JOM TERJAH:

Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline survey

Daftar SAYS Malaysia di sini

InstaForex

Cari Blog Ini

Rabu, 22 Ogos 2012

Piala Malaysia: Kumpulan C Sekilas Fakta

BERIKUT maklumat sepintas lalu berkenaan Kumpulan C saingan Piala Malaysia

Kumpulan C: Sekilas Fakta

DALAM kumpulan ini, Negeri Sembilan mempunyai peluang yang cerah untuk mara ke saingan lebih jauh. Ini kerana Negeri Sembilan sangat pakar di dalam selok belok perjuangan di Piala Malaysia.

Walaupun bakal ditentang hebat oleh pasukan lain, pasukan penyandang juara ini mampu mengulangi pencapaian musim lepas.

Paling tidak pun akan layak sejauh separuh akhir. sementara itu, pasukan Felda dan Sime Darby pula sudah pasti akan mencuba sebaik mungkin untuk membawa maruah pasukan kelab dalam Piala Malaysia ini dengan lebih jauh lagi.


Perak

Gerakan serangan pasukan Selandang ini cukup menarik bila mencapai rentak yang terbaik tetapi benteng pertahanan amat mengecewakan. Walaubagaimanapun pelantikan jurulatih baru dari Korea, Jang Jung mungkin adalah kunci untuk perubahan.

Berkemungkinan Perak mampu ke suku akhir tetapi pasukan ini perlu meningkatkan keyakinan dan menunjukkan semangat yang tinggi agar tidak akan kecundang lebih awal

Negeri Sembilan akan menjadi pasukan pertama yang akan ditentang Perak dalam saingan Piala Malaysia 1 September nanti.

INFO

Jurulatih: Jang Jung (Korea)

Piala Malaysia Musim Lepas: Ditewaskan Selangor pada suku-akhir

Gelaran: Seladang

Pemain Pinjaman: Reithudin Emran, Pemain Pertahanan (Sabah); Zuraindey Jamai, Tengah Padang (Sabah); Fariss Azlan Mat Isa, Pemain Pertahanan (Sabah)

Pemain Penting: Michal Kubala


Negeri Sembilan

Negeri Sembilan pastinya memiliki taktik tersendiri menjelang saingan Piala Malaysia yang akan membuka tirai 22 Ogos ini.

Selain misi mempertahankan kejuaraan yang dimenangi mereka musim lepas, anak buah bimbingan Azrai Khor semestinya mahu mengekalkan nimej kegemilangan mereka di arena bola sepak.

Azraai Khor yang bijak merancang dan membina pasukan walaupun kehilangan beberapa pemain kepada kelab lain atau kecederaan, pasti mampu untuk mempertahankan kejuaraan.

Bagaimanapun, sekalipun bergelar juara bertahan, Mohd Azrai berkata beliau tidak tertekan untuk mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia kerana percaturan peringkat kumpulan lebih penting bagi melayakkan pasukannya ke peringkat seterusnya.

"Apa yang penting sekarang adalah fokus. Tumpukan pada perlawanan.

"Dan kami akan melakukan yang terbaik nanti," katanya.


INFO

Jurulatih: Azraai Khor Abdullah

Piala Malaysia Musim Lepas: Juara bertahan Piala Malaysia 2011

Gelaran: Rusa atau Jang

Pemain Pinjaman: Khairul Izuan Abdullah, Penyerang (PDRM); Azmeer Yusof, Pertahanan (Pos Malaysia); K. Thanaraj, Pemain Sayap (Sabah)

Pemain Penting: Effa Owona (Cameroon)


Felda United

Felda adalah pasukan konglomerat yang telah mengharungi penampilan pertama di Liga Super musim lepas dan kini semakin meningkat dalam kedudukan liga.

Walaubagaimanapun gerakan serangan mereka tumpul dan telah dibolos lebih banyak kali daripada jaringan pasukan sendiri.

Pada masa sama, gerakan taktikal Felda masih perlu lebih masa untuk berkembang.

jurulatih Felda United, E. Elavarasan berkata, "Saya berharap gelaran 'underdogs' akan memberangsangkan pasukan saya lagi seperti musim lepas untuk kami terus mara ke pusingan seterusnya.

INFO

Jurulatih: E. Elavarasan

Piala Malaysia Musim Lepas: Tewas kepada Negeri dalam suku akhir

Gelaran: Budak Felda

Pemain Pinjaman: G. Puaneswaran, Penyerang (Pos Malaysia); Pritam Singh, Sayap Kiri (Kuala Lumpur); Azrul Azmi, Pertahanan (Kuala Lumpur)

Pemain Penting: Ahmad Fakri Saan


Sime Darby

Selepas menyingkirkan tiga pasukan Liga Super - Sabah, Johor FC dan Terengganu dalam laluan bergelar finalis Piala FA, Sime Darby FC mahu mengulanginya sekali lagi pada saingan Piala Malaysia bermula 22 Ogos ini.

Memasang impian untuk mara ke pusingan seterusnya, Sime Darby yakin mereka mampu menyaingi tiga pasukan Liga Super - Perak, Negeri Sembilan dan FELDA United pada aksi Kumpulan C bagi mencipta sejarah mara ke suku akhir buat kali pertama.

Jurulatih pasukan, Ismail Zakaria berkata, beliau yakin pasukannya mampu mengulangi sejarah seperi mana dilakukan ketika Piala FA

“Saya yakin kami tiada masalah lagi untuk berdepan mana-mana pasukan Liga Super. Insya-Allah kami boleh bersaing dengan Perak, Negeri Sembilan dan FELDA United.

"Dengan adanya, kesungguhan dan komitmen pemain cukup tinggi. harapan kami tetap ada," kata Ismail.

INFO

Jurulatih: Ismail Zakaria

Piala Malaysia Musim Lepas: Ini adalah penampilan pertama

Gelaran: Pasukan Konglomerat

Pemain Pinjaman: Ahmad Dashila, Pertahanan (Kuala Lumpur); Muhd Hafiz, Pertahanan (PDRM FA)

Pemain Penting: Ronaldinho Wleh (Liberia)

Tiada ulasan: