JOM TERJAH:
Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
Daftar SAYS Malaysia di sini
Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline surveyDaftar SAYS Malaysia di sini
Cari Blog Ini
Selasa, 30 Oktober 2012
Pantai timur Amerika bersiap hadapi hentaman Sandy
NEW YORK: Taufan Sandy, taufan dahsyat yang sedang menghala ke kawasan pantai timur Amerika Syarikat, menjadi semakin kuat semalam.
Beratus ribu rakyat Amerika terpaksa berpindah ke kawasan tanah tinggi, pengangkutan awam dihentikan dan pasaran saham Amerika mengalami penutupan pertama dalam masa 27 tahun akibat masalah cuaca.
Sekitar 50 juta orang dari kawasan Atlantik Tengah hingga ke Canada berada dalam laluan taufan selebar 1,600 kilometer itu, yang menurut jabatan kaji cuaca mungkin taufan terbesar pernah melanda benua Amerika Utara.
Taufan itu dijangka menumbangkan pokok, merosakkan bangunan, menyebabkan bekalan elektrik terputus dan banjir.
Pusat Taufan Nasional Amerika (NHC) semalam berkata taufan kategori satu itu semakin kuat sedang ia menghala ke kawasan pantai timur Amerika Syarikat dan bergerak dengan kelajuan 24 kilometer sejam.
Ia dijangka membawa bersama ribut yang mengancam nyama, angin taufan ke kawasan pantai dan salji lebat di kawasan pergunungan Appalachian, kata NHC.
Sebanyak sembilan wilayah Amerika mengisytiharkan keadaan darurat dan Presiden Amerika, Encik Barack Obama, memberi amran kepada penduduk negara itu supaya bersedia menghadapinya.
"Ini taufan yang besar dan serius. Kita masih belum tahu di mana ia akan melanda, di mana kita akan lihat kesan terbesar," kata beliau setelah mendengar taklimat di pusat respons taufan negara di Washington.
Taufan Sandy membunuh 66 orang di Kepulauan Carribean sebelum melanda kawasan pantai Amerika dan menyebabkan hujan dan salji turun di kawasan tanah tinggi.
Kebanyakan kawasan pantai timur Amerika sudah pun dalam keadaan bersiap sedia semalam sambil menanti ketibaan taufan yang digelar Frankenstorm oleh pihak media.
Pengkaji-pengkaji cuaca meramalkan bahawa wilayah New York mungkin menjadi kawasan yang paling teruk terjejas taufan dahsyat itu.
Sebagai langkah keselamatan, pihak berkuasa New York mengarahkan seramai 375,000 penduduk supaya berpindah dari kawasan rendah yang berhampiran dengan pantai.
Lebih 7,400 penerbangan keluar dari kawasan pantai timur Amerika dibatalkan dan pengangkutan darat digantung sedang kakitangan pemerintah yang tidak diperlukan diminta supaya jangan datang ke pejabat.
Syarikat Amtrak juga menggantung perkhidmatan bas dan kereta apinya di sepanjang kawasan pantai timur negara itu.
Perkhidmatan kereta api, bas dan kereta api komuter juga terpaksa ditutup di New York, Philadelphia dan Washington.
Bursa Saham New York (NYSE), Nasdaq dan pasaran hadapan di Chicago menyatakan ia akan ditutup semalam dan mungkin juga hari ini.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut membatalkan mesyuarat di ibu pejabatnya di New York. - Reuters, AFP, AP.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan