JOM TERJAH:

Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline survey

Daftar SAYS Malaysia di sini

InstaForex

Cari Blog Ini

Selasa, 9 Oktober 2012

Stadium Shah Alam Venue Akhir Piala Malaysia

Stadium Shah Alam sekali lagi dipilih sebagai venue perlawanan akhir Piala Malaysia 2012 pada 20 Okt.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Amin berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira keadaan rumput dan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil yang tidak mengizinkan perlawanan itu diadakan di situ.

“Keadaan rumput yang masih baru dan permukaan padang yang tidak rata boleh mengundang risiko kecederaan kepada pemain.

“Setelah mengambil kira faktor tersebut dan nasihat daripada jurutera Perbadanan Stadium Negara, kita membuat keputusan mengubah venue perlawanan akhir Piala Malaysia ke Stadium Shah Alam,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas ke-20 JKPT, FAM di sini hari ini.

Pada tahun lepas, Stadium Shah Alam dipilih sebagai venue perlawanan akhir Piala Malaysia menggantikan Stadium Nasional Bukit Jalil berikutan kerja-kerja penyelenggaraan trek di sekitar stadium itu. – BERNAMA

>>>Jadual Penuh dan Keputusan Terkini Perlawanan Piala Malaysia 2012

Tiada ulasan: