JOM TERJAH:

Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline survey

Daftar SAYS Malaysia di sini

InstaForex

Cari Blog Ini

Ahad, 28 Oktober 2012

Kaji semula penggunaan AES

Automated Enforcement System (AES) ataupun Sistem Penguatkuasaan Automatik merupakan usaha kerajaan untuk mengurangkan kadar kemalangan dan kes salah laku di jalan raya.

Sesetengah pihak bersetuju dengan penguatkuasaan sistem itu, bagaimanapun ada juga berpandangan sebaliknya.

Pengguna, Siti Suhaini Jaafar, 27, menyifatkan AES dapat mengurangkan risiko kemalangan apabila semua pemandu lebih berhemah di jalan raya.

Menurutnya, sebagai pemandu wanita, dia sering ‘dicabar’ pemandu lain kerana memandu perlahan mengikut had laju ditetapkan.

“Memang kita (wanita) lebih cenderung memandu perlahan untuk lebih berhati-hati di jalan raya. Tetapi ada sesetengah pemandu kononnya 'otai' jalan raya akan memotong kenderaan saya. Mereka juga akan menaikkan lampu tinggi tanda marah berikutan saya memandu dengan kadar kelajuan ditetapkan itu.

“Oleh itu, pelaksanaan AES ini diharap mampu memberi pengajaran kepada pemandu seperti itu supaya mematuhi had laju dan tidak bersikap samseng di jalan raya,” katanya.

Sementara itu, pelajar institusi pengajian tinggi, Mohd Izham Salleh, 23, berpendapat sistem ditempatkan di merata-rata tempat itu menyebabkan ramai pengguna akan dikenakan saman.

Malah katanya, golongan pelajar juga boleh menjadi mangsa sedangkan mereka sukar membayar saman dan akhirnya membabitkan ibu bapa mereka.

“Memang kami kadangkala cenderung memandu laju.

Lebih-lebih lagi apabila kesuntukan masa untuk ke kelas dan menyiapkan tugasan. Jika kamera ini diletakkan di kawasan tidak sesuai, kami mungkin boleh disaman setiap hari,” katanya.

Mohd Rahmat Abdul Hamid, 48, pula berkata, penggunaan AES menyebabkan pemandu akan mudah disaman walaupun hanya disebabkan kesalahan kecil.

“Saya harap kamera tidak diletakkan terlalu banyak di laluan sama. Saya juga berharap kerajaan dapat mempertimbangkan semula penggunaan sistem ini supaya tidak membebankan rakyat,” katanya.-sinar

Tiada ulasan: