JOM TERJAH:

Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline survey

Daftar SAYS Malaysia di sini

InstaForex

Cari Blog Ini

Selasa, 7 Ogos 2012

Sambutan Ketibaan Datuk Lee Chong Wei Di KLIA Meriah

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini dipenuhi dengan peminat-peminat sukan tanah air yang sedia menyambut kepulangan wira negara, Datuk Lee Chong Wei.

Rata-rata peminat sukan tanah air telah mula membanjiri KLIA sejak pukul 4 pagi lagi.

Chong Wei yang tiba di KLIA pada jam 8.30 pagi itu disambut oleh pegawai-pegawai dari Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Persatuan Badminton Malaysia (BAM), ahli keluarga, rakan-rakan, para wartawan serta peminat.

Setibanya di balai ketibaan KLIA, beliau disambut dengan laungan ‘Malaysia Boleh’ oleh para peminat.

Walaupun Chong Wei nampak muram dan sedih semasa di London, tetapi laungan serta sambutan yang luar biasa yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia setibanya beliau di Malaysia telah mengukir senyuman diwajah beliau.

Nampaknya, kesedihan serta segala perit jerih dalam diri beliau ditinggalkan di London.

Chong Wei turut diserbu oleh para wartawan yang ingin mencungkil rasa hati Chong setibanya beliau di Malaysia.

Walaupun Chong Wei tidak berjaya membawa pulang pingat emas, tetapi beliau berjaya menyatukan hampir 28 juta hati rakyat Malaysia.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Chong Wei yang telah berusaha serta memberi sepenuh fokusnya hingga berjaya mengharumkan nama Malaysia.

Berikut merupakan beberapa keping gambar Chong Wei serta peminat-peminat yang berada di KLIA pagi tadi.
Sumber: MyNewsHub







Tiada ulasan: