JOM TERJAH:
Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
Daftar SAYS Malaysia di sini
Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline surveyDaftar SAYS Malaysia di sini
Cari Blog Ini
Khamis, 19 Januari 2012
Toyota Avanza baharu dilancarkan, harga bermula dari RM63K
Pernah memegang takhta sebagai MPV paling popular di Malaysia, kehebatan Toyota Avanza diteruskan lagi dengan pelancaran generasi baharu All New Avanza kelmarin. Terdapat empat varian ditawarkan untuk pilihan, iaitu bermula dari varian 1.3E dengan harga RM63,864.00, model itu hanya dilengkapi kotak gear manual 5-kelajuan sahaja.
Varian seterusnya ialah Avanza 1.5E dengan harga bermula dari RM71,864.00, kemudiannya diikuti varian 1.5G dengan harga permulaan RM76,590.00. Varian tertinggi 1.5S pula ditawarkan pada harga RM78,864.00 untuk kemasan cat luaran bukan metalik, manakala versi cat metalik berharga RM79,590.00. Kesemua harga ditawarkan atas jalan lengkap dengan insuran. Toyota Avanza baharu dengan enjin 1.5 liter dilengkapi sistem transmisi tunggal automatik 4-kelajuan.
Berkenaan enjin, varian Avanza 1.3E dilengkapi enjin bersesaran 1.3 liter yang menghasilkan kuasa 91ps dan 117Nm tork maksimum. Enjin berkod K3-VE empat silinder sebaris itu sudah popular untuk model kompak terlaris di Malaysia, dilengkapi ciri 16 valve DOHC, rantai pemasaan (timing chain) dan sistem VVT-i yang berupaya menambahkan kuasa dan kelancaran enjin, selain beroperasi lebih cekap dan ekonomi.
Bagi Varian 1.5E, 1.5G dan 1.5S, kesemua model itu dilengkapi enjin berkapasiti 1.5 liter berkod 3SZ-VE dengan keluaran kuasa kuda setinggi 103ps dan 136Nm tork maksimum. Enjin sebaik itu turut dilengkapkan dengan sistem VVT-i yang menjadikannya salah sebuah MPV terbaik di dalam kelasnya dari segi penjimatan bahan api.
Apa yang mendapat perhatian ramai berkenaan Avanza baharu ini sebenarnya ialah reka bentuk luaran keseluruhan yang cuba diperkenalkan oleh Toyota. Bahagian ruang interiornya sudah diakui cukup luas dan selesa untuk tujuh orang penumpang, begitu juga dengan enjinnya yang menghasilkan kuasa memuaskan, jadi tidak hairanlah kenapa generasi kedua Avanza baharu ini begitu dinanti-nantikan.
Toyota Avanza baharu menerima perubahan kosmetik di bahagian luaran lebih sporty, terutamanya di bahagian depan dan belakang, termasuk lampu utama depan dan kombinasi lampu belakang rekaan terbaru. Bampar depan termasuk jeriji, begitu juga rekaan keseluruhan bahagian belakang termasuk bampar, didapati penampilan Avanza baharu ini tidaklah menghampakan. Namun penilaian visual bagi setiap orang adalah bersifat subjektif, bagi saya cukuplah dengan perkataan “bolehlah tahan..”.
Salah satu ciri lain yang sering diperkatakan ialah adakah Avanza baharu ini mempunyai ciri pemanduan dan kestabilan yang dipertingkatkan berbanding Avanza generasi pertama? Menurut Toyota, mereka sudah menaik taraf sistem ampaian baru di bahagian roda depan dan belakang yang menyerap hentakan lebih baik untuk perjalanan yang lebih lancar dan selesa.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan