JOM TERJAH:

Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline survey

Daftar SAYS Malaysia di sini

InstaForex

Cari Blog Ini

Isnin, 23 Julai 2012

Pas Terengganu pulau tema Hari Kebangsaan 'Janji Ditepati'

Pas Terengganu berkemungkinan tidak akan mengikut tema yang ditetapkan Kerajaan Pusat dalam program khusus Pas negeri jika pihak tersebut terus menggunakan tema 'Janji Ditepati' pada sambutan Hari Kebangsaan nanti.

Pengarah Penerangan Pas Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah, berkata, tema tersebut dianggap sebagai kempen pilihan raya Umno dan Barisan Nasional (BN) serta tidak sesuai digunakan pihak lain, khususnya di negeri Pakatan Rakyat (PR).

Sehubungan itu, Pas meminta agar menukar tema tersebut kepada yang lain kerana terlalu jelas memperlihatkan unsur politik yang tidak patut dicampuradukkan dengan sambutan hari bersejarah itu.

“Kalau tema seperti itu digunakan, ia akan dilihat pelik. Perkara ini terang sangat berbentuk kempen. Jadi, Tidak patut kerajaan guna tema tersebut dan ia sangat perlu ditukar,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Beliau berkata ketika mengulas mengenai ‘Janji Ditepati’ yang dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 31 Ogos depan.

Beliau turut menyokong kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar yang menyeru negeri ditadbir PR supaya tidak menggunakan tema Hari Kemerdekaan terbabit sebagaimana disiarkan dalam portal politik pembangkang.

Wan Sukairi berkata, kerajaan tidak patut menggunakan tema berunsur politik kerana Hari Kemerdekaan melibatkan sambutan umum.

“Kita menyokong kenyataan Naib Presiden Pas itu supaya negeri PR tidak menggunakan tema tersebut. Ia jelas berbentuk kempen. Sepatutnya, sambutan yang berbentuk kepartian dan patriotik ini perlu berbeza.

“Tidak sepatutnya semua sambutan yang dianjurkan memberi kredit kepada Umno dari semua segi sedangkan yang menyambutnya adalah masyarakat,” katanya.-sinar

ps: macamana nak ikut kalau dah janji hanya tinggal janji,mmg patut pun PAS tak ikut sebab slogan 'Janji Ditepati' mana sesuai untuk PAS. PAS cuma tahu tabur janji je..

2 ulasan:

jal berkata...

memang nampak sangat lah permainan PM kita sekarang ni, dah cetek akal lah tu idea tak de orang kata, dulu mula2 anounce ingatkan main2 kerajaan nak gunakan tema janji tepati tu rupe2nya betol hadoi ape ni PM..

zikron berkata...

rasenya jal yang cetek akal kot..PAS takut nak guna slogan tu sbb janji2 lepas pun tak habis ditunaikan lagi..dekat nak PRU nanti,bagi lagi janji baru..