JOM TERJAH:

Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline survey

Daftar SAYS Malaysia di sini

InstaForex

Cari Blog Ini

Sabtu, 11 Ogos 2012

Rakyat boleh berjaya di pentas dunia - DS Najib

Kejayaan ratu terjun negara Pandelela Rinong memenangi pingat gangsa di Sukan Olimpik menunjukkan rakyat Malaysia boleh berjaya di pentas dunia dengan syarat mereka bekerja keras dan mempunyai kekuatan semangat untuk berjaya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ketika bangun bersahur awal hari ini, beliau dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor menerima khabar gembira tentang kejayaan seorang rakyat Malaysia yang juga anak Sarawak itu mencipta sejarah untuk negara.

"Pandelela, seorang keturunan Bidayuh, mendapat pingat gangsa dalam acara terjun papan anjal 10 meter. Kita tengok saiz badannya kecil sahaja tetapi semangatnya besar," katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Perdana Menteri di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak di Petra Jaya di sini, hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Rosmah dan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud serta kira-kira 1,000 masyarakat tempatan.

Najib berkata rakyat juga boleh mencapai kejayaan, terutamanya pada bulan Ramadan, melalui perpaduan masyarakat yang tidak terhad kepada umat Islam sahaja malah turut merangkumi bukan Islam, yang cintakan keamanan dan hubungan baik.

"Falsafah ibadat yang tersirat ialah ke arah kita untuk bersatu padu," katanya sambil menambah pendekatan itu diamalkan di negara ini oleh kerajaan Barisan Nasional semenjak dahulu hinggalah ke hari ini.

Beliau berkata Malaysia berpegang kepada amalan yang berteraskan kesederhanaan dalam usaha membina sebuah negara yang mengutamakan prinsip saling hormat menghormati antara satu sama lain.

"Kita menolak fahaman yang ekstrem, fanatik atau menggunakan kekerasan dan ini juga merupakan satu daripada sendi dalam agama kita," katanya.

Najib kemudiannya menyampaikan sumbangan kepada Lembaga Anak-anak Yatim Sarawak dan Salvation Army sebelum menunaikan solat Maghrib dan Isyak diikuti solat sunat tarawih. - Bernama

Tiada ulasan: