Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pagi ini mengadakan sesi taklimat bersama parti-parti politik - sebahagian daripada persiapan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang dijangka akan dipanggil selepas sambutan Aidilfitri.
Sesi taklimat ini, pertama kali diadakan dengan menggabungkan semua parti politik di Semenanjung.
Ia sedang berlangsung di ibu pejabat SPR di Putrajaya.
Tujuannya bagi menjelaskan semua isu yang berkaitan, termasuk proses perjalanan pilihan raya - bermula dari penamaan calon sehingga hari mengundi termasuk undi pos.
Sesi taklimat diketuai Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.
Abdul Aziz menjelaskan, apa jua tindakan yang dilakukan oleh SPR tertakluk kepada peraturan dan undang-undang negara.
Menurutnya, tuduhan yang menyatakan PRU13 adalah terburuk oleh sesetengah pihak adalah satu tindakan yang tidak wajar
"Kita seharusnya menjadikan PRU kali ini yang terbaik dan bersih. Janganlah buat tuduhan yang melulu, kerana ia bermula dari sikap kita.
"SPR yakin siapa yang menjadi kesukaan rakyat, mereka yang akan bergelar wakil rakyat, tidak apa yang diperkatakan oleh sesetengah pihak mengenai calon tersebut," katanya.-sinar
JOM TERJAH:
Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
Daftar SAYS Malaysia di sini
Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline surveyDaftar SAYS Malaysia di sini
Cari Blog Ini
Khamis, 19 Julai 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan