Pada 9 Januari lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, membuat keputusan melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful, empat tahun lalu, selepas mendapati tiada bukti kukuh untuk menyokong keterangan Mohd Saiful.
Komen Saiful mengenai keputusan Peguam Negara failkan rayuan:
"Saya dan keluarga saya juga ingin menyatakan di sini bahawa dengan pemfailan notis rayuan tersebut, hak untuk aduan saya sebagaimana laporan polis yang saya buat pada tahun 2008 didengar dan melalui proses keadilan sehingga ke peringkat mahkamah yang tertinggi menurut undang-undang adalah terlaksana," katanya dalam kenyataan segera diposkan pada blognya petang ini.
Saiful berkata, dia dan keluarga juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang secara langsung dan tidak langsung memberi sokongan agar haknya sebagai warganegara untuk melalui proses keadilan ke peringkat Mahkamah Rayuan terlaksana.
"Saya akan terus berdoa, istiqamah, sabar," katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan