JOM TERJAH:

Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline survey

Daftar SAYS Malaysia di sini

InstaForex

Cari Blog Ini

Jumaat, 3 Ogos 2012

Ramadan bangunkan jiwa muttaqin

Al-Quran dalam Surah Al Baqarah ayat 183 terungkap maksud yang jelas mengenai Ramadan dan siyam atau puasa. Ia dilakukan oleh orang terdahulu, semoga kita menjadi orang yang berjiwa muttaqin.

Membangun jiwa muttaqin amat perlu kerana orang muttaqin ialah orang yang sangat dimuliakan ALLAH (Surah Al Hujurat ayat 13). Puasa bukan sekadar menahan lapar dari awal pagi hingga ke saat terbenam matahari tetapiimpak yang utama ialah latihan pengawalan diri dalam tarbiah rohiyyah.

Rasulullah SAW sekembali dari Perang Badar menyatakan kalangan sahabat bahawa “kita baru saja kembali dari perang yang kecil (jihad al ashgar) walaupun perang itu memakan korban dan luka. Ia berlaku ketika Ramadan yang panas terik yang membakar.

Rasulullah SAW memberitahu bahawa “kita akan berdepan dengan peperangan yang lebih besar (jihad al akbar) iaitu jihad an nafs” atau jihad hawa nafsu iaitu jihad terhadap diri sendiri. Umumnya nafsu bagi setengah ulama dikategorikan kepada tiga tahap.

Pertama nafs al amarah bissuk, kedua nafsul lawwamah dan ketiga ialah naf al mutmainnah. Ketigatiga tahap ini ada pada manusia dan mempengaruhi pemikiran, perasaan dan cara hidup manusia.

Nafsu adalah fitrah dikurniakan ALLAH kepada manusia. Tanpa nafsu manusia hilang daya, hilang selera, hilang keinginan dan hilang kemahuan. Nafsu dalam bahasa mudah diibaratkan seperti kuda liar yang ditunggangi tiada terkawal dan boleh menyebabkan penunggangnya jatuh.

Kuda liar ini perlu dijinakkan dengan cara latihan yang berulang kali dan dipandu tali kekang. Kuda yang jinak ibarat melatih manusia berada dalam tahap nafs al mutmainnah iaitu keadaan yang tenang dan stabil supaya penunggang menguasai kuda bukan sebaliknya atau manusia menguasai nafsu bukan sebaliknya.

Oleh itu madrasah rohhiyyah terhadap fizikal diri ialah berlapar dan dahaga. Ini mendidik pancaindera supaya sentiasa terkawal daripada perkara keji dan mungkar. Ia juga mendidik hati dan emosi supaya faktor dalaman diri manusia menjadi tenang dan melakukan sesuatu dengan penuh perhitungan dan keinsafan.

Menerusi siyam, Tarawih, tadarus, qiyam, tilawah dan Tahajud, ini memberi makna yang unggul mengenai sifat kehambaan yang tinggi supaya binaan watak insan menepati maksud ibadullah dan ibadurrahman yang membawa resam taat, tunduk, akur dan patuh terhadap larangan dan suruhan ALLAH. Asas inilah yang memberi kekuatan iman dan membangun jiwa muttaqin.

Mereka yang berjiwa muttaqin memiliki rasa-ketuhanan (Godconciousness) yang tinggi.

Contohnya seseorang itu boleh curi makan di tempat sulit tetapi keyakinan terhadap ALLAH yang Maha Melihat menyebabkan wujud daya kawalan dalam diri.

Pancaindera yang turut berpuasa adalah latihan yang terbaik bagaimana rasa-ketuhanan yang tinggi melahirkan rasa ihsan yang luar biasa. Hadis Rasulullah SAW menyatakan bahawa meski melakukan amal dengan baik, seseorang itu tidak melihat ALLAH, tetapi jiwa muttaqin yang bertunjangkan ihsan tetap meyakini bahawa ALLAH melihat kita.

Orang yang berjiwa muttaqin memelihara diri dengan keyakinan ALLAH Maha Mengetahui dengan apa yang kita katakan, kerjakan dan amalkan. Isu mengawal diri ini adalah sesuatu yang amat penting dalam membangun jiwa muttaqin.

Antaranya, tuntutan menutup aurat (Surah An Nur ayat 31) umpamanya, adalah sebesarbesar hikmah daripada ALLAH supaya Mukmin dan Mukminah memiliki daya kawalan yang tinggi terhadap diri. Dengan menutup aurat umpamanya diikuti dengan tarbiyyah rohhiyyah, seseorang akan menjaga cakapnya, perbuatan dan amalannya kerana orang yang mengikuti syariat ALLAH ialah orang yang faham suruhan dan larangan-Nya untuk kebaikan manusia.

Puasa sebulan ketika Ramadan memberi kita kekuatan. Sebelas bulan yang dilalui terdapat berbagai karenah hidup yang didepani. Ibarat kereta dimasukkan ke dalam bengkel supaya enjinnya dibaiki pulih dan hasilnya, ia meluncur laju selepas itu seperti kembalinya diri manusia dalam keadaan fitrah.

Golongan abid atau ahli ibadah berjiwa muttaqin yang bersedia hadapi faktor dalam dan luar diri supaya fitrah dirinya tercerna semula ibarat ikan di laut masin.

Semasin mana persekitarannya dagingnya tetap tawar. Ibarat kembalinya kita kepada fitrah nanti ia bakal memandu manusia supaya memiliki kekuatan iman dan takwa dan mampu menjalani hidup dengan yakin bahawa ALLAH adalah segala-gala.

Dengan ini, mereka yang melakukan makruf dekat dengan-Nya (taqarrub Ilallah) sereta menghindari kemungkaran kerana ia berdosa dan balasan ALLAH nanti amat pedih bagi yang ingkar.-sinar

Tiada ulasan: