JOM TERJAH:

Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline survey

Daftar SAYS Malaysia di sini

InstaForex

Cari Blog Ini

Selasa, 7 Ogos 2012

Adun DAP M. Manoharan mohon maaf kepada Datuk Lee Chong Wei

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah, M. Manoharan hari ini memohon maaf kepada pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dan keluarganya berhubung kenyataan beliau dua hari lalu.

"Saya secara ikhlas berharap permintaan maaf saya akan diterima," kata beliau menerusi laman mikro Twitter kira-kira 12.30 tengah hari tadi.

Dalam mesej susulan, wakil rakyat DAP itu menulis, "saya amat menyesal dengan komen-komen yang saya keluarkan dan menghulur permohonan maaf sepenuh hati kepada Datuk Lee Chong Wei dan keluarganya," kata beliau lagi.

Permohonan maaf itu muncul beberapa jam selepas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Penasihatnya, Lim Kit Siang mengecam kenyataan Manoharan.

Kira-kira 10 pagi tadi, Kit Siang menerusi akaun Twitternya berkata, "selamat kembali ke tanah air kepada Lee Chong, yang diberikan sambutan wira oleh kesemua rakyat Malaysia."

"@mmanoADUN (Manoharan) akan memohon maaf atas komen yang tidak wajar mengenai final LCW-LD (Lee Chong Wei-Lin Dan," katanya lagi.

Semalam, Kit Siang mengesyorkan kepada Kabinet agar memberi Chong Wei anugerah Atlet Sepanjang Dekad sebagai pengiktirafan atas sumbangan beliau.

Ketika ditemui pemberita di Georgetown, Pulau Pinang, Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, kenyataan dibuat wakil rakyat itu adalah sesuatu yang sangat tidak sensitif.

Dipetik The Star, katanya, Manoharan tidak mewakili parti dan seorang diri apabila membuat kenyataan sedemikian.

Sinar Harian hari ini membawa laporan memetik beberapa pemimpin termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah antara beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menyelar kenyataan

Manoharan yang didakwa mempolitikkan kekalahan tipis Chong Wei di tangan Lin Dan di Sukan Olimpik London 2012, kelmarin.
Walaupun kesemua kenyataan pemimpin pembangkang tersebut dibuat di Twitter masing-masing bersifat peribadi tetapi secara tidak langsung menunjukkan kekesalan dengan kenyataan dibuat wakil rakyat DAP itu.
Anwar menulis di Twitternya ketika menjawab pertanyaan seorang pengikutnya “ulasan tidak bijak; pertahan semangat sukan!”.
Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad juga mengutuk kenyataan Manoharan yang dikatakan tidak wajar dikeluarkan.
Twitternya menyebut ‘tak wajar mana-mana pihak memperkecilkan usaha Chong Wei semalam kerana ketaksuban’.

Malam kelmarin, Manoharan dilihat mula menulis kenyataan-kenyataan di Twitter sejurus selepas Chong Wei tewas dengan mengatakan Lin Dan telah menang dan dia bermain lebih baik daripada "Lee Chong AWAY...".

Malah Manoharan turut dicemuh oleh beberapa pengguna laman sosial itu ekoran kenyataan yang dibuat ketika rakyat negara ini dilihat sedang bersedih ekoran kegagalan Chong Wei membawa pulang emas pertama untuk negara.

Ia merupakan peluang terakhir Chong Wei untuk menghadiahkan sebutir pingat emas kepada 28 juta penduduk negara ini.-sinar

Tiada ulasan: