JOM TERJAH:

Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline survey

Daftar SAYS Malaysia di sini

InstaForex

Cari Blog Ini

Rabu, 8 Ogos 2012

Rakyat Malaysia Tetap dapat Aiskrim Baskin Robbins Percuma

“TERIMA KASIH” mungkin hanya dua patah perkataan yang sering sahaja kita gunakan dalam perbualan harian. Namun, di sebalik kata seringkas “terima kasih” ini, tersirat perasaan ikhlas yang amat mendalam oleh rakyat Malaysia terhadap para kontinjen negara di London yang telah mengharumkan nama Negara atas pencapaian mereka hingga kini.

Bagi menghargai kesungguhan dan usaha keras para atlet negara yang telah membanggakan nama Malaysia, Impian Emas Negara – sebuah inisiatif Olimpik oleh Media Prima Berhad – akan TETAP menghadiahkan semua rakyat Malaysia dengan aiskrim Baskin-Robbins secara PERCUMA!

Awalnya. Impian Emas Negara menjanjikan pemberian aiskrim percuma Baskin- Robbins di seluruh cawangannya sekiranya Malaysia berjaya membawa pulang pingat emas Olimpik pertamanya.
Encik Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Operasi Rangkaian TV dan Ketua Pegawai Eksekutif Studio Primeworks, Media Prima Berhad berkata bahawa Impian Emas Negara akan tetap memberikan aiskrim percumanya pada hari Rabu, 8 Ogos 2012 ini di seluruh 61 cawangan Baskin-Robbins (kecuali kios di Pantai Hospital, Bangsar dan Taman Tema Genting) bermula 8.00 malam sehingga pukul 10.00 malam di mana setiap rakyat Malaysia layak untuk menikmati secedok aiskrim daripada jenama kesukaan mereka.

“Ia merupakan detik yang amat bermakna dan terindah bagi kita sebagai rakyat Malaysia untuk meyaksikan saat kegemilangan para atlet negara yang bersaing di dalam temasya sukan yang paling berprestij di dunia. Tiada alasan untuk kita tidak meneruskan pemberian aiskrim percuma kepada semua rakyat Malaysia bagi meraikan jagoan yang telah banyak membantu negara dalam mencapai kejayaan, kemenangan dan membentuk semangat perpaduan,” kata Izham.

Turut berkongsi sentimen yang sama adalah Mr. Cheah See Yeong, Presiden Golden Scoop Sdn Bhd – Baskin Robbins Malaysia, berkata bahawa Baskin-Robbins amat teruja untuk mengalu-alukan rakyat Malaysia ke cawangan mereka pada 8 Ogos nanti.

“Kami ingin menjemput semua rakyat Malaysia untuk hadir meraikan para atlet kebanggan negara di seluruh cawangan Baskin-Robbins pada 8 Ogos bermula jam 8.00 malam sehingga 10.00 malam. Bukan itu sahaja, mereka yang datang lebih awal akan diberikan baucar tawaran eksklusif menarik. Para pelanggan juga boleh memilih mana-mana perisa aiskrim daripada keseluruham 31 perisa yang terdapat di kedai mereka. Saya rasa pilihan perasa yang terbaik untuk meraikan detik ini adalah aiskrim Gold Medal Ribbon and World Class Chocolate,” kata Encik Cheah.

“Ini juga merupakan cara terbaik bagi kami untuk mengucapkan rasa terima kasih kepada rakyat Malaysia yang tidak berhenti menyokong kontinjen Malaysia,” tambah Cheah.

Untuk maklumat lanjut berkaitan aiskrim percuma Baskin-Robbins oleh Impian Emas Negara, layari www.impianemasnegara.com.my atau www.baskinrobbins.com.my.

Inisiatif Impian Emas Negara telah dilancarkan pada bulan Mei. Inisiatif ini membawa harapan Malaysia dalam menggapai pingat emas pertamanya sementara memberikan inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk menghulurkan sokongan mereka yang tidak terhingga kepada kontinjen Malaysia.

Tiada ulasan: