JOM TERJAH:

Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline survey

Daftar SAYS Malaysia di sini

InstaForex

Cari Blog Ini

Selasa, 21 Ogos 2012

Piala Malaysia: Kumpulan A Sekilas Fakta

BERIKUT maklumat sepintas lalu berkenaan Kumpulan A saingan Piala Malaysia.

JIKA dilihat peluang dalam Kumpulan A, ianya boleh dikatakan bahawa laluan mudah untuk pasukan 'pendatang asing' itu mencipta kejayaan. Johor FA pastinya akan menjadi belasahan dalam kumpulan ini. Manakala PKNS dan Johor FC akan bertarung merebut satu lagi slot untuk ke suku akhir mengiringi Singapura. Namum begitu, dunia dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku. Tidak mustahil pasukan kerdil boleh mencipta kejutan. Ikuti ulasan pasukan kumpulan A:


LIONSXII
Mencatat rekod jarak kemenangan terbesar dalam sejarah Liga Malaysia dengan sembilan gol.
Barisan pemain yang gemar menyerang dan mahir menggunakan kelebihan padang sendiri.
Piala Malaysia adalah tumpuan utama dan pasukan akan diberangsangkan oleh sejarah mengagumkan Singapura dalam kejohanan ini dengan meraih kejuaraan 24 kali dan menjadi naib juara 19 kali.
Bagaimanapun, boleh dikatakan ia adalah laluan mudah untuk pasukan 'pendatang asing' itu.

Jurulatih: V. Sundramoorthy

Piala Malaysia Musim Lepas: Tidak Serta (Singapura tidak hantar wakil setelah kemenangan 1994)

Gelaran: Lions (Penyokong dikenali sebagai Exclu-Singa atau Singapore Die Hard)

Pemain Pinjaman: Tiada
Pemain Penting: Hariss Harun


PKNS FC
Wakil kelab Lembah Klang ini berdepan ujian getir selepas diundi bersama wakil kelab dari Singapura, Lions XII FC yang juga naib juara Liga Super selain dua pasukan dari selatan tanah air iaitu Johor FC dan Johor.
Terkandas di peringkat kumpulan pada kempen 2010 dan musim lepas.
Kini, Selangor PKNS FC berazam untuk memperbaiki pencapaian mereka dalam saingan Piala Malaysia musim ini dengan melayakkan diri sehingga ke peringkat suku akhir.
"Kami ingin melepasi pusingan berkumpulan. Kami tidak bernasib baik tahun lepas apabila bertemu juara dan naib juara piala Malaysia tetapi kini kami perlu berwaspada dengan ancaman Johor kerana rekod kami tidak begitu baik dengan mereka. Saya yakin kami dapat mencapai matlamat," kata jurulatih pasukan, Abdul Rahman Ibrahim
"Saya yakin sasaran itu mampu direalisasikan menerusi tiga pemain pinjaman - Badrul Hisyam Azmi (Kuala Lumpur), Muhd Fakhrul Aiman Sidid dan S.Sumindran (Pos Malaysia) yang akan memperkuat pasukan itu.
"Badrul bermain di bahagian serangan manakala dua pemain Pos Malaysia itu adalah pemain tengah... jadi kemasukan tiga pemain tersebut sedikit sebanyak akan memperkuatkan jentera pasukan kami yang agak kurang berpengalaman dalam menghadapi Piala Malaysia kali ini," katanya lagi.

Mereka akan membuka kempen Piala Malaysia dengan menentang pasukan Johor di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 28 Ogos

Jurulatih: Haji Abdul Rahman Ibrahim
Piala Malaysia Musim Lepas: Gagal mara dari kumpulan yang dihadiri juara dan naib juara Piala Malaysia

Gelaran: Semut Api
Pemain Pinjaman: S. Sumindran, Tengah Padang (Pos Malaysia); Fakhrul Aiman Sadid, Tengah Padang (Pos Malaysia); Badrul Hisyam Azmi, Penyerang (Kuala Lumpur)

Pemain Penting: Azrif Nasrulhaq


Johor FC
Berjaya melepaskan diri dari zon penyingkiran pada detik terakhir musim. Anak buah Sazali Saidon kini mempunyai semangat yang tinggi untuk mencipta kejutan.

Menyedari peluang yang diperoleh oleh pasukan Johor FC agak tipis. Namun, jurulatihnya, Sazali Saidon menjelaskan pasukannya perlu realistik dengan perkembangan pasukan pasukan lain dan mengharapkan sesuatu yang positif mampu dilakukan pasukannya.
"Berada dalam saingan Piala Malaysia sudah tentu corak permainan akan berbeza dengan setiap pasukan mahukan kemenangan, begitu juga dengan kami.
"Cuma apa yang kami harapkan pemain mampu memberikan saingan dan berhasrat melakukan kejutan," katanya.
Dalam saingan Piala Malaysia 2011, Johor FC yang diletakkan dalam kumpulan C bersama Kelantan, Felda United dan Sarawak terkandas di peringkat kumpulan dengan hanya mencapai dua kemenangan, dua kalah dan dua seri.

Skuad Lebah bakal memulakan kempen Piala Malaysia apabila dijadual menentang LionsXII pada 22 Ogos ini.

Jurulatih: Sazali Saidon
Piala Malaysia Musim Lepas: Gagal mara dari pusingan berkumpulan

Gelaran: Lebah

Pemain Pinjaman: Mohd Akmal Mohd Nor, Tengah Padang (USM FC); Aizulridzwan Razali, Pemain Pertahanan (Pos Malaysia)

Pemain Penting: Arthuro Henrique


Johor FA
Persiapan untuk Piala Malaysia 2012 kali ini dilihat satu tugasan berat kepada pasukan Johor FA
Diundi bersama pasukan Lions XII, Johor FC dan PKNS nyata memberi ujian gentir mereka untuk melakar kejayaan.
Prestasi pasukan ini telah meningkat sejak dirombak oleh Tunku Makhkota Johor dan persediaan pengurus Johor baru, Fandi Ahmad mungkin berkesan tetapi pemain yang digantung akibat masalah disiplin akan menjejas perubahan.
Namun, turun selaku bukan pasukan pilihan, Fandi berkata, inilah peluang terbaik pasukannya untuk melakar sejarah dalam kejohanan Eropah.
"Kami tidak akan mengalah dan memberi laluan mudah kepada pasukan lain kerana kami turut menyimpan impian untuk dinobatkan juara walaupun mengakui peluangnya tipis.
"Walaupun kami dianggap pasukan bukan pilihan, namun saya yakin kami mampu memberi saingat sengit kepada pasukan lain nanti.
Fandi turut menggesa anah buahnya agar berjuang berhabis-habisan untuk membuktikan kemampuan pasukan itu yang mampu mencipta kejayaan.
"Kami akan buktikan bahawa kami boleh berjaya. Meskipun turun selaku pasukan kerdil, ia sedikit tidak mematahkan semangat kami untuk mencuba," tegas Fandi


Jurulatih: Fandi Ahmad
Piala Malaysia Musim Lepas: Akhir kedudukan berkumpulan dengan satu mata, dibolos 16 kali
Gelaran: Harimau Selatan
Pemain Pinjaman: Shariman Che Omar, Pertahanan Kiri (USM FC); Mohd Ezaidy Khadar, Penyerang Sayap(MP Muar);
Mohd Hadin Azman, Tengah Padang (Harimau Muda B)
Pemain Penting: Andre Francisco Da Silva

Tiada ulasan: