JOM TERJAH:

Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline survey

Daftar SAYS Malaysia di sini

InstaForex

Cari Blog Ini

Jumaat, 9 Disember 2011

Calon doktor terlatih

Ada sekumpulan pelajar dari Medical School tahun satu
sedang menjalani anatomy class [ilmu urai tubuh]
dengan menggunakan tubuh mayat. Mereka berkumpul
didepan mayat yang diletakkan diatas meja yang
ditutupi selimut putih.

Profesor memulakan kelas dengan berkata dengan
lantang Untuk menjadi doktor yang berkualiti kamu
mesti mempunyai dua kualiti yang bagus. Yang pertama
kamu mesti tidak jijik atau mual dengan apa-apa yang
merangkumi tubuh manusia dan selepas profesor itu
berkata dia menarik selimut mayat tersebut dan
menyumbat jarinya ke dalam punggung mayat tersebut
dan menariknya kembali dan terus menghisapnya.

Ok. Semua buat macam saya buat tadi. Semua pelajar
terkejut,tergamam,takut semua ade,dan beberapa minit
kemudian seorang demi seorang pelajar menyumbat jari
mereka dan menghisapnya seperti apa yang profesor
mereka lakukan. Setelah semua pelajar selesai.

Profesor memandang semua pelajarnya dan berkata
kualiti yang kedua untuk menjadi doktor yang bagus
ialah observation [penilikan], saya menyumbat dengan
jari tengah saya tadi dan saya menghisap jari
telunjuk saya, sekarang belajar untuk memberi
perhatian yang lebih!!!

p/s : Tumpukan perhatian bila menerima pelajaran...

Tiada ulasan: