JOM TERJAH:

Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline survey

Daftar SAYS Malaysia di sini

InstaForex

Cari Blog Ini

Rabu, 31 Oktober 2012

Pembesaran Tanah Suci Semakin Meresahkan

Tiga masjid bersejarah akan dirobohkan oleh kerajaan Arab Saudi bagi memberi jalan kepada projek pembesaran Masjid an-Nabawi yang menelan belanja berbillion-billion Pound.

Projek pembesaran bagi Masjid an-Nabawi di Madinah, tempat dimana Rasulullah S.A.W. dimakamkan, akan bermula sejurus selepas musim haji yang dijangkakan akan berakhir pada hujung bulan hadapan.

Apabila siap, masjid tersebut akan menjadi bangunan terbesar dunia, dengan kapasiti yang boleh memuatkan 1.6 juta umat pada satu-satu masa.

Namun, terdapat beberapa persoalan yang timbul daripada projek ini.

Antaranya termasuklah ‘menggadaikan’ segala sejarah yang terdapat pada masjid tersebut apabila ianya dirobohkan kelak.

Kebanyakan kerja-kerja pembinaan bagi Masjid an-Nabawi akan dijalankan di kawasan barat masjid tersebut.
Ia berhampiran makam Rasulullah, Abu Bakar serta Umar.

Berdekatan dengan Masjid an-Nabawi, terletaknya masjid-masjid yang dibina sempena Abu Bakar dan Umar serta Masjid Ghamama, yang dibina sempena solat Aidilfitri pertama yang dijalankan oleh Rasulullah.

Pihak Arab Saudi telah mengumumkan bahawa mereka tidak mahu memelihara ataupun memindahkan ketiga-tiga masjid tersebut, yang telah wujud sejak dari abad ketujuh.

“Tiada yang boleh menafikan bahawa Madinah sememangnya perlu diperluaskan, namun langkah yang mahu diambil oleh pihak berkuasa amat merisaukan,” kata Dr Irfan al-Alawi dari Yayasan Penyelidikan Warisan Islam.

“Terdapat beberapa cara lain yang boleh dilakukan untuk memperluaskan kawasan ini yang masih lagi boleh memelihara segala artifak yang terdapat di sini. Namun, mereka masih mahu merobohkan kesemuanya.”

Dengan tambang yang semakin murah dan kenaikan jumlah umat yang datang untuk menunaikan kewajiban, Mekah dan Madinah perlu bergelut dengan 12 juta jemaah yang datang setiap tahun – jumlah ini dijangkakan meningkat sebanyak 17 juta pada tahun 2025.

Dr Irfan berkata lagi, “Umat Islam langsung tidak memberikan sebarang respon terhadap perkara ini sedangkan ketika filem yang dikeluarkan tentang Rasulullah S.A.W. mendapat tentangan yang hebat dari serata dunia, walhal, kelulusan bagi projek merobohkan tempat lahir Rasulullah, tempat Baginda solat dan menyampaikan ajaran Islam langsung tidak ditentang.”

Kebanyakan peserta kempen memelihara Mekah dan Madinah serta rakyat tempatan terkejut apabila melihat sebahagian kawasan bandar-bandar tersebut dirobohkan untuk pembinaan pusat-pusat membeli-belah, hotel-hotel mewah dan bangunan pencakar langit.

Dijangkakan bahawa 95 peratus daripada keseluruhan bangunan-bangunan yang berusia 1,000 tahun yang terdapat di bandar-bandar tersebut telah dimusnahkan dalam tempoh 20 tahun.

Di Mekah, Masjid al-Haram, kawasan yang paling suci bagi seluruh umat Islam kini dibayangi oleh kompleks bangunan Jabal Omar yang mempunyai apartmen-apartmen, hotel-hotel serta menara jam yang besar.

Bagi membina kompleks tersebut, pihak berkuasa Saudi telah memusnahkan Kubu Ajyad yang terbina sejak dari era Uthmaniyyah dan juga bukit yang terdapat di kawasan tersebut.

