JOM TERJAH:

Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline survey

Daftar SAYS Malaysia di sini

InstaForex

Cari Blog Ini

Selasa, 23 Oktober 2012

JPJ beri jaminan AES telus, tidak dimanipulasi

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberi jaminan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dikuatkuasakan bermula 23 September lalu, telus dan tidak dimanipulasi seperti dakwaan segelintir pihak.

Timbalan Pengarah Penguatkuasa JPJ, Ahmad Nasir Abdul Gani berkata, segala imej dan data dirakam AES tidak boleh dipadam atau diubah suai.

Bercakap kepada media di Pusat Kawalan Operasi bagi Zon A, Ahmad Nasir berkata, imej kenderaan yang melanggar had laju ditetapkan atau melanggar lampu isyarat merah akan dirakam dan seterusnya dihantar ke pusat kawalan.

“Piezo yang dipasang di atas jalan raya akan mengesan kelajuan kenderaan dan seterusnya kamera automatik akan merekodkan kelajuan, nombor pendaftaran serta gambar pemandu.

“Maklumat dihantar terus kepada pusat kawalan dan pangkalan data JPJ dan saman dikeluarkan secara automatik jika disahkan melakukan kesalahan untuk dihantar kepada pesalah melalui pos,” katanya selepas lawatan media ke lokasi operasi AES di Lebuh Sentosa Putrajaya, semalam.

Katanya, AES sukar dimanupilasi mana-mana pihak termasuk kakitangan JPJ di pusat kawalan kerana setiap imej diterima perlu disemak dan dimasukkan ke dalam data sebelum dicetak dalam bentuk saman.

“Setiap imej mengambil masa lima ke 10 saat untuk disemak dan setelah selesai barulah dihantar untuk dicetak, seterusnya barulah boleh proses imej kedua.

“Oleh yang demikian, orang ramai tidak perlu bimbang akan ketelusan sistem dan campur tangan pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Menurutnya, tujuan AES mendidik pengguna supaya tidak melanggar peraturan dan mengurangkan risiko kemalangan bukannya mengaut keuntungan melalui saman.

“Sekiranya AES tidak dilaksanakan, JPJ sukar memantau pertambahan kenderaan dan pemandu kerana jumlah kakitangan yang terhad.

“Oleh itu dengan adanya sistem canggih ini, ia dapat membantu mengurangkan kadar kemalangan di negara ini,” katanya.

AES dipasang di black spot atau di kawasan yang sering berlaku kemalangan yang dikenal pasti lokasinya oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) melalui kajian data oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sehingga kini, bagi fasa pertama, sebanyak 14 lokasi dipasang dengan AES iaitu di Kuala Lumpur, Putrajaya, Perak dan Selangor .

Sebelum ini, pelbagai pihak termasuk Pakatan Rakyat (PR) mempersoalkan pelaksanaan AES yang didakwa memberi beban kepada rakyat dan menguntungkan syarikat pengendali iaitu Beta Tegap Sdn Bhd dan Ates Sdn Bhd.-sinar

Tiada ulasan: