JOM TERJAH:

Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline survey

Daftar SAYS Malaysia di sini

InstaForex

Cari Blog Ini

Sabtu, 17 Disember 2011

Maya Karin ucap syukur berjaya lakukan adegan ranjang?

Masih belum berkesempatan menonton filem Ombak Rindu tetapi awal-awal lagi dah diberitahu ada adegan ranjang di dalamnya.

Ia melibatkan Aaron Aziz dan Maya Karin.

Tertelan air liur jugalah memikirkan bagaimanalah agaknya perasaan Aaron dan Maya waktu melakonkan adegan itu.

Tak takut ke? Tak rasa bersalah ke atau….tak rasa ghairah ke? Ini kenyataan. Maklumlah bila dua tubuh berlainan jenis ni kalau bersentuh memang boleh menggegar jiwa raga, bukan apa, dah tentu ‘makhluk ketiga’ akan tumpang sekaki.

Nampaknya memang betul sangkaan penulis.

Dalam satu temubual baru-baru ini, Maya berkata;

“Saya akui sangat gementar sebelum setiap kali ingin memulakan babak ranjang dan mesra itu. Terus-terang, saya ingin lakon babak atas katil itu kerana belum pernah saya melakukan babak berkenaan sepanjang karier saya. Walaupun pada awalnya terasa pelik dan gementar, tetapi syukur Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar”.

Hah! bab perkataan yang penulis ‘bold’ tu akhirnya mencetuskan kontroversi.

Mana tak kontroversinya, takkanlah berjaya melakukan lakonan ‘peluk-peluk’ pun nak cakap Alhamdulillah, mati akal apa si Maya ni!

Menyedari perkara itu sedang hangat diperkatakan, Maya akhirnya tampil memberikan penjelasan seperti mana yang tersiar di Berita Harian hari ini.

“Saya tahu tempat mana nak cakap (Alhamdulillah),” katanya yang memberi penjelasan berhubung kontroversi terbaru berkenaan dan tidak menyangka pandangannya mengenai adegan itu diputar-belit wartawan yang menemuinya.

“Saya cuma cakap gementar… saya terkejut… yang saya ingin lakukan itu (adegan ranjang) pun tak cakap,” jelasnya pendek ketika ditemui di Program Ramah Mesra Bersama Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK) di Pengkalan Chepa.
Katanya, beliau turut memohon agar isu berkenaan tidak diperbesarkan bagi mengelak kontroversi berkenaan semakin berlarutan.

“Saya tak perlu diperbesarkan (isu ini)… dah disalah tulis… ada juga title (tajuk) lain yang saya tak sebut langsung,” katanya.

Apa kata anda?