Antara kawasan lain yang dimusnahkan termasuk tempat lahir Rasulullah – kini menjadi perpustakaan – dan juga rumah isteri pertama Baginda, Khadijah, yang digantikan dengan blok tandas awam.

Pihak kerajaan menyatakan bahawa lebih banyak hotel-hotel murah telah dibina bagi jemaah-jemaah yang kurang berkemampuan, walaupun ada yang mengatakan bahawa kebiasaanya, jemaah-jemaah tersebut ditempatkan di kawasan yang jauh sedikit dari kota suci.

Sehingga baru-baru ini, kerja-kerja pembangunan semula bagi kota Madinah agak sedikit perlahan berbanding dengan kota Mekah, walaupun beberapa tapak sejarah telah dimusnahkan.

Antara yang dimusnahkan adalah lima masjid-masjid yang dibina untuk memperingati Perang Khandaq – antara sejarah-sejarah terpenting dalam perkembangan Islam – hanya dua yang masih tidak dirobohkan.

10 tahun lalu, sebuah masjid yang dimiliki oleh cucu Rasulullah telah diletupkan.

Gambar-gambar letupan tersebut telah diambil secara rahsia yang kemudiannya disebarkan menunjukkan pihak berkuasa meraikan keruntuhan masjid tersebut.

Pengabaian sejarah awal Islam sedikit sebanyak memperjelaskan penggunaan pemahaman Wahabi dalam rejim tersebut, pemahaman yang menentang apa jua perkara yang mungkin menggalakkan umat Islam daripada menyembah ikon-ikon Islam.

Dalam kebanyakan negara-negara Islam, sememangnya terdapat makam-makan yang dibina bagi tokoh-tokoh besar, amalan melawat kubur juga adalah sesuatu yang biasa.

Namun, pemahaman Wahabi menganggap bahawa perkara tersebut adalah sesuatu yang hina.

Dr Alawi bimbang bahawa pembangunan semula Masjid an-Nabawi mungkin akan mengalihkan perhatian orang ramai daripada makam Baginda Rasulullah.

Kawasan yang menandakan makam Rasulullah dilindungi oleh kubah hijau yang menjadikan kawasan tumpuan bagi masjid tersebut.

Namun, dengan pelan baru ini, makam tersebut akan menjadi kawasan Timur keseluruhan masjid tersebut (lapan kali dari saiz asal masjid) dan dilengkapi dengan mimbar baru.

Pelan tersebut juga dijangkakan akan memusnahkan bahagian tengah masjid. Kawasan tersebut membentuk Riyadh al-Jannah (Taman Syurga), bahagian yang Rasulullah katakan paling suci bagi masjid tersebut.

“Alasan mereka adalah, mereka mahu membina lebih banyak ruang (20 bahagian) pada masjid tersebut yang mampu memuatkan 1.6 juta umat Islam pada satu-satu masa,” kata Dr Alawi.

“Tidak masuk akal langsung. Apa yang mereka benar-benar mahukan adalah untuk mengalihkan perhatian umat daripada tempat Rasulullah dikebumikan.”

Satu risalah yang diterbitkan pada tahun 2007 oleh Kementerian Hal Ehwal Islam – dan diakui oleh Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Abdulaziz – telah membuat tuntutan agar kubah tersebut dimusnahkan dan makam bagi Rasulullah, Abu Bakar dan Umar supaya diratakan.

Sheikh Ibn al-Uthaymeen, salah seorang ulama Wahabi yang terkenal pada abad ke-20 juga telah membuat tuntutan yang sama.(sumber http://www.independent.co.uk )

2 ulasan:

Yb Raz berkata...

apa lagi jom jihad perangi Arab Saudi.

Pinkbubblegumprincess berkata...

sepatutnya kawasan tersebut dipelihara ..perkara ini amat mengecewakan dan menyedihkan..huhu dunia akhir zaman