JOM TERJAH:

Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline survey

Daftar SAYS Malaysia di sini

InstaForex

Cari Blog Ini

Jumaat, 21 September 2012

Pemuda UMNO, Pas Lancar Protes Filem Hina Islam


Ribuan umat Islam termasuk UMNO, Pas dan beberapa pertubuhan kerajaan berkumpul secara aman di beberapa lokasi di sekitar ibu negara dan di depan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) bagi membantah filem menghina Islam “Inoncence of Muslims”.

Kumpulan lebih 3,000 Pemuda dan penyokong UMNO mula berkumpul sebaik selesai menunaikan solat Jumaat di sekitar Masjid Jamek, Kampung Baru dengan membawa kain rentang dan kad besar yang mengutuk penerbitan filem berkenaan.

Protes berkenaan diketuai Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan didapati bersurai kira-kira jam 2.45 petang.

Sementara itu di Tun Razak, lebih 3,000 penyokong PAS dan umat Islam berkumpul secara aman di depan kedutaan berkenaan bagi membantah penayangan filem berkenaan serta karikatur yang menghina Nabi Muhammad SAW. – Berita Harian Online


sumber gambar: MyNewsHub

Tiada ulasan: