JOM TERJAH:

Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline survey

Daftar SAYS Malaysia di sini

InstaForex

Cari Blog Ini

Jumaat, 19 Oktober 2012

Amanat buat ATM: Julang Piala Malaysia

PRESIDEN Helang Rimba, kelab penyokong bola sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Leftenan Kolenal Ab Rahman Mahmood memberi amanat buat pemain ATM - julang Piala Malaysia yang diharapkan sejak menyertai kejohanan.

Sehubungan itu beliau mengharapkan kerjasama pemain dan penyokong ketika perlawanan akhir esok.

"Saya nasihatkan kepada semua penyokong bola sepak yang datang ke Stadium Shah Alam khususnya penyokong ATM supaya tidak membawa benda-benda yang diharamkan," kata beliau kepada Sinar Harian Online.

Beliau juga menasihatkan agar semua penyokong bertolak awal bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas dan masuk ke stadium ikut pintu pasukan masing-masing yang telah ditetapkan.

"Penyokong-penyokong ATM masuk ke stadium di pintu yang telah dikhaskan untuk mengelak dari sebarang kejadian yang tidak diingini.

"Semua penyokong yang hadir harus menjaga keselamatan masing-masing, sama ada dalam stadium atau ketika dalam perjalanan. Ingatlah orang yang kita sayang," kata beliau.

Beliau menjangkakan perlawanan akhir esok merupakan satu perlawanan yang sengit kerana kedua-dua pasukan merupakan pasukan yang berkualiti.

"Saya jangka perlawanan malam itu sangat sengit, namun saya harap ATM akan menang dan akan mencipta satu sejarah baru.

"Jika kita lihat prestasi dan kualiti, pemain-pemain ATM ada ruang dan peluang untuk memiliki Piala Malaysia," katanya.

Pasukan ATM perlu bermain dengan penuh disiplin dan mengikut arahan jurulatih bagi memastikan corak permainan yang baik.

"Kita bermain seperti yang diarahkan oleh jurulatih dan berjuang dengan semangat yang tinggi untuk mengekalkan prestasi mutu permainan.

"Saya harap pemain lupakan semua masalah yang ada dan fokus sepenuhnya kepada perlawanan tersebut," jelasnya lagi.-sinar

Tiada ulasan: