JOM TERJAH:

Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline survey

Daftar SAYS Malaysia di sini

InstaForex

Cari Blog Ini

Jumaat, 10 Ogos 2012

Anu Johari Pain akan dipotong kerana Pandalela Rinong berjaya mendapat pingat gangsa Olimpik London

Disebabkan terlalu yakin bahawa atlet negara kita tidak mampu membawa balik pingat, seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Johari Pain telah meletakan cabaran akan mengerat alat sulitnya jika Pandelela Rinong memenangi sebarang pingat dalam acara terjun 10m platform individu wanita yang berlangsung di Olimpik London awal pagi tadi. Dan sebaliknya yang telah berlaku apabila Pandalela Rinong berjaya mendapat ketiga sekaligus menghadiahkan pingat gangsa untuk negara. Tahniah diucapkan pada Pandalela Rinong kerana berjaya mengharumkan nama negara di pentas sukan antarabangsa.

Namun yang menjadi persoalan adakah Johari Pain berani menunaikan janjinya setelah Pandalela Rinong berjaya memungut pingat gangsa.

Akhirnya Johari Pain tampil membuat kenyataan maaf di akaun Twitternya setelah mendapat tekanan dan desakan daripada rakyat malaysia.


Adakah semudah itu meminta maaf setelah merendah-rendahkan dan melemahkan semangat atlet untuk berjuang demi negara?

Harap-harap kepada rakyat Malaysia yang lain tidak mempunyai sikap dan metaliti seperti Johari Pain.

Tahniah kepada semua atlet negara yang berjuang demi mengharumkan nama negara di pentas sukan antarabangsa.

Tiada ulasan: