JOM TERJAH:

Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline survey

Daftar SAYS Malaysia di sini

InstaForex

Cari Blog Ini

Selasa, 11 September 2012

Semangat patriotik yang makin hilang

Hari Kemerdekaan ke 55 tahun ini, bertemakan ’1Malaysia Janji Ditepati’ sudah berlalu pada 31 Ogos lalu. Sebelum itu, sempena kehadirannya, ramai yang menggantung bendera Jalur Gemilang sebanyak yang mungkin.

Di rumah, tepi jalan, atas kereta dan di mana-mana jua yang boleh digantung.

Malam merdeka di Kuala Lumpur disambut dengan bunyi mercun serta percikan bunga api pelbagai corak dan warna.

Memang cantik. Selesai sudah hari merdeka.

Nampaknya, bendera yang tergantung tidak perlu dicabut. Kerana minggu depan pula yakni 16 September adalah Hari Malaysia dan Sarawak akan menjadi tuan rumah acara sambutan. Sekali lagi kita boleh ‘berpesta’, berkumpul beramai-ramai menyaksikan bunga api.

Ironinya saban tahun kita memperoleh Cuti Umum sempena kedatangannya. Mengibar bendera. Berpesta di dataran sambil menyaksikan pertunjukan buang api. Namun, adakah ini bukti semangat patriotisme kita? Cukupkah dengan mengibar bendera sambil bergembira dan mengadakan perbarisan, menunjukkan kita mencintai MALAYSIA?

Apa itu patriotisme?

Menurut definisi kamus, patriotisme bererti cintakan negara.

Anda cintakan negara? Adakah cinta anda sampai ke mati sedangkan pengetahuan terhadap sejarah negara tercungap-cungap. Ada pendapat mengatakan, tidak menghayati sejarah bererti tidak akan tertanam patriotisme di dalam jiwa kita.

Konsep patriotisme berkubur dalam egois. Benarkah cukup bukti cinta kepada negara dengan mengibar bendera besar. Makin seperti raksasa rentangnya, besar juga makna cinta.

Cukupkah mengetahui satu atau dua fakta sejarah negara. Yang penting 31 Ogos dan 16 September boleh cuti umum.

Patriotikkah aku menurut teori bendera? Apa yang boleh membuktikan aku ini patriotik? Perlukah melihat Amerika dan China yang menggunakan sejarah untuk membina negara dan bangsa? Kita bagaimana?

Jika tidak patriotik, adakah kita pengkhianat negara?Patriotisme bukan semangat yang boleh lahir secara paksa. Jangan pula menuding kepada sesiapa.

Cintai negara satu tanggungjawab

“Mencintai dan berkorban untuk negara adalah tanggungjawab kewarganegaraan. Kita boleh mengkritik secara berhemah dan konstruktif untuk membetulkan kelemahan dan kesalahan, tetapi jangan sesekali menjadi pengkhianat atau penderhaka.”

Demikian kata Leftenan Jeneral (B) Tentera Darat Malaysia, Datuk Seri Zaini Mohd Said berhubung nilai patriotisme warganegara Malaysia hari ini.

Katanya, setiap warganegara perlu tahu apa itu negara dan seluruh isinya, kemudian wajib mengisi diri dengan kriteria patriotisme iaitu berbakti kepada negara, sayang, bangga, dedikasi dan berkorban tanpa mengharapkan balasan.

Konsep itu katanya, perlu dipenuhi bukan sahaja orang muda tetapi setiap rakyat kerana memenuhi kriteria patriotisme adalah tanggungjawab kepada negara.

Tegasnya, yang menjadi dilema kini, apabila ramai mungkin tidak memenuhi secara keseluruhan kriteria patriotisme.

Zaini berpandangan, tindakan mengkritik negara, kerajaan atau marahkan pemimpin bukanlah pula seseorang individu itu terus boleh dilabel tidak patriotisme.

“Ini kerana patriotisme juga memerlukan kita membetulkan mana yang lemah dan salah. Tetapi caranya mesti berlandaskan Perlembagaan, secara berhemah, betul dan tidak biadap,” tegas beliau.

Mengambil contoh situasi dalam negara hari ini, Zaini berkata, namun individu yang mahu menukar bendera Jalur Gemilang bukanlah rakyat yang patriotik sebaliknya biadap kerana tidak melihat kepada Perlembagaan serta tidak juga menghantar usul ke Parlimen.

“Cara dan tempat individu yang bertindak itu sangat tidak sesuai. Mereka mempersoalkan simbol negara secara tidak teratur. Apa yang betul sepatutnya dikekalkan dan yang sebaliknya pula diperbetulkan serta dibaiki. Banyak hal baik boleh dibanggakan. Janganlah menidakkan benda yang ia dan jangan mengiakan perkara yang tidak. Membetulkan keadaan dengan cara yang salah juga perbuatan yang salah,” ujarnya.

Tambah Zaini, tanah air meliputi rakyat, politik, industri, flora, fauna, penduduk, alam sekitar, semangat, falsafah dan seluruh isinya perlu dalam sanubari dengan falsafah patriotisme yang tidak boleh setengah jalan, sebaliknya berterusan selagi hidup.

Perlu berkorban demi negara tercinta

" Sayang dan cintailah negara kerana ia satu-satunya yang kita ada,” ujar Zaini.

Zaini kini banyak memberikan ceramah mengenai patriotisme di Biro Tatanegara berkata, ramai di kalangan kita seperti pentingkan diri apabila tidak
menanam patriotisme dalam diri. Seolah-olah tidak berbangga dengan tanah air, tidak ada perasaan berbesar hati dengan kejayaan negara hari ini yang aman, damai, makmur, sejahtera, selamat dan elok ekonominya.

“Semua ini bermula daripada dalaman diri sendiri. Kita perlu ubah sikap dan kembali ke arah patriotik. Patriotisme perlu dipupuk dari rumah sejak anak-anak kecil , sebelum baligh.

“Tanggungjawab ibu bapa untuk menanam semangat tersebut yang mana usia antara 9 hingga 12 tahun sesuai kerana ketika inilah proses pembentukan sikap manusia. Tetapi masyarakat tidak faham.. Penghayatan terhadap subjek sejarah di sekolah hanya sebahagian kecil daripada cara memupuk patriotik.

“Sudah terlambat apabila kita perlu menunggu anak-anak bersekolah peringkat menengah untuk menanam patriotisme (melalui penghayatan sejarah). Kita seperti sambil lewa untuk menanam patriotisme kerana mustahil untuk mengubah sikap jika anak sudah besar.

“Di mana dalam sejarah mengajar perasaan, bangga, sayang dan memberi peringatan serti pengorbanan?” soal beliau.

Katanya, itulah yang tidak ditekankan dalam pembelajaran sejarah di sekolah, sebaliknya mata pelajaran itu dianggap naratif dan pelajar ditinggalkan mencari sendiri erti bakti, sayang, bangga, dedikasi dan berkorban.

Tambahnya, negara mencapai pembangunan hebat tetapi ada pihak tertentu seperti merendah-rendahkan pencapaian itu.

Maka ujarnya, jangan kita lupa anasir dalaman seperti pengkhianat, ekstremis dan pelbagai ancaman budaya yang boleh menganggu patriotisme.

Beliau merasai hidup sebagai anak Melayu yang dijajah dan sempat berkhidmat ketika zaman Konfrantasi Indonesia. Pada 2000, terlibat dalam Ops Subuh menyerbu Al-Ma’unah di Sauk, Perak.

Katanya, pengalaman lalu mendorong semangat beliau untuk sayang, kasih dan kasihan kepada negara. Diakui generasi muda hari ini tidak merasai kesusahan negara di sepanjang proses Kemerdekaan dan selepasnya.

“Apabila tidak rasa kesusahan itu, maka tidak datang rasa sayang dan bangga kepada negara. Sejarah pula menjadi satu perkisahan sahaja untuk mengenali siapa kita tetapi unsur untuk menyedarkan ciri-ciri patriostisme tidak disemai dalam pembelajaran.

“Jika tidak penuhi konsep patriotisme ini bermakna tidak menjalankan tanggungjawab kewarganegaraan.

Masalahnya, cara penyemaian perasaan itu pula masih tidak berubah. Inilah dilema yang menjadi persoalan kita hari ini.

Tetapi saya tegaskan, sayang dan cintailah negara kerana ianya satu-satunya yang kita ada,” katanya.

Tiada ulasan: