JOM TERJAH:

Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline survey

Daftar SAYS Malaysia di sini

InstaForex

Cari Blog Ini

Selasa, 7 Ogos 2012

Mencandat sotong antara acara tahun melawat Terengganu 2013

Acara mencandat sotong dan memancing adalah antara program peringkat antarabangsa yang disusun sempena Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri Datuk Abdul Rahin Mohd Said berkata acara antarabangsa diadakan bagi menarik lebih ramai pelancong luar mengunjungi TMT.

Kerajaan negeri menjangka lebih lima juta pelancong dari seluruh dunia akan melawat Terengganu tahun depan, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

"Kerajaan negeri akan menjadikan kawasan zon pantai sebagai kawasan 'ikan celup tepung' untuk tarikan pelancong. Begitu juga di kawasan Hulu Terengganu, kerajaan akan memperkenalkan makanan jagung bakar dan ubi bakar," katanya.

Abdul Rahin berkata kerajaan negeri dan kerajaan pusat akan mengadakan promosi TMT termasuk dengan menampal risalah di kenderaan awam termasuk Transit Aliran Ringan (LRT). - Bernama

Tiada ulasan: