JOM TERJAH:

Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline survey

Daftar SAYS Malaysia di sini

InstaForex

Cari Blog Ini

Sabtu, 17 Disember 2011

BN jauh lebih baik daripada pakatan parti lain walaupun tidak sempurna 100 peratus

Barisan Nasional (BN) bukanlah sebuah Parti yang 100 peratus sempurna tetapi ia jauh lebih baik daripada pakatan parti-parti politik yang lain.

Naib Presiden MCA Datuk Chor Chee Heung berkata ini terbukti dengan kejayaan BN mentadbir negara sejak merdeka dan pencapaiannya sungguh memuaskan.

Bagaimanapun, katanya, prestasi cemerlang BN itu masih ada ruang untuk dipertingkatkan terutama dalam hal pentadbiran dan peningkatan.

"Kerana itu saya ingin tarik perhatian pengundi-pengundi Cina jika mereka tersalah pilih (pada pilihan raya), kehidupan rakyat malaysia akan banyak berubah.

"Apa yang kita ada hari ini adalah hasil kerjasama, perpaduan semua kaum di negara ini. MCA telah pilih untuk bekerjasama dengan parti-parti komponen dalam BN dan kami bekerjasama dengan baik dengan rakan seperjuangan kami," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan peruntukan khas anggota Parlimen Alor Setar kepada Kemas di Pejabat MCA Bahagian Alor Setar di sini, pada Jumaat.

Beliau yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata pemimpin-pemimpin dalam BN adalah pemimpin sederhana yang boleh menerima cadangan-cadangan daripada pelbagai pihak.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pegi mmpos ah, krajaan nk tumbg dh..pm 1-3 smue brjya tapi pm slepas tu smue ggal blake

ahmad zikron berkata...

cuba faham betul2..walaupun xsempurna 100% tapi jauh lebih baik daripada pakatan parti lain..