JOM TERJAH:

Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline survey

Daftar SAYS Malaysia di sini

InstaForex

Cari Blog Ini

Selasa, 14 Ogos 2012

Rang undang-undang kebajikan haiwan dibentang awal tahun depan

Rang Undang-Undang Kebajikan Haiwan, yang menyaksikan hukuman lebih berat terhadap mereka yang mendera haiwan, dijangka dibentang di Parlimen pada sesi awal persidangan tahun depan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata draf rang undang-undang itu sudah melalui 12 semakan dan pindaan sejak digubal pada November 2010, dan akan dipapar atas talian buat kali kedua mulai hari ini sehingga 31 Ogos untuk sebarang cadangan serta komen daripada orang ramai.

"Selepas mengambil kira respon yang diterima, draf yang lengkap akan dipanjangkan kepada Jabatan Peguam Negara, kemudian dibawa ke Kabinet dan apabila dipersetujui Kabinet, barulah dibentangkan di Parlimen," katanya kepada pemberita selepas melancarkan paparan seranta awam atas talian kedua untuk draf rang undang-undang itu di sini hari ini.

Beliau berkata draf itu dipapar buat kali pertama selama 14 hari mulai 19 Jun lepas, yang mencatat 5,094 kunjungan menyaksikan sejumlah 2,421 responden memberi maklum balas lengkap terhadap soal selidik manakala 90.9 peratus bersetuju dengan draf tersebut.

"Hasil cadangan orang ramai pada paparan kali pertama itu juga, tiga pindaan dilakukan pada draf tersebut iaitu pemeriksaan premis yang menyimpan haiwan perlu dilaksanakan setiap tahun, eksperimen terhadap haiwan hanya boleh dilakukan sekiranya tiada alternatif lain dan ia mesti dilakukan dengan peraturan tertentu, serta kanak-kanak bawah 12 tahun tidak dibenar membeli haiwan peliharaan tanpa ditemani mereka yang lebih tua.

"Cadangan lain akan dipertimbangkan untuk dimasukkan ke dalam peraturan dan kod amalan kebajikan haiwan mengikut kesesuaian yang mana sebahagiannya sedang dan akan dibangunkan," katanya.

Noh berkata pada masa ini, draf itu mencadangkan agar pesalah kes penderaan haiwan didenda antara RM20,000 hingga RM100,000 atau dipenjara tidak lebih tiga tahun.

Beliau berkata orang ramai dipelawa untuk terus memberi cadangan berhubung rang undang-undang ini melalui laman sesawang research.dvs.gov.my/survey.

Katanya, pada masa sama, Pelan Strategik Kebajikan Haiwan Kebangsaan sedang dirangka bagi memandu negara untuk tempoh lapan tahun akan datang dalam usaha mengangkat nilai kebajikan haiwan setaraf dengan negara maju dengan berpaksi kepada nilai setempat.

Noh berkata pelan itu dijangka dilancarkan semasa Persidangan Global Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (OIE) berhubung Kebajikan Haiwan ketiga yang berlangsung tiga hari mulai 6 Nov di Kuala Lumpur.

"Sementara itu, kebanyakan cadangan dan pandangan daripada awam tentang kebajikan haiwan, yang tidak berkaitan dengan Rang Undang-Undang Kebajikan Haiwan, akan dikumpul dan dibincang di peringkat Jawatankuasa Penasihat Majlis Kebajikan Haiwan Malaysia (Mawac) yang dipengerusikan saya sendiri," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata satu medium khidmat pesanan ringkas disediakan untuk orang ramai membuat laporan berhubung kes penderaan haiwan, iaitu taip DVS HQAduan [aduan anda] dan hantar ke 15888. - Bernama

Tiada ulasan: