Sejak beberapa hari lalu, kecoh apabila pelakon, Jue Aziz didakwa tidak berdisiplin sehingga bakal berdepan tindakan digugurkan dari teater Semerah Padi, yang bakal dipentaskan bermula hari ini sehingga 31 Disember.
Jue Aziz yang dihubungi Zass, ternyata berang dengan beberapa laporan akhbar yang mengatakan dia tidak berdisiplin sehingga akan digugurkan dari teater tersebut.
Menurutnya, dia rasa teraniaya dan terkejut apabila tidak mendapat penjelasan sewajarnya mengenai masalah yang timbul. Apatah lagi kehilangan yang diuar-uarkan itu berlaku kerana bersebab dan bukan disengajakan.
"Saya akui tidak menghadiri sesi latihan selama empat hari kerana saya demam panas yang sangat teruk. Malah semasa ke klinik, doktor juga memberi saya cuti sakit (MC) sebagai bukti.
"Saya bukan sengaja menghilangkan diri sehingga tidak dapat dihubungi. Saya sangat terkejut apabila membaca laporan sebuah akhbar semalam (kelmarin) yang mempersoalkan tentang disiplin saya.
"Lebih membuatkan saya rasa terkejut dan dianiaya, apabila pihak media yang menghubungi saya mengenai isu digugurkan dari teater ini. namun pihak produksi pula mengatakan sebaliknya.
"Jika benar saya tidak berdisiplin, mengapa ada pelakon lain yang pernah tidak hadir beberapa kali tidak pula dikatakan tidak berdisiplin," jelasnya.
Jue atau nama sebenarnya Zuliana Abd Aziz berkata, dia merasakan namanya digunakan untuk menarik perhatian orang ramai supaya menonton teater ini.
"Saya tidak kisah jika hal lain yang ditimbulkan, tapi apabila bercakap tentang disiplin, saya rasa itu sudah melampau.
"Walaupun saya tidak menghadiri sesi latihan, saya sudah mempersiapkan diri untuk menjayakan watak Dara. Malah saya sanggup menolak beberapa tawaran drama dan filem demi menjayakan teater ini.
"Jadi bila mereka memburuk-burukkan saya, saya rasa sangat kecewa dan sedih dengan apa yang berlaku. Kadangkala saya terfikir, adakah mereka sengaja membesarkan perkara ini untuk menarik perhatian orang luar menonton teater ini?," katanya.
Akan berjumpa penerbit
Jue berkata, dia akan berjumpa dengan penerbit Megat Mohd Noor Salleh Ghani bagi membincangkan perkara ini.
Jelasnya, dia juga tidak berpuas hati dengan beberapa masalah dalaman yang berlaku dalam produksi tersebut, dan mahu penjelasan dari pihak produksi.
"Jika mereka merasakan saya bermasalah, saya juga merasakan mereka ada masalah dalaman yang turut mengganggu kami.
"Saya akan mengambil jalan untuk bersemuka dengan mereka, selain meminta penjelasan mengenai status saya," katanya.
Keno beri penjelasan
Sementara itu, Penerbit Eksekutif Keno Production, Megat Mohd Noor Salleh Ghani atau mesra disapa Keno menjelaskan Jue tidak disingkirkan dari pementasan teater ini.
"Pihak kami tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan yang mengatakan Jue digugurkan dari pementasan ini. Ia hanya khabar angin dari media sahaja.
“Kami memang bersedia dengan pelakon gantian iaitu Abby Nadzzri kerana bimbang berlaku masalah pada saat-saat akhir. Bagaimanapun, Jue masih lagi pelakon utama.
"Cuma jika kesihatan dia tidak berapa baik, baru kita akan mempertimbangkan untuk membawa masuk Abby bagi menggantikan Jue,” katanya kepada Zass.
Keno juga mengakui ada beberapa pelakon tidak dapat hadir pada permulaan sesi latihan kerana terikat dengan komitmen lain, namun tidak pada saat-saat akhir sesi latihan.
"Watak Jue sangat penting dalam pementasan ini. Justeru, menjelang saat-saat akhir sebelum pementasan, tentulah kehadirannya sangat-sangat diperlukan.
"Malah apabila dia hadir dan masih dengan tampalan koyok, tentulah pengarah memikirkan dia masih lagi tidak sihat. Malah Rosdeen juga pernah memaklumkan pada saya, ketika sesi latihan sebelum ini, Jue asyik memegang telefon bimbit dan di mana komitmen dia sebagai seorang pelakon," jelasnya.
Berhubung masalah dalaman yang dibangkitkan Jue, Keno berkata, ia hanyalah perkara yang cuba dibangkitkan Jue untuk menutup isu mengenai dirinya.
"Saya tidak nampak apa-apa masalah tentang isu dalaman yang dibangkitkan Jue. Saya bersedia untuk berjumpa dan menjelaskan perkara ini kepadanya.
"Saya sejujurnya kasihan apabila melihat orang luar menghentam Jue dan sepatutnya dia mengambil iktibar dengan apa yang berlaku.
"Malah sehingga saat ini, saya sedia memaafkan dia kerana bagi saya, saya tiada masalah personal dengan Jue," akhiri Keno.
Teater Semerah Padi turut dibintangi Khir Rahman, Fauzi Nawawi , Datuk Baharuddin Omar, Azizah Mahzan, Fazlina Datuk Ahmad Daud dan Baby Erin.
Teater arahan Rosdeen Suboh ini akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 24 hingga 31 Disember depan.
JOM TERJAH:
Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
Daftar SAYS Malaysia di sini
Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline surveyDaftar SAYS Malaysia di sini
Cari Blog Ini
Selasa, 27 Disember 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan