JOM TERJAH:

Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline survey

Daftar SAYS Malaysia di sini

InstaForex

Cari Blog Ini

Jumaat, 9 Disember 2011

Rang Undang-Undang Kampung Baru lulus

Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru 2011 yang memperincikan fungsi dan peranan perbadanan itu dalam proses pembangunan semula kampung tersebut sekali gus mewujudkan keyakinan kalangan pemilik dan pewaris tanah.
Ia diluluskan selepas dibentangkan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin dengan tujuan menjadikan Kampung Baru sebagai simbol kemajuan dan kegemilangan orang Melayu di tengah-tengah ibu kota.
Bagaimanapun, sebelum diluluskan, Senator Mohd. Yusof Husin mengemukakan usul agar dewan melakukan undi belah bahagi bagi mencapai kata putus untuk meluluskan rang undang-undang berkenaan.

Namun, undian itu menyaksikan 38 ahli Dewan Negara menyokong manakala hanya lapan yang tidak bersetuju rang undang-undang itu dibacakan untuk kali kedua.
Terdahulu, ketika menggulung perbahasan, Raja Nong Chik berkata, tidak timbul paksaan kepada pemilik atau pewaris untuk menyatakan persetujuan bagi menyerahkan tanah milik mereka.
"Soal kerajaan hendak buat paksaan tidak timbul kerana proses itu akan ambil masa panjang. Proses rundingan berlaku dan mana-mana infrastruktur yang boleh diperbaiki akan dibaiki dan disiapkan dengan cepat.
"Ia proses yang kita jalankan supaya pihak pemilik atau pewaris tidak tertekan untuk bila-bila masa setuju atau tidak dan kita sentiasa menjalankan perbincangan," katanya.
Selepas diluluskan, rang undang-undang itu akan dikenali sebagai Akta Perbadanan Pembangunan Kampung Baru 2011.
Sementara itu, Senator Datuk Dr. Firdaus Abdullah dalam sidang akhbarnya berhubung kelulusan rang undang-undang itu di lobi Parlimen berkata, tindakan ahli Dewan Negara daripada pembangkang mengemukakan undi belah-bahagi ketika rang undang-undang itu dibahaskan hanya menunjukkan sikap mereka yang tidak mementingkan nasib orang Melayu di kampung berkenaan.
Jelasnya, penolakan pembangkang sehingga bacaan rang undang-undang itu tertangguh selama setengah jam, jelas menunjukkan mereka tidak bertanggungjawab dan cuba menimbulkan soal remeh.
"Niat pembangkang yang tidak menyokong orang Melayu sangat jelas berdasarkan tindakan mereka tadi. Apa yang dikesalkan, persoalan remeh seperti apa tujuan fungsi perbadanan itu ditubuhkan telah dibangkitkan berkali-kali oleh mereka walaupun telah dijelaskan oleh menteri beberapa kali.
"Hasrat kerajaan menubuhkan perbadanan itu bertujuan memudahkan pembangunan Kampung Baru demi manfaat lebih 5,000 penduduk yang kebanyakannya terdiri daripada orang Melayu," tegasnya.
Dalam pada itu, Dewan Negara turut meluluskan Rang Undang-Undang Peranti Perubatan 2011 dan Rang Undang-Undang Pihak Berkuasa Peranti Perubatan 2011 selepas dibentangkan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Tiada ulasan: