinya menjadi sasaran tentera Israel di utara Semenanjung Gaza,” kata kenyataan tentera.

Rumah di bom

Kementerian dalam negeri Palestin dan saksi juga memberitahu AFP bahawa serangan itu mengenai rumah beberapa pemimpin militan, termasuk Raed Aatar, seorang komander kanan dalam sayap senjata Hamas, Briged Ezzedine al-Qassam.

Rumah Abu Anza, seorang pegawai Qassam di Khan Yunis, juga dibom bersama pejabat Jihad Islam di bandar sama selatan Gaza.

Seorang jurucakap tentera memberitahu AFP bahawa sekurang-kurangnya tiga roket mengenai selatan Israel semalaman, dan dua lagi dipintas oleh sistem pertahanan peluru berpandu Iron Dome (Kubah Besi).

Kelmarin, adalah hari paling berdarah operasi Israel sejak ia dilancarkan Rabu lalu dengan 32 orang terbunuh. - AFP

Selasa, 6 November 2012

Keputusan UPSR 2012 19 Nov ini

Seramai 517,139 orang calon yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2012 di 8,284 pusat peperiksaan seluruh negara akan menerima keputusan masing-masing pada Isnin, 19 Nov ini.

Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia dalam kenyataan di sini hari ini berkata majlis pengumuman analisis keputusan UPSR itu akan diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.

"Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi pada hari yang sama," menurut kenyataan itu.

Lembaga Peperiksaan mengambil masa selama sepuluh minggu bagi melaksanakan pemprosesan pemeriksaan dan analisis keputusan.

UPSR bermula pada 11 Sept sehingga 13 Sept lalu, terdiri daripada 507,783 calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan sementara 9,345 calon sekolah swasta penghantar Bahasa Melayu dan 11 calon daripada sekolah swasta penghantar Bahasa Cina. - Bernama

Khamis, 1 November 2012

Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) 2.0

Permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) 2.0 sudah boleh dibuat pada hari ini 1 November 2012.

Pemohon yang telah mendaftar untuk BR1M sebelum ini tidak perlu membuat pendaftaran semula. Hanya permohonan yang ditolak perlu membuat permohonan.

Borang boleh di dapati secara percuma di:
  • Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri
  • Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara
  • Jabatan Pembangunan Persekutuan
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan
  • Online di laman sesawang www.hasil.gov.my
  • Muat Turun borang BR1M 2.0 di SINI
Pemohonan juga boleh dibuat secara online dengan melayari https://ebr1m.hasil.gov.my/
Panduan pemohonan secara online Panduan Sistem dalam talian

Syarat Bantuan Rakyat 1 Malaysia BR1M 2.0 (Isi Rumah) –Bantuan sebanyak RM 500

(i)Warganegara Malaysia;
(ii)Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM3,000 dan ke bawah.
> Berkahwin;
> Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah;
> Bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah (dalam rumah yang sama).
(iii)Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,000 dan ke bawah.

Syarat Bantuan Rakyat 1 Malaysia BR1M 2.0 Skim Individu Bujang – Bantuan sebanyak RM 250

(i)Warganegara Malaysia;
(ii)Bujang (termasuk Balu / Janda / Duda) yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.

• Tidak termasuk pelajar yang menerima Baucar Buku 1Malaysia.
• Hanya pemohon yang berjaya sahaja layak menuntut bayaran.

Bayaran dijangka diagihkan pada awal 2013 .

Skim gaji penjawat awam dikaji semula: KENAIKAN TAHUNAN SEHINGGA 5 PERATUS

Kerajaan akan mengkaji semula skim gaji penjawat awam termasuk kenaikan tahunan sehingga lima peratus bermula tahun depan.

Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata, kajian itu bagi membantu penjawat awam menangani masalah kos hidup yang semakin meningkat.

“Kita akan mengambil kira mungkin mengikut kategori, kalau lima peratus itu untuk kategori yang teratas terlalu tinggi dan kita akan menyelaraskan semula," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama 500 penjawat awam dan Anugerah Inovasi Sektor Awam di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Datuk Mohamad Zaidi Zainal dan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Wira Omar Kaseh.

Beliau berkata, kajian berkenaan juga akan meneliti segala aspek bagi memastikan setiap penjawat awam mendapat manfaat daripada pelaksanaan skim gaji berkenaan termasuk isu penjawat awam yang menerima tangga gaji maksimum.

Ali berkata, pihaknya turut mengambil kira kajian yang dibuat Suruhanjaya Khas Tranformasi Perkhidmatan Awam yang akan membentangkan laporan penuh kepada kerajaan pada akhir tahun ini.

“Buat masa ini suruhanjaya berkenaan sedang membuat kajian menyeluruh berhubung sektor awam di negara ini, kita akan ambil isu kenaikan gaji ini jika ia ada termaktub dalam kajian itu, namun jika tidak ada isu (kenaikan gaji) dalam laporan itu, kita akan mulakan kajian mengenainya pada tahun depan," katanya.

Terdahulu pada majlis tersebut, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka memenangi anugerah Inovasi Sektor Awam dalam kategori Teknologi Maklumat dan Teknologi ICT manakala Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah menerima Anugerah dalam kategori Pentadbiran Daerah dan Tanah.

Semua pemenang anugerah menerima sebuah Trofi dan juga cek bernilai RM300,000. - BERNAMA

Taufan Sandy bawa kemusnahan besar

Berjuta-juta penduduk di sepanjang pantai timur laut Amerika Syarikat (AS) yang terjejas teruk akibat Taufan Sandy, masih belum dapat menjalani kehidupan seperti biasa hari ini ketika perniagaan dan lapangan terbang dibuka semula.

Dengan baki lagi enam hari sebelum Pilihan Raya Presiden pada 6 November ini, Presiden Barack Obama dijangka melawat New Jersey, negeri pertama dibadai taufan gergasi itu kelmarin.

Pesaingnya, Mitt Romney dari Parti Republikan pula kembali meneruskan kempen selepas membatalkan beberapa acara sejak Isnin lalu bagi memberi keutamaan kepada kerja-kerja menyelamat.

Sandy yang sehingga kini telah mengorbankan 46 nyawa di seluruh negara, bergerak ke kawasan pedalaman dan mengakibatkan salji tebal di pergunungan Appalachia.

Menurut Perkhidmatan Kaji Cuaca Kebangsaan, taufan mega itu yang bergerak lemah merentasi Pennsylvania, diramal menuju utara ke barat New York dan Kanada.

Amaran ribut salji dan banjir di kawasan pantai di Great Lakes juga telah dikuatkuasakan.

Bandar raya New York yang lumpuh akibat Sandy, hari ini masih ditenggelami air sedalam kira-kira 4.2 meter, sementara di Staten Island, polis terpaksa menyelamatkan mangsa yang terperangkap di atas bumbung menggunakan helikopter.

Hampir keseluruhan jalan utama dan landasan kereta api bawah tanah di New York juga ditenggelami air menyebabkan sistem pengangkutan tergendala, manakala lebih lapan juta kediaman dan premis perniagaan dari Carolina sehingga ke Maine masih terputus bekalan elektrik.

Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg berkata, memulihkan sistem pengangkutan dan mengembalikan bekalan elektrik merupakan dua cabaran terbesar pihaknya bagi tempoh beberapa hari akan datang.

“Kita akan bangkit semula selepas ini dan berharap bencana ini berakhir," katanya.

Dua lapangan terbang utama di sini, Lapangan Terbang Antarabangsa Newark Liberty dan Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy kembali dibuka hari ini, namun hanya meneruskan beberapa operasi terhad, manakala Lapangan Terbang LaGuardia masih ditutup. - REUTERS/AFP