JOM TERJAH:

Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline survey

Daftar SAYS Malaysia di sini

InstaForex

Cari Blog Ini

Selasa, 17 Julai 2012

Panel Bebas Bersih 3.0: Pemilik pacuan empat roda dicari

Panel Penasihat Bebas telah mengenal pasti kehadiran sebuah kenderaan pacuan empat roda misteri dipercayai membawa peralatan 'jammer' yang menyebabkan sistem komunikasi polis terganggu sepanjang perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Pengerusinya, Tun Mohammed Haniff Omar berkata, oleh sebab itu panel meminta kerjasama dari semua pihak bagi mengenal pasti pemilik kenderaan tersebut.

Menurutnya, dalam siasatan yang dijalankan oleh panel, mereka telah dimaklumkan oleh polis berhubung gangguan itu.

“Kami telah ditunjukkan beberapa gambar mengenai kenderaan itu, yang berlegar di beberapa jalan utama. Siasatan awal yang dijalankan mendapati ia bukan milik mana-mana kementerian atau pihak keselamatan.

“Siasatan itu merangkumi semua pihak termasuk syarikat telekomunikasi (Telco), sama ada mereka berada di kawasan berkenaan untuk meningkatkan tahap mutu perkhidmatan, kerana mereka sering melakukan tindakan sedemikian jika terdapat apa-apa program besar agar perkhidmatan tidak terganggu,” katanya di sini, semalam.

Panel penasihat ini ditubuhkan bagi menyiasat dan mendapatkan gambaran sebenar perhimpunan di Dataran Merdeka pada 28 April lalu.

Selain itu panel penasihat ini boleh dijadikan saluran alternatif oleh mana-mana pihak untuk mengemukakan laporan, bantahan, bahan bukti dan sebagainya terutama yang berkaitan dengan perhimpunan itu.

Panel penasihat ini dianggotai oleh Mohammed Haniff, selaku pengerusi, manakala ahli panelnya terdiri daripada Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub; bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Sim; Penasihat Undang-undang Kumpulan Akhbar Sin Chiew, Liew Peng Chuan; Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat Petronas, Datuk Mohamad Medan Abdullah dan Pakar Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Ruszmi Ismail.

Bagaimanapun dua ahli panel terbabit iaitu Shim Lip dan Mohammad Medan menarik diri kerana masalah kesihatan dan bebanan tugas.

Mohammed Haniff berkata, setakat ini belum ada mana-mana pihak atau individu yang tampil, mengakui kenderaan itu milik mereka dan tujuan berada di kawasan itu dengan membawa peralatan tersebut.

“Saya ingin menyeru semua pihak sama ada orang ramai ataupun pihak media tampil bagi membantu siasatan untuk mengenal pasti pemilik kenderaan itu dan tujuannya berada di kawasan berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Mohammed Haniff berkata, orang ramai dan peserta perhimpunan diminta tampil untuk memberikan kenyataan kepada polis berhubung dakwaan terdapat anggota polis melakukan kekasaran sepanjang perhimpunan itu.

Katanya, dalam laporan dan tayangan video yang diperoleh dari pelbagai sumber ada menunjukkan berlaku kekasaran, tetapi tiada pihak yang tampil membuat aduan atau menjadi saksi.

“Sekiranya tiada saksi, polis akan mengambil tindakan tatatertib terhadap anggota berkenaan dan setakat ini, dua anggota polis telah dihadapkan ke mahkamah berhubung kekasaran yang dilakukan oleh mereka,” katanya.

Mohammed Haniff berkata, Majlis Peguam dan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) masih belum tampil bagi membantu siasatan.

Menurutnya, beliau sendiri akan mengutus surat kepada kedua-dua pihak terbabit untuk menjemput mereka bagi membantu siasatan.-sinar

Tiada ulasan: