JOM TERJAH:

Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline survey

Daftar SAYS Malaysia di sini

InstaForex

Cari Blog Ini

Rabu, 12 September 2012

Barang terpakai jadi alat muzik

Siapa sangka sampah seperti botol mineral, pinggan mangkuk rosak dan kotak mampu dijadikan alat muzik kepada sekumpulan remaja.

Jurucakap kumpulan Recycled Drum (Casablancas), Iman Faez Mohd Sori, 18, berkata, dia bersama 11 lagi rakan lain baru sahaja menubuhkan kumpulan berkenaan.

Menurutnya, kumpulannya mahu sesuatu yang berlainan untuk dipersembahkan kepada orang ramai dan berbeza daripada kumpulan muzik lain.

“Kita sudah biasa melihat kumpulan remaja dengan band mereka tidak kiralah untuk muzik rock atau R&B tetapi yang membezakan mereka ialah muzik sahaja atau vokal.

“Jadi kami mengambil pendekatan berani melakukan sesuatu yang berani iaitu menggunakan bahan terbuang untuk dijadikan peralatan muzik,” katanya.

Iman Faez dan 10 lagi rakan yang lain kini sedang menuntut di University College of Medical Sciences (AUCMS) sebagai pelajar tahun satu.

Mereka semua ditemui ketika mengadakan persembahan pada Majlis Makan Malam Konvokesyen AUCMS.

Malah, kumpulan unik berkenaan berjaya memukau hadirin termasuk Canselor universiti itu, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil, dan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Hadirin turut memberikan tepukan yang gemuruh.

Iman Faez berkata, pada mulanya kesemua ahli terdiri daripada Kumpulan Gitar AUCMS.

Namun, sebelum seminggu program dilangsungkan kesemua ahli mengambil peluang bermain menggunakan botol mineral, tudung periuk, kotak, tong, buluh dan sebagainya.

“Kesemua bunyi yang dihasilkan adalah 100 peratus dari bunyi asli barang berkenaan tanpa sedikit pun bunyi muzik latar belakang.

“Kami berhasrat mengekalkan kumpulan ini dan sesiapa berminat mengenali kami boleh menghubungi saya melalui emel imanfaez@hotmail.com,” katanya.-sinar

Tiada ulasan: