JOM TERJAH:

Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline survey

Daftar SAYS Malaysia di sini

InstaForex

Cari Blog Ini

Khamis, 19 Julai 2012

26 dasar pengambilan penjawat awam dikaji semula

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan mengkaji semula 26 dari 593 dasar atau peraturan yang digunapakai dalam menentukan pengambilan penjawat awam bagi memastikan ia sesuai dengan keadaan semasa.

Pengerusi SPA, Tan Sri Mahmood Adam berkata, 26 dasar itu dipilih kerana ia dianggap tidak mesra rakyat atau pemohon pekerjaan di sektor awam, dan mungkin hanya sesuai pada zaman ia mula-mula dilaksana.

"Contohnya ada peraturan yang mengatakan pemohon yang telah berjaya, jika mereka menolak tawaran itu mereka tidak dibenar memohon jawatan itu lagi untuk tiga tahun, tanpa usul periksa. Jadi kami kena siasat kenapa, kemungkinan dia tak sihat atau ada kontrak dengan syarikat lain. Jadi kami cadangkan peraturan yang tak mesra ini dihapuskan.
"Mereka yang dalam tempoh percubaan pula, hukuman tatatertib lebih ringan daripada mereka yang menjadi kaki tangan tetap, jadi ia perlu diselaraskan," katanya selepas perjumpaan dengan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) di pejabatnya di sini hari ini.

Mahmood berkata, perkara itu dibentang kepada CUEPACS pada pertemuan itu, dan mereka diberi masa untuk mengkaji dan kemudian menyalurkan pandangan serta cadangan mereka mengenai perkara itu kepada SPA. - BERNAMA

4 ulasan:

Momo berkata...

mohon spa tapi tak pernah2 dipanggil utk temuduga.. :(

zikron berkata...

tak ada rezeki lagi tu..insyaallah ada la nanti..yang penting jgn putus asa..cuba lagi mohon..

rafflesia berkata...

pernah dapat interview dan pada hari yang sama syieda ada final exam di uitm segamat. interview di kedah. tak pergi. ada orang cakap kena ban. sampai sekarang x apply lagi.. :((

zikron berkata...

mmg kena ban sebelum ni..tapi try la apply lg sekali,insyaallah dapat kalu ada rezeki..