JOM TERJAH:

Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline survey

Daftar SAYS Malaysia di sini

InstaForex

Cari Blog Ini

Jumaat, 7 September 2012

Rayuan kes liwat Anwar ditimbang 23 November

Rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan ditetapkan untuk pengurusan kes pada 23 Nov.

Tarikh itu ditetapkan semasa pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan N. Kanageswari hari ini.

Beliau menetapkan tarikh lain untuk pengurusan kes selepas nota keterangan tidak lengkap oleh itu, rekod rayuan juga tidak lengkap.

Peguam Anwar, Ram Karpal Singh berkata pihak pendakwaan dan pembelaan memerlukan masa untuk meneliti rakaman perbicaraan sebelum menetapkan tarikh perbicaraan.

Pada 9 Jan lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepaskan dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful, 26, di sebuah unit di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Anwar, 65, dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwaan memfailkan notis rayuan 20 Jan lepas berhubung pembebasan ketua pembangkang itu daripada tuduhan meliwat.

Pada 9 Julai lalu, pendakwaan memfailkan petisyen rayuan yang mengandungi sembilan alasan.

Dalam penghakiman bertulis setebal 80 muka surat Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan berlaku penetrasi tetapi tiada bukti sokongan.

Beliau berkata adalah tidak selamat bagi mahkamah bergantung pada keputusan ujian DNA Mohd Saiful kerana sampel berkenaan boleh diusik sebelum sampai kepada Jabatan Kimia untuk dianalisis.

Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badarudin mewakili pihak pendakwaan.- Bernama

Tiada ulasan: