JOM TERJAH:

Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline survey

Daftar SAYS Malaysia di sini

InstaForex

Cari Blog Ini

Khamis, 12 Julai 2012

Proses pengundian sedikit berbeza untuk PRU akan datang - SPR

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan membuat sedikit pengubahsuaian terhadap proses pengundian bagi pilihan raya umum (PRU) akan datang, bagi memastikan proses yang lebih telus berdasarkan beberapa cadangan daripada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, untuk PRU-13, susunan bilik mengundi agak berbeza apabila wakil parti politik ditukar kedudukannya dengan petak mengundi, bagi membolehkan mereka mendapat pandangan yang lebih baik mengenai pengundi dan proses pengundian.

Beliau berkata, tiga kerani pengundian akan ditempatkan di bilik tersebut dengan kerani pertama akan menyemak nama dan wajah pemilih serta jari mereka sama ada telah ditanda dengan dakwat kekal, selain melaungkan muka surat, nombor siri, nombor kad pengenalan dan nama pengundi supaya wakil parti politik boleh menyemak data tersebut di dalam senarai pemilih masing-masing.

Kerani kedua pula akan mencalit dakwat kekal pada jari telunjuk kiri pengundi, manakala kerani ketiga akan mengecap kertas undi dan menyerahkan keratan kertas undi kepada pengundi terbabit, katanya pada sesi taklimat bersama media di sini hari ini.

Abdul Aziz berkata nombor siri dan cap pada kertas undi juga adalah unik dan berbeza antara satu saluran pengundian dengan saluran pengundian yang lain, selain kertas undi yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang hanya boleh dilihat melalui sinaran ultra violet bagi mengenal pasti sekiranya terdapat kes kertas undi palsu atau kertas undi tambahan. - BERNAMA

Tiada ulasan: