JOM TERJAH:

Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline survey

Daftar SAYS Malaysia di sini

InstaForex

Cari Blog Ini

Selasa, 23 Oktober 2012

Hari ini dalam sejarah: PENUBUHAN BURSA KOMODITI KUALA LUMPUR

Pada hari ini 23.10.1980, Bursa Komoditi Kuala Lumpur telah dilancarkan dengan rasmi oleh Perdana Menteri Datuk Hussein Onn.

Upacara yang bersejarah ini berlangsung di Dewan Bursa Komoditi di Bangunan Wisma Stephens, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur.

Usaha untuk mewujudkan Bursa Komoditi ini telah difikirkan dan dibuat kajian sejak tahun 1970an lagi.

Ini kerana memandangkan negara Malaysia merupakan pengeluar bahan-bahan utama seperti kelapa sawit, getah, lada hitam, bijih timah dan lain-lain.

Dengan penubuhan Bursa Komoditi itu ia bukan sahaja menjadikan negara ini sebagai tempat pasaran bahan-bahan utama tetapi juga dapat membantu mewujudkan sistem pasaran yang lebih baik di rantau ini.

Untuk permulaanya, Bursa Komoditi Kuala Lumpur akan mengutamakan kelapa sawit sebagai pasaran yang pertama dan selepas itu akan berkembang menjadi pasaran berbagai-bagai bahan utama lain.

Untuk melicinkan perjalanan Bursa Komoditi Kuala Lumpur ini, satu badan pengurusan telah bentuk.

Lembaga Pengurusan itu dipengerusikan oleh Raja Muhammad Alias. Timbalan Pengerusi Encik Mustapha Haji Mohamed dan ahli-ahli lembaga yang lain ialah Encik D.H.N. Allott, Encik Dennis Tan, Encik Edmund Chan, Syed Abdul Jabbar Shahabuddin Encik Raghbir Singh Bhart dan Encik Amin Zahari Nordin.

Lembaga Pengurusan inilah yang menyediakan garis-garis panduan dan peraturan-peraturan dalam Bursa Komoditi ini.

Dengan pembukaan Bursa Komoditi Kuala Lumpur pada hari ini dalam tahun 1980 sesungguhnya telah menaikkan lagi taraf Kuala Lumpur sebagai pusat.

Sumber: Arkib Negara Malaysia

2 ulasan:

Kumbang Jingga berkata...

erm dh lama nk main saham tp tak reti...

ahmad zikron berkata...

kena reti dulu la selok belok sebelum nk main saham..