Teka-teki tarikh pilihan raya belum ada kesudahan. Spekulasi berterusan. Begitu juga bayangan demi bayangan yang diberikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak – satu-satunya pemimpin yang ada kuasa dan yang tahu secara mutlak bila Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) perlu dan akan dipanggil.
Nampaknya semua menarik nafas!
Sekali lagi penganalisis menjadi perhatian.
Beberapa penganalisis politik yang didampingi Sinar Harian Online berpendapat PRU13 akan diadakan Januari 2013 susulan bayangan terbaru – kali kelima dalam tempoh sebulan ini.
Ketika membuat bayangan keempat, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menasihatkan mereka yang menunaikan haji supaya tidak bimbang dengan tarikh PRU13.
Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia, Dr Azizudin Mohd Sanim berkata, agak mustahil pilihan raya diadakan tahun ini kerana faktor masa dan belanjawan yang bakal dibentang hujung minggu ini.
Menurutnya, Bajet 2013 akan mengambil masa untuk dilaksanakan.
“Saya tak fikir PRU akan dibuat tahun ini, kalau hujung tahun pun ia dilihat agak kelam kabut dan saya rasa paling awal PRU, dijangka Januari depan.
“Lagipun pembentangan bajet pada bulan ini banyak yang dirancang kerajaan dalam usaha menarik undi rakyat seperti pemberian bantuan, bonus kepada kakitangan kerajaan dan lain-lain, akan ditunaikan pada awal tahun hadapan dan Perhimpunan Agung Umno yang akan dibuat adalah satu langkah untuk mengatur strategi terakhir untuk memastikan Barisan Nasional (BN) menang besar," katanya.
Bajet 2013 akan diumumkan Jumaat ini.
Kelmarin, Najib menasihatkan jemaah haji, jumlahnya dalam sekitar 28,000 orang, agar menumpukan perhatian terhadap amal ibadat agar dapat melaksanakan segala rukun dan syarat haji serta umrah dengan sempurna.
Dua hari sebelum itu, Najib berkata Perhimpunan Agung Umno yang akan diadakan mulai 27 November hingga 1 Disember dan ia akan ditunda sekiranya kerajaan memilih untuk mengadakan pilihan raya umum pada waktu yang sama.
“Mudah sahaja. Sekiranya pilihan raya diadakan, kita tangguhkan Perhimpunan Agung. Tarikh pilihan raya terpulang kepada kita untuk putuskan bila masa yang terbaik. Kita boleh adakan atau tidak adakan, tapi kita akan teruskan seperti biasa," katanya.
Bermakna Najib, yang juga Presiden Umno, masih boleh memanggil PRU13. AGM bukan satu halangan dalam menentukan tarikh PRU.
Pada Sabtu lalu, ketika berada di Johor, Najib memberi bayangan kelima - sokongan yang diperlihatkan oleh ahli-ahli Umno negeri itu memberikan beliau satu bentuk semangat untuk memanggil PRU13.
Nampak gaya, keliru lagi!
Ditanya sama ada penetapan tarikh Perhimpunan Agung Umno akan menyebabkan rakyat terus membuat spekulasi bahawa pilihan raya umum akan diadakan tahun depan, Najib secara berseloroh berkata, biarlah rakyat membuat spekulasi mengenai perkara itu.
“Saya suka mereka buat spekulasi," katanya.
Ketika era pentadbirannya, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sering dikaitkan dengan istilah “ilham” apabila spekulasi tarikh PRU muncul.
Wartawan sering bertanya sama ada sudah ada ilham ataupun sebaliknya.
Sementara Najib bermain dengan kata-kata ‘bayangan’, Pas menjangkakan PRU13 akan ditangguh lagi. Kemungkinan sehingga akhir tahun ini atau tahun depan, kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menurut Hadi, Pas mengandaikan Pas sudah menetapkan tarikh untuk mengadakan Muktamar Agung Pas pada 24 November ini.
“Kita sudah tetapkan tarikh lebih awal untuk adakan muktamar. Bermakna kita lebih berani berbanding Barisan Nasional untuk pilih November sebagai persidangan,” katanya.
Seorang lagi penganalisis politik, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian turut meramalkan pilihan raya kali ini akan diadakan tahun hadapan, antara Januari atau Mac 2013.
Namun tidak mustahil bagi Najib untuk mengadakan PRU tahun ini selewatnya Disember 2012 kerana kuasa sepenuhnya terletak di tangan beliau.
“... kemungkinan besar tahun hadapan, setelah cukup sepenuhnya lima tahun mandat,” katanya.
Tambahnya, pengumuman bajet yang bakal memberi pengaruh besar kepada undi rakyat perlu ditunaikan terlebih dahulu seperti pemberian insentif-insentif berbentuk kewangan kepada rakyat dan Perhimpunan Agung Umno adalah platform terakhir BN untuk mengatur strategi bagi menghadapi PRU13.
Dalam pada itu, Prof Dr Shamsul Adabi Mamat berkata, spekulasi tarikh sebenar PRU13 sering menjadi perbualan rakyat dan ada pihak menjangkakan berlaku musim haji.
Beliau berkata, PRU13 berkemungkinan diadakan November ini setelah jemaah haji pulang ke tanah air, cuma ketika itu negara berisiko menghadapi masalah banjir.
“Mac antara tempoh sesuai untuk PRU13 memandang masa itu adalah cuti sekolah,” katanya.
Ramai meramalkan sidang Parlimen Mac-April lalu sebagai yang terakhir.
Hari ini Parlimen bersidang semula. Mengikut aturan mesyuarat, persidangan akan memakan masa sekitar dua bulan. Paling lama dalam kalendar Parlimen. Ia juga dilabel sebagai ‘sidang bajet’.
Beberapa minggu lalu, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub meminta Najib mengambil kira musim peperiksaan dan cuti sekolah jika mahu memanggil PRU13 November ini.
Katanya, musim peperiksaan melihatkan pelajar, guru, dan ibu bapa.
“Jumlah keseluruhan mereka itu besar dan mereka memberi tumpuan ke atas peperiksaan. Jadi, saya berharap Datuk Seri Najib tidak membubarkan Parlimen ketika musim peperiksaan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.
Sebelum Pas melahirkan pendirian agar Perdana Menteri melihat aspek musim haji.
Kini sudah jelas tiada PRU13 ketika musim haji. Tidak akan ada PRU13. Musim peperiksaan akan merentasi bulan November. Dan, ia akan disusuli Disember.
Beberapa sumber berkongsi maklumat dengan Sinar Harian Online bahawa semua pihak boleh 'rasa lega’ kerana PRU13 pasti tidak akan berlangusng Disember ini, melainkan keadaan mendesak.
PRU13 - 'ibu' segala pilihan raya umum akan muncul Februari-Mac? Jika begitu, suasana PRU 2004 dan 2008 akan disaksikan lagi kali? Atau Najib akan cuba mengelaknya lagi.-sinar
JOM TERJAH:
Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
Daftar SAYS Malaysia di sini
Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline surveyDaftar SAYS Malaysia di sini
Cari Blog Ini
Isnin, 24 September 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
adoyai..bila la nak pilihan raya ni..tak sabar aku...main tarik tali pulak..
sampai masanya kita akan mengundi..sabar..hehehe
sama2 kita tunggu tarikh sebenar, harapanan lepas selesai semua jemaah haji pulang.
harap juga jemaah haji tidak terlalu memikirkan pilihanraya buat masa skrg..fokus pada ibadat..
Catat Ulasan