JOM TERJAH:

Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline survey

Daftar SAYS Malaysia di sini

InstaForex

Cari Blog Ini

Selasa, 31 Disember 2013

11 LANGKAH PENGURANGAN PERBELANJAAN KERAJAAN

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin mengumumkan 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam, termasuk mengurangkan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus, berkuatkuasa 1 Januari.

Tindakan itu adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan yang lebih berhemah pada tahun depan, katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Isnin. Beliau berkata, keputusan itu dibuat hasil rundingan dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata, kerajaan juga akan mengurangkan elaun keraian sebanyak limahingga 10 peratus bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C(Jusa C) ke atas.

Selain itu, kemudahan tol pegawai kanan kerajaan gred itu juga akan dikurangkan sebanyak RM50 hingga RM100 atau sebanyak 30 peratus, katanya dalam kenyataan dua muka surat itu. Najib berkata, kerajaan juga akan meminda kelayakan Tiket Penerbangan Domestik dan Antarabangsa bagi penjawat awam iaitu kelayakan penerbangan sektor domestik bagi Gred Jusa C ke bawah ialah Kelas Ekonomi.

Selain itu, kerajaan juga akan mengurangan lima peratus kos utiliti elektrik di semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan, selain membekukan permohonan baharu bagi pengubahsuaian ruang pejabat kerajaan.

Perdana menteri berkata, kerajaan juga memutuskan untuk mengoptimakan penggunaan ruang pejabat sedia ada bagi mengurangkan sewaan premis pejabat. Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan juga akan mengetatkan pelantikan juru perunding untuk projek-projek fizikal kerajaan termasuk dalam menjalankan kajian kebolehlaksanaan.

Beliau berkata, cadangan pelantikan hendaklah dikemukakan terlebih dahulu kepada Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara untuk kelulusan.

Kerajaan juga akan mengurangkan penggunaan syarikat pengurusan acara atau 'event management' serta pemberian saguhati (door gifts) atau cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis-majlis kerajaan yang melibatkan anggota pentadbiran dan penjawat awam, katanya.

Najib berkata, kerajaan juga akan mengurangkan penyediaan makanan dan minuman serta mengurangkan penggunaan kain pemidang (bunting dan banner) bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.

Kerajaan juga akan mengaplikasi pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan mengoptimakan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan kemudahan-kemudahan di institusi-institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar dan bengkel, katanya. - BERNAMA

Isnin, 23 Disember 2013

10,500 pemohon layak miliki PPA1M Putrajaya

Kesemua 10,500 pemohon yang pendapatan isi rumah tidak melebihi RM8,000 layak memiliki Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) Putrajaya.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa berkata, sebanyak 10,639 unit PPA1M akan dibina di Putrajaya dan berdasarkan jumlah tersebut bermakna kesemua permohonan telah berjaya.

Menurutnya, keputusan dan lokasi unit PPA1M akan diketahui oleh pemohon secara berperingkat melalui beberapa siri cabutan yang telah dirancang oleh kerajaan.

"PPA1M merupakan agenda kerajaan untuk membantu penjawat awam memiliki rumah sendiri berikutan mereka yang pendapatan isi rumah kurang RM8,000 sebulan didapati sukar untuk melakukan urusan pembelian rumah.

"Cabutan undi akan dibuat sebaik sahaja plot kediaman mendapat kelulusan pembangunan, oleh itu kesemua penjawat awam yang memohon tidak perlu risau atau gusar kerana giliran anda akan tiba dalam siri cabutan undi akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis cabutan undi PPA1M siri ke-2 bagi Pangsapuri Seruling, Presint 5 di sini hari ini. Yang hadir sama Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Aseh Che Mat dan Naib Presiden Jabatan Perancangan Bandar PPj, Datuk Omairi Hashim.

PPA1M yang diberikan nama Pangsapuri Seruling di Presint 5 itu akan dibangunkan oleh Putrajaya Holdings Sdn. Bhd. (PjH) dan dijadualkan siap sepenuhnya pada Disember 2015.

Menurut Ali, projek PPA1M merupakan salah satu hasrat kerajaan untuk memberi peluang kepada penjawat awam memiliki aset sendiri di sekitar Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang merupakan sebuah bandar raya terancang dan serba moden.

"Harga seunit rumah yang ditawarkan di bawah skim PPA1M adalah antara RM150,000 dan RM300,000 manakala keluasannya pula daripada 1,000 hingga 1,500 kaki persegi," katanya.

PPA1M secara tidak langsung akan memberi peluang lebih baik kepada penjawat awam yang masih menunggu kelulusan mendiami kuarters di Putrajaya. "Sebelum ini ramai penjawat awam yang mengadu mengenai kekurangan kuarters kerajaan di sini, dengan adanya PPA1M ini saya yakin masalah berkenaan akan selesai, sekali gus memberi keselesaan kepada penjawat awam," katanya.

Dalam pada itu katanya, keputusan dan senarai nama pemohon yang berjaya bagi sesi cabutan PPA1M sesi ke-2 boleh disemak di laman sesawang rasmi PPj iaitu www.ppj.gov.my atau www.putrajaya.gov.my pada 30 Disember ini.

sumber: utusan

Khamis, 19 Disember 2013

Pendaftaran Baru Permohonan BR1M 2014

Makluman Pendaftaran BR1M 2014
  • Dimaklumkan bahawa BR1M 2014 akan bermula pada 23 Disember 2013 sehingga 31 Januari 2014.
  • Pendaftaran boleh dilakukan secara online melalui laman web www.hasil.gov.my
  • Manakala pendaftaran secara manual boleh dihantar ke mana- mana Pejabat LHDNM yang berhampiran.
  • Pembayaran BR1M 2014 dijangka akan mula dibuat pada Februari 2014.
Untuk pertanyaan lanjut pemohon boleh menghubungi Talian Hotline BR1M iaitu 1-800-88-2716.

Jumaat, 13 Disember 2013

Hukuman buat Israel

Pembekal minuman air terbesar Belanda, Vitens mahu memutuskan hubungan dengan syarikat bekalan air Israel, Mekorot.

Kelmarin, jurucakap Vitens memaklumkan mereka tidak lagi akan menjalinkan kerjasama dengan Israel pada masa hadapan.

"Kami membuat keputusan ini sebagai 'hukuman' kepada Israel kerana tidak memberikan akses kepada penduduk Palestin untuk mendapatkan air bersih dipetik dalam Press TV.

"Selain itu, tindakan ini juga ada kaitan dengan kedegilan Tel Aviv yang meneruskan projek penempatan haram Yahudi mereka walaupun ia jelas melanggar undang-undang antarabangsa," jelas wakil syarikat tersebut lagi.-sinar

Khamis, 12 Disember 2013

Tanggungjawab ibubapa


"wahai ibubapa, kalau hari ini anak-anak nampak agama itu kecil, itu adalah tanggungjawab ibubapa untuk bagi nampak besar...maknanya, besar sungguh tanggungjawab seorang ibubapa dalam menentukan anak dia Syurga atau tidak..." - Ustaz Don Daniyal Biyajid