JOM TERJAH:

Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline survey

Daftar SAYS Malaysia di sini

InstaForex

Cari Blog Ini

Khamis, 12 Julai 2012

Akta Keharmonian Nasional ganti Akta Hasutan

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan telah mengambil keputusan untuk menguatkuasakan secara serta-merta semua akta baru termasuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 dan digantikan dengan suatu rang undang-undang yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional.

Selain itu, kata Perdana Menteri, turut dikuatkuasakan serta-merta ialah pindaan terhadap akta-akta sedia ada yang berkaitan termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas), Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, Akta Universiti dan Kolej Universiti.

Beliau berkata, keputusan tersebut adalah untuk melengkapkan fasa pertama Program Transformasi Politik (PTP).

Menurutnya, kerajaan sedar umum menganggap Akta Hasutan 1948 sebagai alat kerajaan untuk merencatkan tindakan dan pandangan yang tidak sealiran dengan ke rajaan.

``Walaupun anggapan sedemikian adalah tidak berasas sama sekali, kita perlu menghapuskan persepsi tersebut. Lantaran itu, peruntukan-peruntukan baru ini tidak akan menghalang rakyat untuk mengkritik kerajaan dan pentadbiran keadilan.

``Sebarang perbuatan menghina mahkamah akan dikendalikan sendiri oleh pihak Kehakiman melalui perun tukan-peruntukan di dalam Kaedah-Kaedah Mahkamah yang sedia ada,’’ katanya semasa berucap pada majlis makan malam Jabatan Peguam Negara di sini malam ini. - UTUSAN

Tiada ulasan: