JOM TERJAH:

Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline survey

Daftar SAYS Malaysia di sini

InstaForex

Cari Blog Ini

Khamis, 27 September 2012

Antara ditaja, dipinjam dan disewa

Ada lima perkataan yang membuahkan banyak konotasi pada bacaan sepanjang minggu ini. Perkataan-perkataan itu ialah; ditaja, dipinjam, disewa, suka sama suka dan paksa rela.

Ditaja bermaksud seseorang atau satu pihak memberikan peruntukan untuk sesuatu perkara. Contohnya menaja seseorang menunaikan haji dengan peruntukan pelbagai kemudahan. Antaranya memberi tiket penerbangan, kemudahan hotel sebagai tempat tinggal dan keperluan makan pakai sepanjang tempoh tajaan.

Sementara dipinjam pula bermaksud untuk dipulangkan semula. Meminjam lebih kepada sementara sahaja, ada tempoh waktu dan ada syarat perjanjian pinjaman. Apabila meminjam kereta seseorang, kereta itu mesti dipulangkan semula dalam keadaan seperti mana kita meminjam. Meminjam turut membabitkan duit ringgit dan mungkin juga percuma, mengikut persetujuan bersama.

Menyewa pula bermakna ada nilaian dikenakan. Menyewa pada kadar tertentu, mesti dibayar. Menyewa tidak ada menyewa percuma. Menyewa rumah, kereta, pejabat dan jet sekali pun mesti ada kadar bayaran seperti dipersetujui bersama.

Suka sama suka pula? Ini jawabnya, tepuk dada tanya selera… mungkin ada perkara tertentu yang wajar dihebahkan mengenai perkara itu dan mungkin juga perlu dirahsiakan. Maka umum tidak perlu ketahui hanya yang punya badan sahaja tahu duduk perkara. Paksa rela? Mungkin anda boleh memberi jawapan sendiri.

Perkara ini saya timbulkan kerana ada keterangan yang tidak sekata beberapa pihak terhadap situasi berlaku minggu lalu mengenai penggunaan jet oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rombongan dalam kempen di Sabah dan Sarawak tengah bulan ini.

Dalam laporan mengenai isu ini, timbul tiga perkara iaitu disewa, ditaja dan dipinjam. YB Nurul Izzah mengatakan pesawat itu dipinjam. Manakala YB Tian Chua kata disewa. Anwar sendiri kata ia ditaja seorang kenalan.

Dalam hal ini saya tidak mahu bercakap mengenai siapa empunya jet, siasat akaun peribadi ataupun siapa yang taja, sewa atau pinjam. Apa ingin saya katakan ialah penggunaan bahasa yang amat mudah bagi kita, namun menjadi payah apabila ada yang tidak betul.

Salah guna bahasa amat besar kesannya. Memang mudah kita berbahasa menyampaikan apa ingin diperkatakan, tetapi ketidaktelitian dalam berbahasa akan memberi impak lain kepada penggunanya. Contohnya bahasa dalam sistem pesanan ringkas, dalam emel, twitter, watsup yang bisu suara selalu menjadi bahan pertikaian.

Oleh kerana tiada nada suara dalam khidmat pesanan itu, maksud baik yang ingin diberikan oleh pengirim, telah menjadi tidak baik kepada penerimanya. Nada suara, nahu apabila berkata-kata, mimik muka ketika kita menuturkan kata-kata langsung tidak ada dalam kiriman pesanan. Itu sahaja sudah menghilangkan lebih 50 peratus daripada maksud sebenar.

Untuk mengelak kesan negatif, maka kita biasanya mengirimkan sahaja tanda-tanda seperti gelak, ragu-ragu, tergaru-garu dan kepala pening dalam bentuk simbol untuk mengimbangi pesanan yang kita hantar. Simbol-simbol ini terpaksa kita hantar untuk memberi kesan lain kepada penerima pesanan itu.

Bahasa Melayu itu indah. Lengkap dengan laras dan istilah maknanya. Kitalah sebenarnya yang bersalah kerana menyalah guna akan erti dan makna bahasa berkenaan. Keupayaan bahasa menjangkau makna yang besar dan luas hingga penggunaannya ke peringkat dunia.

Dalam menggunakan bahasa, perkara-perkara seperti sebutan, ejaan, kosa kata, tanda baca dan sebagainya dipanggil tatabahasa dan ia merujuk kepada struktur dan binaan ayat. Manakala peraturan-peraturan bagi memilih bentuk sapaan, ganti nama, bentuk hormat, dan perbuatan menyentuh orang, mengiktiraf taraf sosial, taraf pendidikan, usia orang dan lain-lain pula boleh dipanggil sebagai budi bahasa.

Aduh… saya bukan pakar bahasa. Namun saya suka bercerita hal ini kerana gaya bahasa kita semakin hari menjadi semakin kompleks. Bahasa cun, aweks, giler, kannnn, siot, astaga, lai’lah dan lain-lain lagi semakin berleluasa. Kita jadi tidak selesa.

Menjadi masalahnya ialah apabila ramai antara kita yang cuba bergurau tetapi menggunakan bahasa yang kurang enak didengar dan kadangkala mengaibkan orang lain. Untuk berbeza pendapat tidak semestinya meninggi suara atau melukakan, tetapi harus dibalas dengan ilmu, fakta dan berbudi bahasa.

Sekarang ini senang sahaja kita hendak membezakan antara teguran baik dan buruk, kita ada akal. Gunakan akal.-sinar

1 ulasan:

Zie Madini berkata...

mcm mcm je parti pembangkanng nih. pastuh berdolak dalih lak...ceh