JOM TERJAH:

Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline survey

Daftar SAYS Malaysia di sini

InstaForex

Cari Blog Ini

Khamis, 19 Julai 2012

Penganjur Himpunan Oren digesa tidak terus tipu peneroka

Perkasa Negeri menggesa supaya penganjur Himpunan Oren Selamatkan Felda tidak terus memutarbelitkan fakta dan menipu peneroka demi kepentingan dengan agenda yang tersembunyi di sebaliknya.

Sebelum ini, himpunan tersebut berlangsung membabitkan hampir 2,000 peserta dari Masjid Wilayah Persekutuan hingga ke Jalan Duta pada 14 Julai lalu.

Yang Dipertuanya, Datuk Dr Abd Wahid Abd Manap berkata, pihaknya menasihatkan penganjur supaya tidak terus menipu peneroka sebaliknya membiarkan golongan itu hidup tenang dan senang.

Menurutnya, himpunan tersebut didalangi parti pembangkang yang mempunyai kepentingan tersendiri.

“Sudah banyak penerangan dan penjelasan diberikan oleh pihak kerajaan dan peneroka sendiri mendapat banyak manfaat menerusi program dan penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH).

“Antaranya pemberian 800 unit saham untuk setiap peneroka dan fikir secara rasional, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan memusnahkan apa yang sudah dilakukan Allahyarham ayahandanya, Tun Abdul Razak Hussien.

“Kerajaan takkan ingin membunuh peneroka sebaliknya berhasrat untuk membantu mereka menjalani kehidupan yang senang seperti orang lain,” katanya.

Abd wahid berkata segala tindakan kerajaan terhadap Felda adalah telus dan momok pembangkang dan penganjur sudah banyak dibuktikan tidak benar dan hanya usaha pihak terbabit untuk meraih sokongan peneroka.-sinar

Tiada ulasan: