JOM TERJAH:

Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline survey

Daftar SAYS Malaysia di sini

InstaForex

Cari Blog Ini

Jumaat, 10 Ogos 2012

Usain Bolt cipta rekod pertahan emas Olimpik

USAIN Bolt mengekalkan pingat emas - kutipan pingat bersejarah dan satu rekod - dalam acara 200m Lelaki pada Sukan Olimpik 2012 London yang berlangsung sekitar jam 4 pagi tadi (waktu Malaysia).

Atlet dari Jamaica menyapu bersih ketiga-tiga pingat dalam acara ini.

Dengan kejayaan hari ini, Bolt, 25, memperoleh pingat kedua dalam acara 200m berturut-turut, sekali gus mencipta rekod sebagai atlet pertama memenangi dua emas dalam acara ini pada Sukan Olimpik.

Kemenangan itu juga menutup kritik yang awalnya meragui sama ada Bolt boleh mengulangi kejayaan empat tahun lalu di Beijing.

Cuma kali ini dia tidak memecahkan rekod sedia ada dalam acara 200m. Sabtu lalu, Bolt memperoleh emas acara 100m dengan mencipta rekod baru.

Malah dengan perkembangan ini, dia telah memperoleh dua pingat emas pada Sukan Olimpik 2012 London setakat ini.

Kemenangan itu membawa kepada impian Bolt untuk muncul 'legenda' sukan olahraga. Beberapa hari lalu dia mengatakan bahawa mahu muncul sebagai 'legenda' olahraga.


Keputusan akhir 200m:

1. Jamaica - BOLT Usain (19.32)
2. Jamaica - BLAKE Yohan (19.44)
3. Jamaica - WEIR Warren (19.84)
4. Amerika Syarikat - SPEARMON Wallace (19.90)
5. Belanda - MARTINA Churandy (20.00)
6. Perancis - LEMAITRE Christophe (20.19)
7. Ecuador - QUINONEZ Alex (20.57)
8. Afrika Selatan - JOBODWANA Anaso (20.69)

Tiada ulasan: