Skuad senior pimpinan Rajagobal menjunam 6 anak tangga ranking FIFA
Kuala Lumpur: Kekalahan skuad Harimau Malaya kendalian Datuk K Rajagobal kepada Vietnam 2-0 di Stadium Shah Alam, 11 September lalu turut merubah Malaysia dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Ranking yang dikeluarkan FIFA, semalam menunjukkan skuad negara jatuh enam anak tangga lagi, menjadikan kedudukannya kini di tempat ke-162 dunia.
Kedudukan itu adalah paling buruk sepanjang tahun ini selepas Malaysia berada ke-148 dunia pada Januari, 150 (Februari), 152 (Mac), 156 (April), 153 (Mei), 154 (Jun), 157 (Julai), 157 (Ogos) dan 156 (September).
Lebih memalukan, Malaysia kini berada di belakang negara kecil seperti Belize di ranking ke-144 dunia, Curacao (151), Barbados (152), Malta (153), Aruba (154), Dominica (156), Lesotho (158) dan Maldives (160).
Lebih baik daripada Indonesia
Mungkin kedududkan itu masih boleh melegakan Rajagobal kerana skuad negara masih berada di ranking lebih baik berbanding negara Asia Tenggara lain seperti Singapura (162), Indonesia (170), Myanmar (184), Kemboja (189), Laos (193), Brunei (203) dan Timor Leste (206).
Begitupun skuad negara masih di belakang Thailand (139), Vietnam (140) dan Filipina (147).
Wajib menang dua aksi
Difahamkan untuk memperbaiki semula ranking seterusnya pada 7 November depan, skuad Harimau Malaya wajib menang pada dua aksi persahabatan antarabangsa berikutnya di tempat lawan bertemu Hong Kong (16 Oktober) dan Vietnam (3 November).
Bagaimanapun, mengikut rekod, Harimau Malaya tidak pernah menang di tempat lawan sejak kali terakhir melakukannya pada 24 Mac 2007 iaitu menewaskan Sri Lanka 4-1 di Colombo ketika kendalian Norizan Bakar.
Sama ada ranking terbaru itu menyebabkan Rajagobal terdesak mahu menggunakan lima pemain Harimau Muda - Izham Tarmizi Roslan, Fadhli Shas, Gary Steven Robbat, Wan Zack Haikal Wan Nor dan Zubir Azmi walaupun khidmat mereka ditagih Ong Kim Swee untuk kejohanan jemputan B-21 Piala Thanh Nien di Gia Lai, Vietnam, ia tidak dapat dipastikan.
Yang pasti, Rajagobal akan ke Hong Kong dengan diperkuat pemain seperti Farizal Marlias, S Kunanlan, Ahmad Shakir Md Ali, Azamuddin Akil, Ahmad Fakri Saarani, Yong Kuong Yong dan Shahrizal Saad selepas pasukan mereka gagal ke separuh akhir Piala Malaysia.-BHarian
JOM TERJAH:
Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
Daftar SAYS Malaysia di sini
Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline surveyDaftar SAYS Malaysia di sini
Cari Blog Ini
Khamis, 4 Oktober 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan