JOM TERJAH:

Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline survey

Daftar SAYS Malaysia di sini

InstaForex

Cari Blog Ini

Selasa, 31 Julai 2012

Olimpik 2012 kemuncak teori konspirasi Illuminati (Yahudi)?

Binaan segi tiga di sekeliling Stadium Olimpik juga didakwa menyerupai piramid dalam logo Illuminati.
Sukan Olimpik London 2012 baru sahaja membuka tirai Jumaat lalu, di mana Britain sekali lagi diberi penghormatan untuk menganjurkan temasya berprestij itu.

Majlis pembukaan turut diadakan dengan gilang-gemilang dan disaksikan lebih satu bilion penonton di seluruh dunia.

Penganjur memilih untuk mengetengahkan majlis perasmian yang penuh dengan kejutan termasuk kemunculan Ratu Elizabeth II diiringi oleh James Bond (aktor Daniel Craig).

Bagaimanapun, di sebalik kemeriahan itu, beberapa maklumat yang boleh diperoleh menerusi YouTube berpendapat Sukan Olimpik 2012 tersebut adalah kemuncak bagi segala teori konspirasi yang direncanakan oleh Illuminati (pertubuhan Yahudi terbesar di dunia yang bergerak secara rahsia tanpa diketahui siapa menganggotainya).

Illuminati dikatakan bergerak secara terancang dan telah menguasai hampir 80 peratus pelosok dunia.

Pertubuhan rahsia itu juga telah menguasai pelbagai aspek termasuk ekonomi, politik dan pendidikan dengan menerapkan pemikiran Illuminati yang dirancang sejak lebih 300 tahun lalu.

Sebagai contoh logo 2012 yang diperkenalkan pada Jun 2007 didakwa menelan kos sehingga 400,000 pound (RM2 juta) itu turut memaparkan maksud tersembunyi yang menjadi perkataan Zion (Zionis) serta lambang swastika (Nazi) jika ia disusun semula.

Logo 2012 ini jika disusun semula akan menjadi perkataan Zion (Zionis).

Petunjuk dan maksud tersembunyi tersebut dikaitkan dengan Freemason, sebuah lagi pertubuhan rahsia Yahudi mempunyai matlamat sama seperti Illuminati.

Aspek lain dalam Olimpik London yang mempunyai pengaruh Illuminati adalah dua maskot bermata satu diperbuat daripada logam digelar Wenlock dan Mandeville.

Sesetengah pihak mungkin menganggap kedua-dua maskot tersebut seperti watak animasi filem Monsters, Inc. tetapi jika diamati dengan teliti ia sebenarnya menyerupai dajjal yang diketahui sebagai makhkluk bermata satu.

Kedudukan mata maskot tersebut turut dikaitkan dengan lambang mata satu (all seeing eye) iaitu mata yang melihat semua yang terdapat dalam puncak segi tiga simbol Illuminati.
Maskot Wenlock (kiri) dan Mandeville ini juga dikatakan menyerupai dajjal.

Sebagai contoh, pada bahagian atas kepala Wenlock yang kononnya direka sebagai teksi di London juga sebenarnya menunjukkan lambang segi tiga piramid dalam logo Illuminati.

Selain itu, beberapa pemerhati turut mempertikaikan reka bentuk Stadium Olimpik London yang telah meraih Anugerah Institut Arkitek Diraja Britain 2012 (Riba).

Mereka mendakwa binaan segi tiga di sekeliling stadium itu menyerupai piramid separuh siap lambang Illuminati walaupun arkitek firma Populous itu, Philip Johnson menyatakan idea reka bentuknya menandakan era baru dalam acara sukan.

Seperti apa yang dipaparkan menerusi YouTube, mungkinkah akan berlaku satu lagi kejadian dahsyat seperti serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Amerika Syarikat?

Ini kerana, ada beberapa peristiwa yang terdapat pada 330 kad permainan Illuminati tersebut telah benar-benar berlaku sebelum ini, sekali gus membuktikan teori konspirasi sememangnya sudah lama wujud walaupun kad tersebut dikeluarkan pada 1995.
Salah satu kad, Combined Disasters (gabungan bencana) dalam permainan Illuminati ini dikatakan bakal menjadi kemuncak teori konspirasi.

Ada pengguna YouTube membuat kajian mereka sendiri berdasarkan fakta yang boleh diterima akal.

Dan, mereka menganggap salah satu kad tertera perkataan Combined Disasters (gabungan bencana) adalah kemuncak bagi teori konspirasi ini.

Rancangan jahat yang didalangi oleh agen Illuminati dan Freemason ini sebenarnya bertujuan untuk mencapai matlamat One World Government (satu kerajaan dunia) dengan melaksanakan dasar Novus Ordo Seclorum (Pemerintahan Dunia Baru).

Pertubuhan itu kini bertapak dengan kukuh di Amerika Syarikat (AS) dan melaksanakan pelbagai konspirasi yang berlindung di sebalik undang-undang serta hanya memberi keuntungan kepada sekutunya.

Situasi ini dapat dilihat dengan jelas dalam Kongres AS, yang mana kebanyakan ahlinya terdiri daripada bangsa Yahudi dan keseluruhan dasar negara Barat itu turut menyokong sepenuhnya segala keputusan Israel terutamanya jika ia berbentuk penindasan terhadap orang Islam.

Adakah ia hanya kebetulan? Atau sememangnya telah dirancang dengan teliti oleh pertubuhan rahsia Yahudi ini?

ALLAH telah berfirman dalam Surah al-Baqarah, ayat 120;
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad SAW) sehingga engkau menurut agama mereka (yang terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka) sesungguhnya petunjuk ALLAH (Islam) itulah petunjuk yang benar.”

baca ini:
Pokok Olimpik Pokok Yahudi

8 ulasan:

YB Raz berkata...

naik boring dah aku dengan cerita cerita iluminati..kalau dah rasa sangat semua kerja puak yahudi, pergi je lah serang israel tu..habis cerita..cepat perang cepat habis..boleh balik kg sambut raya

dah amerika tu memang banyak orang yahudi,nak pelik apanya lagi..kalau x sebab orang yahudi, xde ler amerika tu serang iraq, afganistan..

cerita cerita iluminati ni xde pekdahnya..x boleh menolong anak melayu skor A dalam spm, x boleh menolong kita lepas seksa kubur, boleh tolong bayar ptptn..x boleh tolong bayar sewa rumah bil api bil air bil telefon..

Momo berkata...

memang dah perasan lame dah..huhu

Tanpa Nama berkata...

tak nak percaya tak pe, janji kita ambil iktibar

ahmad zikron berkata...

betul tu..

Tanpa Nama berkata...

YB Raz, balik mengaji agama lagi..menyedarkan orang islam untuk memelihara akidah adalah wajib. ingatlah semua perkara di dunia adalah sementara, akhirat adalah tujuan utama kita. semua yang dilafaz, dilakukan, tanggungjawab kita di dunia akan dipersoalkan di akhirat nanti.. lagi satu tutup2 la aurat tu..

mizi berkata...

Illuminati ni sebenarnya dah pun meresap banyak kedalam hidup kita,samada hendak terima atau tidak,malah mungkin sebelum kita lahir pun kita dah disuakan dengan produk mereka,kita ambil contoh restoran fast food,semua bernaung dibawah mereka,paling banyak penyumbang kewangan kepada Israel ialah Starbuck,Coke n McDonald....malah sampaikan kepada urusan kewangan kita pun mereka dah menyusup masuk sekali....produk harian? syampu? ubat gigi? bagaimana hendak perangi mereka? bukankah Iblis sendiri sudah berjanji akan terus menyesatkan anak Adam selagi darah masih mengalir...kita just cuba2 la elakkan,mereka akan cuba menjajah kita dengan apa cara sekali pun,tak dapat jajah n sesatkan cara rohani,mereka akan gunakan cara fizikal....kalau nak tau siapa sebenarnya Illuminati,Freemason,senarai produk yang dimiliki Yahudi,carilah buku ini - The Art of Deception karya Jerry D. Gray...didalam buku itu semua lengkap,jangan silap Jerry ni adalah mualaf malah telah menjadi warga Indonesia - malah berani mengkritik bekas negara beliau,sewaktu di wawancara ddi TV3 - Al-Kulliyah beliau berkata - Alhamdulillah sudah dapat passport Indonesia sebab beliau malu memegang passport Amerika sebab semuanya ada kaitan dengan Israel n Yahudi....

ahmad berkata...

YB YB selamat bulam puasa, tak salah nak kejar ilmu dunia, tapi salah kalau xkejar ilmu akhirat.

Tanpa Nama berkata...

raz - taip je senang la weh..hang angkat senapang la p serang amerika..