JOM TERJAH:

Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline survey

Daftar SAYS Malaysia di sini

InstaForex

Cari Blog Ini

Rabu, 23 Mei 2012

Negara Akan Muflis Jika Pakatan Rakyat Berkuasa - KJ

SHAH ALAM, 23 Mei 2012 - Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin mendakwa negara akan menjadi muflis sekiranya janji-janji yang dibuat oleh Pakatan Rakyat dilaksanakan jika ditakdirkan mereka menjadi kerajaan.

Menurutnya merujuk kepada Buku Jingga Pakatan Rakyat, jika pemansuhan PTPTN dan lain-lain janji di dalam buku tersebut dilaksanakan, tidak hairan Malaysia akan turut bankrap seperti yang berlaku di Greece.

Beliau berkata demikian di dalam debat bersama Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli anjuran akhbar Sinar Harian yang bertemakan ‘Pemansuhan PTPTN Dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi’ di Shah Alam malam tadi.

“Negara akan muflis dalam dua hingga tiga tahun jika janji bulan dan bintang pembangkang dilaksanakan.

“Ini kerana negara dan rakyat terpaksa memikul beban perbelanjaan RM 170 bilion setiap tahun jika PTPTN dan subsidi serta pinjaman lain seperti konsesi tol dimansuhkan sama sekali.

"Itu sahaja (pemansuhan konsesi tol) RM 170 bilion, campur RM 18 bilion cadangan hapus PTPTN dan pendidikan percuma, jumlahnya RM 188 bilion setahun. Belanjawan tahun ini RM 233 bilion. Tolak RM 188 bilion, tinggal RM 45 bilion. Hendak bayar gaji kakitangan awam pun RM 52 bilion. Bayar gaji pun tidak mampu, negara kita akan muflis," katanya.

Menurutnya lagi, janji-janji yang diutarakan Pakatan pada pilihanraya umum ke-12 yang lalu masih belum terlaksana apatah lagi janji-janji yang baru seperti memansuhkan pinjaman PTPTN.

Beliau mengambil contoh kegagalan kerajaan negeri Selangor di dalam menunaikan lapan janji utama yang dibuat pada PRU ke-12 termasuk memastikan pendidikan percuma untuk kanak-kanak tadika.

“Ini baru pendidikan untuk kanak-kanak tadika yang mereka tak boleh biayai, apatah lagi nak bela pelajar universiti,” kata Khairy yang juga merupakan ahli parlimen Rembau.

Debat yang julung kali diadakan itu menerima sambutan yang positif di kalangan mereka yang mengikuti perkembangan politik negara.

Dilangsungkan di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, sambutan hangat yang diterima menyebabkan ramai yang kecewa apabila tidak berpeluang masuk ke dalam auditorium kerana sudah penuh.

Berdasarkan sambutan yang hangat tersebut, banyak pihak berpendapat supaya lebih kerap debat seumpama itu diadakan yang membabitkan kepimpinan tertinggi politik negara.

Tiada ulasan: